Potong Mood Aku!
Pagi-pagi aku dah sakit perut. Datang bengkel aku nampak Solehah dan Khairunnisa tutup pintu bengkel terus naik atas. Aku fikir adalah En. Zainal tu nak cakap apa-apa dengan pelatih. Tak kisahlah aku pun macam biasa buka sikit sahaja pintu. Sempatlah breakfast sekejap. Aku tengok jam dah nak pukul 9 pagi, tak nak turun ke lamanya?? Aku buka CCTV tengok pelatih kelas aku rupanya melepak lagi kat atas. Aku pun panggil mereka, bising juga aku. Duduk atas bukan main laju tadi tak nampak ke aku datang, mati-mati aku ingat Solehah nak panggil pelatih bawah turun. Aku sambung breakfast nasi lemak, entah macam mana En. Zainal turun bising kat aku balik tanya kenapa aku marah-marah? Perangai tu jaga sikit? Berdiri betul-betul sebelah aku tengah nak makan. Elok dia bising, terus bungkus nasi lemak bawa ke belakang. Marah-marah aku depan rezeki masa nak makan, elok ke? Dia kata aku sampai tak buka pintu, nak bagitahu Mr. Khaw pasal akulah, parent komplen pasal akulah, pelatih pun banyak komplen...