Memori Zaman Kanak-Kanak Aku

Semasa aku di zaman kanak-kanak bohonglah kalau kata tak seronok. Seronok sangat. Rasa macam nak putar balik masa tu. Aku selalunya bermain dengan kawan-kawan satu taman perumahan. Aku ni masa kanak-kanak nak kata nakal sangat tu tak adalah. Kalau di rumah selalunya aku bermain dengan adik-adik aku. Disebabkan aku ni anak perempuan tunggal, ayah selalu belikan apa yang aku nak. Tiba petang sahaja, tunggulah ada kawan panggil depan rumah ajak main. Zaman aku dulu tak macam zaman budak sekarang. Zaman aku kira meriah. Walaupun permainan kami tak sehebat zaman sekarang yang pandai layan tab, laptop, PSP, main Candy Crush, Angry Bird bagai semua tu. Itu permainan tak menyeronokkan bagi aku. Masa aku kanak-kanak, kami bermain basikal pusing satu taman, galah panjang, baling selipar, ceper, lawan terup, batu seremban (main pakai batu atau uncang kecil), congkak, pondok-pondok, polis and thief, doll paper, masak-masak macam-macamlah sampai tak larat nak sebut. Kadang-kadang buaian jiran yang stail lama tu pun kami boleh main ala-ala Bas, seorang pemandu seorang konduktor. Pemandu tukang hayunkan buaian, konduktor tukang bagi 'tiket' berupa daun yang dipetik. Orang yang lahir tahun 80-an atau kids 80's mesti teringat-ingat kenangan itu. Sekarang susah nak jumpa kanak-kanak main permainan tu. Zaman kanak-kanaklah orang kata tak banyak ada masalah selain tau bermain 24 jam. Kalau pagi, aku sibuk tengok tv cerita kartun dan selalunya ayah akan pinjam tape Tom and Jerry, Ultraman atau Mask Rider. Dulu mana pakai VCD, DVD, BlueRay semua tu, pakai tape jenis lama punya. Ayah selalu pinjam tape kat Pernama, TLDM Lumut.(sekarang dah tak panggil Pernama dan kedai yang sewa tape dah lama tutup). Selain itu, ibu dan ayah selalu bawa aku dan adik-adik berjalan-jalan walau jalan kat Lumut sekalipun kami dah seronok tak ingat. Cuma balik kampung sahaja jarang balik sebab ayah aku dulu kerja tentera laut jadi kadang-kadang belayar. Selalunya bila balik kampung, mesti sampai kampung tengah malam. Mana taknya gerak dah petang, bila sampai kami adik beradik mengantuk sampai tertidur. Dan bila tertidurlah, ayah bersusah payah angkat aku dan adik bawa masuk dalam rumah atok. Selain itu, di kampung juga atok lelaki sebelah ayah sayangkan aku. Ke mana sahaja dia pergi, mesti bawa aku bersama naik motor skuter yang lama tu. Merasa juga aku naik skuter zaman P.Ramlee dulu. Memang best. Kalau sebelah ibu, atok perempuan pula jenis sayangkan cucu-cucunya nak pula cucunya yang duduk jauh. Di peluk ciumnya aku, macam berapa puluh tahun tak jumpa. Bila hari raya pun sama seronoknya lebih selain dapat baju raya baru, duit raya mesti dapat juga. Dah tu bukan ringgit-ringgit kalau kumpul mesti puluh-puluh. Siap berlumba dengan adik siapa duit raya paling banyak. Kanak-kanak sekarang? Jangan kata puluh, ratus pun boleh dapat. Lepas tu, perhabis tak ingat. Aku dah di didik dari kecil oleh ibu dan ayah supaya menabung. Dah kumpul sahaja duit raya bagi ibu atau ayah yang simpankan. Masa ayah balik dari belayarlah pernah beli anak patung kat aku di London. Kalau boleh aku nak sahaja jadi kanak-kanak untuk selama-lamanya. Jadi kesimpulannya, untuk kanak-kanak zaman sekarang ni janganlah dipersiakan zaman kanak-kanak kamu. Dan bagi mereka yang lahir 80an, usah dilupakan kenangan di zaman kanak-kanak kamu. Mungkin boleh diceritakan kepada anak cucu kita...Assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)