Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Tok Su Latif Datang Lumut

Aku bagitahu ayah yang Tok Su Latip nak datang. Pukul 8 pagi, aku nak kena kemaskan rumah. Ibu pesan suruh aku mop lantai bilik atas. Tak dan nak buat kerja, ayah suruh aku hantar dia ke stesen bas sebab dia dan Shah nak pergi Kedah rumah pak uteh. Aku ingatkan tak jadi pergi, aku cakaplah kat ayah yang aku kena hantar dia cepat sikit sebab nak kemas rumah. Lepas tu orang tua tu mula merepek dan bising-bising katanya tiket dah beli kenapa tak bagitahu awal-awal sekarang dah kelam kabut. Ayah salahkan ibu pula tak bagitahu awal-awal dan adik aku no 2 yang nak datang hari ni pun dipersalahkan juga. Kata ipoh bukan jauh kenapa tak bagitahu nak datang? Aku balaslah yang aku memang nak bagitahu semalam dah dianya balik dari surau solat isyak terus membuta. Macam mana aku nak bagitahu, tau pula diam. Sakit jiwa aku dengan orang ni!! Cakap dia saja yang betul. Lepas tu tau pula nak merungut, kata bulan ni dia sibuk bagai. Yang sibukkan diri ke sana sini buat apa??! Patut hari pertunangan...

Ambil Darah Di Klinik Sitiawan

Hari ni aku kerja half day, pasal aku dan ayah nak ke Klinik Sitiawan nak ambik darah. Pukul 8 pagi, dah kena gerak ke klinik. Sampai sana ramai orang. Aku bagi borang check up. Aku rasa berdebar-debar gila pertama kali nak ambil darah, entah sakit ke tidak. Juruawat bagi aku bekas kecil suruh aku ambil air kencing dulu. Lepas tu bila nombor aku naik, pergi kat jururawat untuk aku ambil darah. Aku tengok jarum besar, nak tengok tangan kena cucuk pun aku rasa macam dah sakit. Jururawat siap tanya aku sebelum ni pernah ambil darah ke? Aku jawaplah tak pernah. Tercari-cari urat tangan aku. Masa kena cucuk tu sakit sikitlah. Selesai saja, terus pergi kat ayah aku. Dan ayah tanya pada jururawat untuk temujanji minggu depan buat check up yang lain-lain. Lepas tu baru ayah ajak aku pergi sarapan kejap jam dah pukul 10 pagi. Sementara ayah baca surat khabar aku belek-belek lengan yang diletakkan kapas. Masih terasa pedihnya. Masa nak balik entah macam mana kecoh pula ada pasangan suami ister...

Hael Husaini - Jampi

Imej
Favorite songs...:)

Soalan Peribadi (Bahagian 33)

Adakah Anda Tidur Berdengkur Atau Tidur Lasak? ^_^ Tidur lasak. Adakah Anda Suka Tidur Dalam Keadaan Suasana Gelap Gelita Atau Terang? ^_^ Gelap. Baru lena sikit nak tidur, kalau terang tak boleh nak tidur. Bolehkah Anda Tidur Dalam Suasana Bising? ^_^ Tidak. Tak tidurlah jawapnya.  Adakah Anda Penggemar Filem Lama? ^_^ Tidak. Kecuali filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Pernahkah Anda Di Tahan Pihak Polis? ^_^ Ya, pernah Pernahkah Anda Hadir Ke 'Reunion' Sekolah Atau Kolej? ^_^ Tak Pernah. Tapi teringin nak pergi jumpa kawan-kawan lama. Rindu bila masa dengan mereka dulu  :( Pernah juga dalam kumpulan di facebook kawan sekolah buat reunion tapi semua dari kelas budak pandai yang aku tak berapa nak 'mesra'. Rasa rendah diri pun ada :( Pernahkah Anda Bekerja Di Tempat Makanan? ^_^ Tak pernah. Pernahkah Anda Bertunang? ^_^ Tak pernah. Buah-buahan Apakah Kesukaan Anda? ^_^ Durian Epal merah Rambutan Pisang Temb...

Mesyuarat Dengan Pengerusi Baru

Aku rasa macam malas nak pergi mesyuarat bengkel. Ingatkan dah tukar pengerusi baru, aku ni tak payahlah join mesyuarat ke apa tapi tetapi kena join juga. Peleceh betullah...Dah laporan kraftangan pun kena buat juga, itu pun aku tak tau nak taip apa lagi main buat saja. Macam biasa pukul 5 petang baru aku naik atas. Pukul 5.45 petang baru yang lain sampai. En. Leong tepat 5.30 petang dah sampai. Maka bermulalah mesyuarat dengan pengerusi baru tapi sebelum mula, En. Leong memperkenalkan diri dulu. Disebabkan Cik Ching tak datang, En. Leong suruh aku jadi setiausaha sementara pula dan buat minit mesyuarat. Masalah betul...Lepas En. Munisamy baca laporan kewangan dia En. Leong suruh aku baca laporan kraftangan pula. Bila aku baca dia tak nak macam mana yang aku buat kira salahlah. Dia nak laporan ada kemajuan pelatihlah, tugas pelatihla bla bla bla...susah payah aku buat dahlah kerja lain pun banyak nak kena siapkan. Segan juga aku bila laporan aku tak betul. Petty cash orang tua mint...

Teman Ibu Berbuka

Petang ibu mesej aku teman dia berbuka kat Hayyan. Pukul 4.30 petang, aku pergi Cyber Cafe Tropikana kejap. Lepas tu pukul 6 petang pergi kedai fotostat, aku pandang langit gelap semacam. Sah! nak hujan. Minta-mintalah jangan hujan lagi dahlah aku nak teman ibu berbuka. Pukul 6.30 petang, aku dah ada kat Hayyan. Agak 1/2 jam aku tunggu, lambat sangat lepak kejap kat Kedai Buku Chiew usha buku novel. Pukul 7.20 petang baru ibu datang. Rupa-rupanya ibu ajak aku teman dia bersebab, ibu berbuka dengan kawan lelaki dia (bujang dan aku kenal macam kat kebun cili). Kawan lelaki ibu bawah sorang lagi kawan. Aduiii...segan aku dah ni. Aku ingatkan makan berdua dengan ibu. Ibu dah siap booking awal-awal. Aku lebih banyak layan makanan dan diam sahaja. Betul-betul tak selesa aku. Habis makan, agaknya ibu tengok aku pun macam bosan terus dia suruh aku balik dan ibu ada pesan nasi bungkus untuk Iwan. Sudahlah hujan terpaksa aku redah juga mujur tak lebat mana.

Layan Fast & Furious 8

Imej
Tak sangka petang ni orang tua tu minta tolong aku fotostat surat-surat. Disebabkan hari ni aku pun nak tengok wayang balik awallah pukul 3.15 petang. Tapi aku tak pegi terus  kedai fotostat, tengok wayang dulu baru pegi kedai fotostat. Hari cerita paling yang aku tunggu-tunggu tak sabar gila nak tengok, "Fast & Furious 8". Mujur tiket aku dah standby beli minggu lepas. Sebelum cerita bermula, aku pergi isi perut dulu kat Chicken Rice Shop dah lapar sangat. Hari pertama saja orang dah ramai nak tengok cerita ni. Mula pukul 5 petang, memang puas hatilah tengok tak sia-sia. Habis pukul 7.15 petang terus aku bergegas ke kedai fotostat.