Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Puasa Hari Ke-5

Pukul 1 pagi, aku menunggu juga kalau-kalau cinta hati ada nak whatsapp tapi apa pun tak ada. Akhirnya aku tidur saja dan offline whatsapp . Pukul 5 pagi, aku terjaga pasal Lily dah mula panjat atas badan aku. Macam nak kejutkan aku saja :P Aku online whatsapp cinta hati ada whatsapp aku pukul 2 pagi katanya dia baru balik kerja. Lepas tu pukul 4.30 pagi, whatsapp lagi kejutkan aku bangun sahur. Aku balas juga whatsapp dia itu pun acuh tak acuh, merajuk dengan dia. Pukul 5.30 pagi, aku bangun bagi Lily makan, siram pokok cili ibu dan masak nasi goreng tomyam untuk bawa bekal. Pukul 7 pagi, baru aku boleh tidur sekejap, kebetulan pagi ni hujan memang sedaplah. Pukul 7.30 pagi, elok nak pergi mandi cinta hati whatsapp macam merajuk saja kata aku tak whatsapp dia. Patut aku yang merajuk kat dia, ni tak dah terbalik pula. Aku whatsapp dia tak balas aku boleh rileks sabar lagi tapi kalau dia merajuk saja. Aku ada tanya dia pergi Penang pukul berapa? Dan pesan kat dia supaya hati-hati. ...

Puasa Hari Ke-4

Sekejap saja rasanya esok ayah aku dah nak balik, khamis ibu pula balik. Aku tersedar pukul 3.30 pagi, aku tengok cinta hati ada whatsapp  pukul 2.35 pagi katanya dia tertidur. Dah agak dah. Lepas tu pukul 4.10 pagi, aku tersedar lagi. Cinta hati pun tak balas lagi, whatsapp dia tak online. Aku terfikir bangun sahur ke tak cinta hati aku ni?? Jangan-jangan terlajak bangun apa, senyap saja. Risau juga ni, nak call kejutkan ke tak? Harap-harap dia bangunlah (>.<) Sambung tidur balik. Pukul 6.50 pagi, cinta hati whatsapp dia nak buat kerja dulu dan pesan kat aku jangan nakal-nakal. Aku ok saja tak nakal-nakal pun :P Awal gila pergi kerja cinta hati aku ni. Entah macam mana tiba-tiba hujan lebat pula. Alamat pergi kerja lambatlah hari ni. Pukul 8.30 pagi, baru aku gerak pergi kerja. Hari ni baru aku sibukkan diri dengan kerja-kerja yang terbengkalai. Pukul 11.45 pagi, baru siap kerja maka bolehlah aku layan Tagged. Pukul 12 tengahari, Cinta hati whatsapp tanya aku dah makan ke...

Chris Brown - Party ft. Gucci Mane, Usher

Imej
My Favorite RnB Singer - Chris Brown and Usher #ChrisBrownUsharBigFan

Boss - Hum Na Tode | Akshay Kumar Ft. Prabhu Deva

Imej
Best song ever...Lagu-lagu dari movie Akshay Kumar tak pernah mengecewakan aku #AkshayKumarFan

Puasa Hari Ke-3

Tengah aku dibuai mimpi, pukul 3.40 pagi, cinta hati whatsapp kejutkan aku pula untuk sahur. Semalam aku kejutkan dia, hari ni dia kejutkan aku okla tu. Kebetulan kata cinta hati dia terbangun sebab sakit kepala dan demam. Aku tanya ada ubat tak? Katanya baru saja makan. Aku suruh dia banyakkan rehat .'Asyik kerja saja kesihatan pun kena jaga. Taulah b kerja polis'. Cinta hati tanya aku rindukan dia tak? Rindulah maunya tak rindu...Aku cakap dengan cinta hati sehari suntuk aku tunggu dia, tak rindu apanya. Asal whatsapp kerja...asal whatsapp dah tidur...habis macam mana? :( Cinta hati minta maaf sebab dia sibuk sikit hari ni banyak kerja. Kata cinta hati lagi, biasalah kerja banyak memang tak fikir apa dah. Aku memang dah sedia maklum dah pun mesti sibuk kerja. Cinta hati tanya masih sorang-sorang ke? Nak cinta hati temankan aku ke? Aku mestilah nak...bosan juga sorang-sorang kat rumah. Kata cinta hati tengok dulu pagi ni atau esok dia kena pergi Ipoh, kalau dia singgah buk...

Puasa Hari Ke-2

Pukul 12.45 tengah malam, aku online whatsapp. Cinta hati whatsapp pukul 11.58 malam semalam dia dah ada kat rumah sekarang dan dia tunggu aku call . Aku apa lagi cepat-cepat call dia. Masa dia angkat call, suara macam orang nak tidur. Dia cakap dia mengantuk sangat, letih, nak tidur. Kesian cinta hati...:( Aku minta maaf kat dia sebab kacau dia saja. Dia kata tak apa tanya aku tengah buat apa. Aku jawaplah yang aku tengah baca novel. Lepas tu dia minta aku kejutkan dia pukul 4 pagi. Aku pun ok sajalah. Aku tidur pukul 2 pagi. Tepat pukul 4 pagi, aku whatsapp cinta hati nak kejutkan dia. Tanya dah bangun ke? Dia kata dah bangun. Dia tanya aku balik dah bangun ke? Aku cakaplah dah bangun walhal masih terbaring lagi. Dia tanya dah sahur ke? Sah! ni mesti lupa, aku mana puasa. Dia pun baru nak sahur, siap ucap selamat bersahur kat aku. Pukul 6 pagi, Ibu pula call suruh aku siram pokok cili dia kejap dan bagi Lily makan. Aduuiii malasnya nak bangun, nak tak nak bangun juga siram pokok...

Semangat Baru Dan Puasa Hari Pertama

Pukul 12 tengah malam, aku sibuk menyiapkan diari untuk blog aku. Pukul 2 pagi, baru tidur. Malam ni aku tidur bilik ibu temankan si Lily. Sebelum tidur aku tengok whatsapp cinta hati, comfirm memang dia dah block aku. Handphone aku letak tepi...aku menangis sepuas-puasnya...Sempat berdoa pada Allah SWT, andai benar dia bukan jodoh buat aku hilangkan ingatanku padanya...Aku kena bangkit dari kegagalan, aku nak kuat, tabah. Tabah macam ibu...Lelaki semua sama! Aku rela tak kahwin dari dapat lelaki yang menyakitkan hati. Aku akan buktikan yang aku mampu hidup tanpa lelaki. Aku mesti berfikiran positif...dia buat aku macam ni di bulan yang mulia ni...tak apa...Allah ada bersama-sama aku...Aku banyak beristigfar lepas tu entah macam terlena terus. Pukul 4 pagi, ayah kejut aku nak sahur tak? Aku cakaplah tak nak sebab aku pun bukan puasa. Semalam terkena period pula. Ayah pesan kat aku, kalau habis period niat sebulan puasa. Semalam aku ada tanya ibu pasal tu, ibu pun cakap macam tu ju...

Berakhirnya Sebuah Percintaan

Pukul 2.35 pagi, cinta hati whatsapp d ia ajak video call bosan katanya. Aku ok saja. Masa dia nak video call line macam teruk, slow sangat tak dapat nak video call . Lepas tu dia cuba call (whatsapp) biasa pula. Aku dengar dia cakap tapi tula line macam bermasalah. Cinta hati minta gambar aku, rindu katanya. Aku manalah ada gambar terbaru nak bagi gambar sekarang pun buruk. Dengan pakai baju tidur dan free hair lagi. Esok dia kata nak datang rumah aku. Aku cakap jangan nak mengada-ngada buat pasal kat anak dara orang :P Gelak sajalah si cinta hatiku tu. Lagipun aku memang tak berani bawa laki masuk bila ibu dan ayah tak ada. Kata cinta hati dia pun tak berani nak masuk. Tapi kalau kat hotel berani kot. Terkedu aku...Aku cakap dengan dia jangan buat pasal. Asyik gelak saja, kita tengah serius ni :( Kata cinta hati yang dia pun serius dan minta aku bookingkan hotel untuk dia. Tak ingin! Entah perempuan manalah dia nak angkut. Cemburu aku dah mula datang dah. Cinta hati kata aku mem...

Ibu Balik Kampung Dan Layan Movie

Imej
Sebelum pergi kerja ibu tengah buat jejemput pisang. Tak dan nak bawa bekal. Ibu bagitahu hari ni nak beli tiket bas. Kalau ada tiket ibu jadi balik kampung, kalau tak ada maka tak jadilah balik kampung. Dan kalau jadi balik kampung, ibu minta aku balik tengahari kejap nak ajar cara siram anak pokok cili. Pukul 9.15 pagi, orang tua panggil Solehah naik atas. Aku tanya Adibah kenapa Solehah naik atas rupa-rupanya dia kena tolong orang tua tu masak meggi. Hari ni dia nak belanja bebudak bengkel makan meggi goreng. Pagi-pagi dah bagi bebudak bengkel makan makanan tak berkhasiat. Bukan elok pun makan meggi nak pula untuk budak istimewa macam ni. Tak fikir ke?! Pukul 9.30 pagi, En. Munisamy datang macam biasa aku berurusan dengan dia untuk claim payment . Mujur mood dia ok hari ni selamatlah aku. Pukul 10 pagi, aku ajak Ting Hong Aun pergi Econsave beli barang sikit. Pukul 11.15 pagi, ibu whatsapp bagitahu yang dia jadi balik kampung tiket dah beli pukul 8.30 pagi. Aku balaslah tanya jadi...

Rindu Cinta Hati

Imej
Pukul 4.28 pagi, cinta hati whatsapp katanya dia baru balik dan minta maaf dia banyak kerja tadi. Aku cakap tak apa...aku faham. Memang aku faham sangat kerja dia tu, polis mana yang tak sibuk. Lagipun dia dah banyak hari cuti jadi kerja mesti berlambak. Cinta hati tanya aku dah tidur ke? Pukul 5.40 petang, baru aku balas sebab tertidur, mengantuk sangat. Dah berapa hari aku rasa tak sihat asyik selsema saja. Semalam beli ubat, pagi baru nak makan. Macam biasa setiap hari aku suruh bebudak aku mengemas hari ni. Pukul 10.30 pagi, lepas sarapan aku makan ubat. Selang beberapa jam aku rasa mengantuk sangat tak tau kenapa. Mata ni nampak tilam saja. Aku makan ubat batuk yang mengantuk ke? Semalam rasanya aku minta ubat batuk tak mengantuk, jangan-jangan budak farmasi tu bagi salah ubat. Mengantuk gila aku...Tak boleh jadi aku bentang tilam tidur kejap, aku cakap dengan bebudak aku kalau dah siap kerja bagitahu. Apa nak jadi jadilah aku dah mengantuk gila dah ni. Tengah sedap nak tidur puk...

Kawan Ibu Belanja Makan

Pukul 3.40 pagi, cinta hati whatsapp tanya aku dah tidur ke? Aku jawaplah belum, tengah baring-baring. Cinta hati kata dia baru saja sampai rumah. Aku suruh dia rehat dulu, mesti penat. Paham sangat kerja dia tu, entah habis roadblock pukul berapa entah. Cinta hati nak gambar dan aku cakaplah tak ada gambar baru sekali dian hantar gambar dia pakai helmet. Cantik betul helmet tu. Boleh pula cinta hati kata power ranger, tergelak aku mujur tak tersedak :D Pagi-pagi buta ni mula dia nak merepek :P Petang, balik kerja ibu panggil aku. Ingatkan apa dia, rupanya ibu nak tunjuk dapur rumah ibu ada kesan terbakar. Terkejut aku, kata ibu ayah punya kerja. Ayah nak panaskan lauk asam pedas, dia pergi tinggal dengan api terbuka itu yang jadi. Aku tengok siling dapur hitam, lantai tak payah cakaplah. Periuk asam pedas entah mana ayah dah buang, botol dan tupperware ibu sebelah dapur masak habis cair. Ibu dah mula bising tension dengan sikap ayah. Dah jadi macam tu tak tau nak betulkan balik. I...

Luahanku Pada Cinta Hati

Imej
Pukul 3.20 pagi, cinta hati whatsapp aku. Dia tanya tak tidur lagi ke? Aku cakaplah tengah tidurla ni. Dia ada tanya, macam mana dengan keluarga aku yang nak siasat tentang diri dia? Apa keputusannya? Dia tengah tunggu jawapan dari aku. Aku pun tak tahu ibu dah cakap dengan pak itam ke belum? Senyap macam tu tak ada apa berita. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku tanya cinta hati kenapa tanya? Berdebar juga hati aku ni. Jangan cakap dia dah tak boleh nak tunggu atau yang aku tak bagitahu kat keluarga pasal dia. Kata cinta hati, saja tanya sebab dah lama tak dengar apa-apa jadi dia nak tahulah ada perkembangan ke tak? Dia tanya lagi yang aku dah bosan ke? Kalau dah bosan bagitahu atau dah ada pengganti? ‘Sayang tak pernah rasa bosan, b jangan risau ok dan sayang tak pernah ada pengganti atau ada orang lain selain b. B saja yang ada dalam hati sayang tak ada orang lain, percayalah…’ Aku terus terang dengan cinta hati yang kadang-kadang aku rasa ada boyfriend macam tak ada saja. ...

Hujung Minggu Yang Bosan

Imej
Aku bosan pula hari ni, nak tengok movie pun macam tak ada mood. Tak boleh jadi aku ingat nak keluar tengok wayang cerita Pirate Of The Caribbean yang terbaru. Pukul 4.50 petang, aku beranikan diri whatsapp cinta hati. Aku tanya dia dah bertolak ke? Nasib baik cinta hati balas katanya belum lagi, dia nak letak motor lc dia kat tempat kerja aku. Dan kunci motor kat tayar depan. Terperanjat aku, tanya dia kenapa letak situ? Pukul 5.15 petang, aku dah nak gerak dan ingat nak pergi bengkel kejap entah betul ke tidak cinta hati ni letak motor dia kat tempat kerja aku. Kenapalah susah payah sampai macam tu sekali, aku risau kalau motor dia hilang saja. Sudahlah tempat tu sunyi, lengang dibuatnya motor kena curi tak ke naya. Aku berdoa harap-harap motor dia tak ada kat bengkel. Sampai bengkel tak ada motor pun, nasib baik. Entah dia dah angkut balik atau pun dia sebenarnya tak tahu tempat kerja aku. Kata tahu walhal tak tahu sebenarnya, entah mana-manalah dia letak motor dia. Aku bagitahu d...

Raikan Hari Jadi Ibu

Hari ni pun sehari suntuk aku tak whatsapp cinta hati. Aku dah mula rindu sangat dengan dia. Aku harap dia pun begitu…:( Aku balik dari bengkel lambat sikit. Pukul 8.30 malam, aku ajak ibu makan kat luar. Hari ni aku nak raikan hari jadinya yang ke-60 tahun. Sepatutnya aku dah rancang semalam nak celebrate tapi apakan daya ada dinner pula. Aku dah kumpul duit sampai RM200 untuk sambut hari jadi ibu. Ingat nak belikan hadiah tak tau nak beli apa. Tapi kalau ibu nak apa-apa pun aku boleh belikan. Aku tak teringat pun nak belanja ibu makan buffet kat Hotel. Tak apalah tahun depan sajalah. Pukul 8.45 malam, kami gerak. Ibu dah booking tempat makan steamboat kat Lumut. Sampai sana, tak sampai beberapa minit Azrin dan Huzairi datang. Ibu yang ajak mereka join sekali. Segan betul aku, tak boleh nak selfiela ni…:P Ibu suruh aku ambil sahaja makanan yang ada lepas tu bakar. Yang nak bubuh dalam kuah pun boleh juga. Ibu pilih sup tomyam. Orang kedai dah siapkan tempat steamboat dan buka api....

Makan Malam Hari Guru

Hari ni budak tak ramai yang datang itu pun Teoh Pei Ji, Tan Jee Suan dan Shah sahaja datang. Orang tua tu pula ke klinik periksa mata. Aku apa lagi ambil kesempatan layan game, movie dan Facebook huhuhuhuh...Semalam sehari suntuk aku tak mesej langsung dengan cinta hati, dia pun macam tu juga. Entah apa masalah dia aku pun tak tau?? :( Malas nak fikir lagi, lantak dialah situ. Pukul 9.15 pagi, En. Munisamy datang bengkel pula. Dia nampak tension hal-hal akaun nak-nak pula masalah yuran Ngooi Yong Chiang. Dia yang tension aku pula kena soal dan marah-marah. Siap cakap dia pun dah give up nak buat akaun dan bagi aku yang buat. Nak aku buat?? Kirim salam silap-silap aku pun give up lepas tu selamat tinggal aku berhenti terus. Sepatutnya kerja ni bukan aku yang buat orang tua tak guna tu yang buat!! Fed up aku ada bendahari bengkel macam ni, kau ingat kau sorang sahaja ke stress bab akaun?!! Lepas dia berambus, telefon mak syafiq pula bagitahu jumlah pelatih untuk makan tengahari. B...

Merajuk Dengan Cinta Hati

Semalam cinta hati ajak keluar makan tengahari lagi dengan aku hari ni. Aku pun ya kan sajalah. Aku yakin mesti tak jadi lagi. Pukul 1 tengahari, aku tunggu dia kat depan bengkel. Aku whatsapp dia tanya jadi ke nak keluar makan tengahari. Dia balas suruh pergi makan dulu pula. Tengoklah perangai dia…aku dah boleh agak dah tak payah agak pun tak apa. Sama juga macam hari tu. Aku pun dah tak tau nak cakap macam mana lagi dah. Merajuk aku. Petang dan malam aku tak whatsapp dia langsung. Malam, ibu ajak aku makan kat Asam Pedas Mak Tok kat Lumut. Aku tak makan asam pedas, ibu saja yang makan. Aku hanya makan nasi kosong dengan telur dadar dan sayur salad saja sambil layan lagu pakai earphone . 

Dugaan Buat Cinta Hati

Imej
Pukul 2.10 pagi, cinta hati whatsapp mujur aku tak tidur lagi. Dia bagitahu esok nak jumpa aku kat tempat kerja. Aku cakap tak apalah nanti aku sendiri pergi Econsave tunggu dia kat sana dengan bawa anak murid aku seorang, jangan tak jumpa dahlah. Cinta hati siap post gambar handphone yang dia nak bagi kat aku. Boleh tahanlah brand Apple tu...Aku ada tanya dia masih kat Ipoh lagi ke? Cinta hati kata dia masih kat Ipoh lagi. Tak penat ke rushing sana sini, lepas tu petang nak balik dah? nak buat macam mana katanya. Dia siap mengadu lagi sakit badan tidur kat kereta Hilux dia. Aku suruh dia urut-urutlah sikit kat bahu atau belakang ke. Kesian pula aku kat dia, nak saja suruh dia datang rumah tumpang tidur rumah aku. Nanti kalau bagi apa pula kata ibu dan ayah. Cinta ada bagitahu yang mak dia tolong 'bank-in' kan duit pukul 2 petang sebab mak dia ada hal lain. Dia nak bagi duit aku balik nanti. Mak dia nak 'bank-in' kan 2k. Terkejut aku sikit punya banyak. Entah kenapa ak...

Mungkir Janji Lagi?!

Pukul 9.45 pagi, cinta hati whatsapp tanya aku rehat pukul berapa? Aku jawaplah pukul 1 tengahari. Sebab katanya dia pun sekarang kat JPJ, lepas pergi JPJ nak pergi bank pula. Kebetulan, pagi ni hujan aku pesan kat dia supaya hati-hati sikit. Tak sabar aku nak keluar dengan dia. Semalam dah janji nak pergi ambil handphone sama-sama kat Pos Laju. Pukul 1 tengahari, aku tunggu-tunggu tak juga muncul. Nampak gayanya dia buat hal lagi. Sakit jiwa betul aku! Pukul  2.20 petang, cinta hati whatsapp katanya dia tengah berbaris nak ambil handphone . Aku punyalah sakit hati! Hanya Allah SWT sahaja yang tahu...Semalam dan pagi ni berjanji nak ambil sama-sama siap bersumpah bagai. Aku dah mula nak angin ni! Apa lagi aku bising kat dia, katanya dia dah lalu kat tempat kerja aku. Ai takkan lalu saja, tak reti nak bagitahu ke dah sampai. Kita ni tercongok kat luar dengan panas terik menunggu dia. Dahlah aku keluar tengahari dah bagitahu orang tua tu, ni dah tak jadi terpaksa masuk bengkel ba...

Whatsapp Dengan Bestfriend Lama

Hari ni tak sangka Nanie nak ber' whatsapp ' dengan aku. Tadi buka facebook dia online terus ajak whatsapp. Sementara tunggu cinta hati datang, layan si Nanie dulu. Aku ada cerita kat dia yang aku dah ada pengganti Amy. Aku ceritala sikit kisah aku dan cinta hati. Macam biasalah kalau dah berborak dengan dia otak mula masuk air masing-masing :D Merepek meraban lah kami ha5x...Aku siap tunjuk gambar cinta hati dah si Nanie nak tengook sangat. Ada ke patut kata muka aku dengan cinta hati nak sama? Dengan Amy dulu macam tu juga...Kalau dah nak sama kat mana perbezaannya?? :P Nanie kata Man cakap muka aku dan cinta hati nak sama maknanya jodoh kuat. Malu pula aku...Aku tanya dia kerja ke surirumah? Nanie kata dia surirumah dan dah ada anak seorang. Waaahhh!! bestnya dah ada anak? Aku tanya lelaki ke perempuan? Kata Nanie perempuan siap tunjuk gambar anak dia. Comel gila, putih melepak ikut mama dia. Muka ikut muka Man, suami dia. Bilalah aku nak ada anak sendiri ni?? Tipu kalau ak...

Sakit Hati Dengan Cinta Hati Lagi

Imej
Pukul 10 pagi, aku layan movie. Mata pula rasa mengantuk. Aku tidur kejap. Pukul 3 petang, baru tersedar. Aku bersiap mandi, sebelum mandi aku pergi bilik ibu. Aku tanya pergi kebun ke hari ni? Kata ibu pergi tapi dia seoranglah buat kerja. Kesian pula dengan ibu, aku cakap nanti pukul 5.30 petang aku terus ke kebun tolong. Selepas mandi aku tengok cinta hati ada mesej whatsapp dia ajak aku pergi ambil handfhone sama-sama kat pejabat pos. Esok dia bercuti lagi. Aku pun iyakan sajalah. Aku ingat petang ni nak keluar lepak CC memandangkan cinta hati aku macam tak ada tanda-tanda nak jumpa pun. Bosan juga duduk dalam bilik saja. Aku pun bagitahulah dia. Cinta hati kata dia nak jumpa pula, minta aku  location map CC dan sekarang dia kat Ipoh. Jauh ke sana apa yang di buatnya? Kata cinta hati dia nak pergi ATM, nak cuba keluarkan duit. Duitnya dah tak ada. Dia nak pinjam duit aku RM300. Aku pun setuju sajalah, tapi aku bagitahu dia datang jumpa aku sebelum 5.30 petang sebab petang n...

Mesyuarat Dan Tak Jadi Dating Dengan Cinta Hati

Hari ni ada mesyuarat dengan PIBG, mampus report kraftangan tak buat langsung sebab tak sempat. Harap En. Leong tak mintalah report kraftangan aku. Aku datang awal sikit sebab nak siapkan duit kwsp dan socso. Orang tua tu semalam tak ambik duit kwsp dan socso. Sambil aku buat kerja, sempat lagi aku main mesej dengan cinta hati. Dia dah sampai Perak semalam bawa Hilux. Ni pun sekarang kat Sitiawan rasanya. Pagi tadi dia call aku tak angkat pasal dah tidur, mengantuk sangat dah dia pula tak sampai-sampai lagi masa tu. Jadi aku bajet nak call lah dia hari ni, yang dianya asyik sekejap-sekejap nak beli sarap nasi lemak (kesukaannya). Akhirnya tak jadi call, mula mesyuarat pukul 9.45 pagi. Alhamdulillah juga En. Leong tak dapat datang kata orang tua tu En. Leong ada mesyuarat kat tempat lain. Mula-mula pihak Agro Bank bagi taklimat tentang insuran mereka. Sempat aku tangkap gambar bagai, aku lebih banyak main mesej dengan cinta hati dari layan ibu bapa pelatih. Makan pagi pun aku tak jam...

Cinta Hati Kemalangan Lagi

Imej
Pagi aku siapkan akaun untuk di bank-in macam biasa...Agak sibuk sikit aku pagi ni. Orang tua tu pula nak keluar atas urusan tertentu, mujur aku sempat siap duit nak bank-in macam biasa bagi kat dia. Selesai kerja pukul 11.30 pagi, baru boleh sarap dan rileks kejap. Entah macam mana ibu whatsapp , ajak makan kat luar. Pukul 1 tengahari, ibu dah sampai ke bengkel. Kami makan kat kedai makan area Manjung. Pukul 1.30 tengahari baru balik. Pukul 3.30 petang, cinta hati aku pula whatsapp bagitahu yang dia kemalangan tadi. Ya Allah...aku ni dah mula risau. Baru minggu lepas kena langgar masa buat operasi roadblock sampai retak tulang kaki kiri. Cinta hati kata dia terjatuh sebab jalan licin kat Subang. Sekarang ni pun kat KPJ, takut kena tahan saja. Cinta hati tak nak aku risau dia kata nanti apa-apa dia mesej balik. Pukul 4 petang, dia mesej bagitahu tak ada apa-apa yang teruk dan tak kena tahan cuma ambil xray saja. Alhamdulillah...aku berharap tak ada apa-apa yang teruk. "Semoga b...

Pertama Kali Bergaduh Dengan Cinta Hati

Imej
Pukul 4 pagi, cinta hati call aku. Dia ada bagitahu yang dia dah bagitahu mak dia pasal aku. Lepas tu, aku saja main yang aku cakap mak tak setuju...entah macam mana dia terasa dan marah aku terus letak telefon. Lepas tu mesej whatsapp bergaduh. Aku cakap dengan dia yang aku gurau saja main-main pun tak boleh. Cinta hati kata dia tak suka aku cakap macam tu, mak dia dahlah orang tua lagi aku cakap macam tu nak bergurau pun bertempatlah. Jenuh dia bising kat aku. Aku pun bagitahulah yang aku pun dah bagitahu ibu pasal dia tapi baru nak cakap dia dah letak telifon nak buat macam mana? Tak sampai berapa minit dia call aku balik. Elok aku angkat, dia mula bising aku pun bising juga. Dia nak cakap aku pun nak cakap juga, dia suruh aku dengar cakap dia dulu. Masa dia berleter tu aku banyak diam saja...Apa dia cakap aku banyak dengar dari cakap. Cinta hati suruh aku minta maaf kat dia cakap betul-betul tak ada gelak-gelak, lepas tu dia pun minta maaf kat aku dari hujung rambut sampai hujun...

Cinta Hati Kemalangan

Imej
Pukul 1 pagi, aku dikejutkan dengan berita cinta hati kemalangan. Aku dah mula susah hati, kata cinta hati dia kena langgar dengan motor, yang bawa motor tu budak dengan tak ada lesen roadtax pun tak ada lepas tu masa nak tangkap tu yang kena mujur juga budak tu tak lari. Aku dengar pun sakit hati. Dah tau tak ada lesen, roadtax gatal bawa motor buat apa?! Menyusahkan betul! Kata cinta hati kaki dia sakit dan makin bengkak, lepas habis roadblock ni dia terus nak pergi hospital. Cinta hati tak nak aku risau, apa-apa nanti dia bagitahu. Pukul 2.25 pagi, cinta hati call dia baru balik dari hospital kata doktor tulang kaki kiri dia retak dan akan kena simen pukul 8 pagi nanti datang hospital lagi. Aku ada tanya cinta hati roadblock kat mana? Katanya kat Subang Jaya, tempat tu keras sikit selalu kemalangan dekat dengan Tol. Aku cakaplah mesti mat rempit ramai malam ni? Cinta hati kata biasalah tu hujung minggu kan...Pukul 8 pagi, aku dah bangun nak temankan ibu hantar cili. Pukul 11 pa...

Beritahu Ibu Tentang Cinta Hati

Imej
Esok cinta hati nak datang. Terasa cepat masa berlalu. Nak tak nak aku kena bagitahu ibu pasal dia. susah hati betul aku. Pukul 6 petang, elok aku nak tidur kat bengkel, ibu call ajak makan kat area kedai mamak kat Manjung, Rahmath Corner. Inilah masanya bagitahu ibu, dalam hati aku berdoa supaya ibu tak marah-marah ke apa ke. Sampai sana aku pesan mi sup dan teh o ais. Tanpa buang masa, aku berterus terang dengan ibu bagitahu pasal cinta hati. Dari A-Z 1 aku cerita. Ibu diam dan dengar. Lepas tu ibu tanya cinta hati orang mana? kerja apa? duduk mana?. Aku cakaplah dia orang Sabah tapi duduk kat Shah Alam, kerja polis pangkat Sarjan. Kata ibu nanti dia nak suruh Pak Itam (bapa saudara aku, polis Sarjan IPD Kuala Selangor) tolong tengokkan cinta hati tu. Kata ibu lagi kalau cakap saja orang lain pun boleh cakap. Ibu juga ada minta nama, IPD mana dan tempat tinggal cinta hati sebab ibu nak bagi kat Pak Itam aku tu. Ibu tak bagi aku bagitahu ayah lagi pasal cinta hati, sebab belum comfir...

Minta Putus

Aku main mesej lagi dengan si Hairee. Aku ada tanya umur brapa? Katanya umur dia 28 tahun...Mak aih! mudanya. Aku fikir umur 30an, beza 3 tahun dari aku. Aku berterus terang dengan dia yang aku nak cari bakal suami lebih tua dari aku bukan lebih muda dari aku. Yang lebih muda tu aku dah anggap macam adik sendiri atau kawan biasa saja. Lagipun umur dia sebaya dengan adik ipar aku, Hanum. Lepas tu. kami kenal pula melalui laman sosial dan aku tak yakin ibu dan ayah boleh terima. Tak sampai beberapa minit dia call aku. Pada mulanya Hairee kata tak apalah dia minta aku block nombor dia kat whatsapp dan buang gambar yang dia bagi. Aku cakap oklah nanti aku block nombor dia. Dia letak telefon, tak sampai 5 minit telefon aku balik. Puas si Hairee tu pujuk aku supaya terima dia balik. Katanya sia-sialah 4 tahun dia menunggu aku, dan umur bukan penghalang untuk bercinta. Katanya lagi ramai saja yang bercinta melalui laman sosial bahagia kawin dan ada anak lagi. Dan bila aku tolak cinta dia ra...

Berjumpa Dengan Cinta Baru

Imej
Entah kenapa aku bengang betul dengan si Solehah hari ni bila kita panggil tak di nyahutnya. Tadi dia juga yang minta kain merah alas kaki. Bila marah tarik muka, semalam sehari suntuk call aku nak tanya pasal jahitan jer pun. Benda tak pentingla sibuk nak call. Malam, ada kawan baru whatsapp aku namanya Mohammad Hairee Airul @ Asrul. Aku tak tahu kenapa malam ni rasa bermimpi sebab dia berterus-terang kat aku yang sebenarnya dia dah lama sukakan aku tapi dipendamkan dulu. Dan dia pernah chat dengan aku 4 tahun yang lepas kat Tagged. Aku sikit punya terkejut sampai terkedu, tercegang, terkesima macam-macam ter lah. Katanya, hujung minggu ni dia nak jumpa aku, ibu dan ayah nak bincang tentang tunang dan kahwin. Dia pun tak nak tunggu lama-lama. Ya Allah...macam tak percaya. Puas aku cakap dia jangan datang lagi takut nanti mereka terkejut tak memasal pula. Masih terlalu awal buat aku dan aku minta masa sikit. Katanya, lagi kalau tak cukup duit dia sanggup keluarkan duit untuk kenduri ...

Dah Nak Balik Dah...

Pagi-pagi, aku bangun tolong ibu masak lagi. Siapkan sarapan. Selesai siapkan sarapan bagai, baru nak rehat sekejap kat dalam bilik ibu panggil suruh belikan roti untuk Icha anak saudara aku tu. Dia nak cicah dengan sup tulang pula. Aku tak sarapan pagi ni, mata aku nampak katil saja. Lepas beli roti baru aku tidur sampai pukul 10 pagi, baru bangun mandi. Elok aku selesai mandi Tok Su Latif sekeluarga dah balik. Ibu kata Tok Su kirim salam. Dah bersiap, baru aku turun sarapan. Hanya makan roti sardin yang adik no 2 aku buat. Aku bagitahu dengan ibu yang aku nak keluar kejap lagi beli barang keperluan. Ingat semalam nak pergi tapi apakan daya sibuk memanjang. Semalam solehah telefon aku entah apa yang dia nak aku tak angkat pun. Pukul 10.20 pagi, aku beli barang keperluan kat Rapid Manjung. Sampai Rapid tak buka lagi, pergi kedai 7eleven jap beli topup. Lepas tu baru pergi Rapid balik. Selesai shopping kat Rapid pergi Giant pula belikan Icha KFC. Lepas tu baru balik. Sampai rumah teng...