Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

Dulu masa aku sekolah, ibu dan ayah aku kadang-kadang cuti sekolah rajin ajak pergi berkelah tak kiralah di tepi laut atau di sungai. Kalau berkelah di tepi laut semstinya di Teluk Batik, Lumut dah tak ada tempat lain situlah kami berkelah. Masa nak pergi memang seronok tak ingatlah kami adik beradik. Kalau berkelah selalunya kami pergi pagi. Sebelum bertolak, kami buat persediaan. Aku dan adik-adik aku tolong ibu menyiapkan bekalan makanan. Pakaian salin kami sendiri siapkan sendiri, pilih baju mana nak pakai. Aku pakai baju siap nak mandi baru tukar baju lain. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat dibawa dengan selamat. Sampai sahaja kat Teluk Batik, Lumut memang ramai orang berkelah. Suasana kat situ tak payah cakap memang meriahlah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Biasalah Teluk Batik, Lumut ni tempat pusat peranginan terkenal di Perak nak pula kawasan TLDM. Kalau pergi hari minggu atau cuti sekolah memang penuh, nak cari tempat kosong tu agak su...