Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

~Parcel Aku Damage~

Pukul 12 tengahari, pihak JnT call aku suruh datang ambil parcel (novel) sebelum pukul 6 petang. Aku tanya JnT mana? Samudera ke Sitiawan? Pihak JnT kata kat Sitiawan. Aku terus bersiap dah alang2 nak beli makan tengahari sekali. Baru nak bagitahu ibu yang aku nak keluar sekejap, ibu kata nak ajak aku keluar beli barang dapur. Aku bagitahu ibu pasal pihak JnT call tadi. Ibu tanya kenapa JnT tak hantar terus ke rumah? Selalu hantar tak payah datang JnT. Aku call balik pihak JnT, katanya suruh datang sebab nak minta check parcel damage . Pukul 1 tengahari, baru aku dan ibu keluar pergi Bank Rakyat dulu lepas tu baru pergi JnT Sitiawan. Aku tanya pasal parcel aku kat kaunter. Kerani JnT minta tracking number dan katanya parcel aku bukan kat sini tapi kat area Econsave Sitiawan (JnT bahagian penghantaran). Aku tanya dia arah jalan nak ke sana macam mana. Lepas kerani JnT bagi arah jalan nak ke sana terus aku pergi kat Ibu dan bagitahu. Nasib aku baik ibu tau tempat JnT tu kat mana. Se...

~Seluar Jeans Hitam~

Pukul 9 pagi Khafiz dah call aku. Pukul 11 tengahari, aku baru nak bangun mengantok gila. Bangun2 terus aku basuh baju dan sidai baju. Sempat aku layan blog sekejap. Pukul 4 petang, baru keluar beli seluar jean hitam untuk kerja. Mula2 aku pergi Billion, ada seluar aku nak brand Apple Lady tpi tula saiz aku pula tak ada. Nak tanya promoter, sorang pun tak ada. Harga pun sedap RM 30 ke atas, aku bajet RM 30 ke bawah. Aku pergi Pasaraya ET pula, seluar jean hitam ladies punya tak banyak itu pun pattern dia tak cantik lagi seluar jean macam seluar slack saja. Aku nak jean hitam. Harga pun over budget. Promoter Pasaraya ET tunjuk seluar jean hitam lelaki, berat pula seluarnya. Akhirnya, pergi Pasaraya TF Mart pula, nasib baik ada seluar jean hitam kat sana. Aku cuba test 3 helai seluar jean tapi harga pun sama over budget, lantak lah over budget pun nak cari murah2 tak tau dah kat mana lagi. Nak beli Pasarayaku, jangan mimpilah menyakitkan hati saja. Bila aku dah berkenan dengan 1 seluar h...

~Belanja Ibu Domino Pizza~

Pukul 8 pagi, Khafiz dah call aku. Rindulah tu. Jarang dia call aku pagi2. Tengahari, aku siap2 nak keluar belanja ibu makan dengan bajet RM 200 (duit aku dan duit Idin). Aku tanya ibu nak beli makan apa sempena birthday ibu? Ibu suruh aku beli Domino Pizza kat Lumut. Kata ibu, nak order pakai nama Idin. Dulu ada order Domino Pizza atas nama Idin. Kat Domino Pizza Lumut, aku order dengan buda cashier. Aku cakap order pakai nama adik aku, budak cashier tu kata tak boleh sebab tak ada dalam sistem ke apa entah. Akhirnya, aku call ibu bagitahu dan ibu pun nak bercakap sendiri dengan cashier tu. Lepas ibu orderkan pizza kat budak cashier tu, ibu tanya aku nak apa2 lagi ke? Aku cakap nak pizza yang terbaru. Itu sajalah aku nak pun. Sementara tunggu order aku siap sempat selfie dan post kat whatsapp sekali pm picture kat Khafiz. Siap order nak balik tu seksa pula, mana taknya kotak besar, terpaksa gantung kat handle motor, kotak kecik2 dan air letak dalam bonet. Sampai rumah aku hantar Pizza...

~Supervisor Busuk Hati~

Hari ni Farah cuti. Elok sangat la dari menyakitkan hati aku saja. Kalau dia berhenti atau transfer pun aku tak kisah lagi suka adalah. Sumpah aku tak boleh lupa pasal semalam. Esok aku pula yang cuti tak sabar rasanya, Masa briefing pagi, Raja pesan dengan aku pasal bungkus baju raya sebab semalam ada yang salah dan dia pun tak nak buat kerja 2, 3 kali. Petang, aku tanya Munira kes Covid hari ni berapa si Raja pun nak tau juga. Malam pula, lepas pergi tandas aku jumpa Kogee borak dengan dia kejap. Kogee mengadu dengan aku yang dia bengang gila dengan Raja. Orang lain menyembang boleh, dia menyembang tak boleh. Kogee siap perli katanya dia menyembang kat luar tak boleh, orang lain menyembang kat luar sampai gelak2 CCTV tutup ke? Semalam Kogee menyembang dengan aku kat luar si Raja dah tegur ada CCTV nanti Farah nampak katanya. Habis dia dengan budak2 lain menyembang kat luar tu apahal plak? Aku suruh Kogee bersabar banyak2, si Raja memang macam tu. Sebenarnya Raja tu dengki + busuk ...

~Birthday Ibu Dan Sakit Hati Dengan Farah~

Hari ni birthday ibu. Rehat tengahari, masa nak beli makanan aku tengok whatsapp kejap. Idin dah transfer duit dalam akaun aku untuk celebrate birthday ibu. Ingat nak pergilah cucuk duit, tapi takut tak cukup masa pula rehat dahlah 1 jam. Aku cuma sempat tengok akaun Public Bank saja. Nasib baik tak ada apa2 berlaku sebab semalam Idin kata nak transfer kat akaun Public Bank tak boleh. Akhirnya aku ingat rehat petang nanti sajalah pergi cucuk duit. Tengahari ni, stock sampai. Tak sangka aku driver lori tu mamat (melayu) aku kenal. Lama tak nampak dia. Mamat ni minat gila dengan motor skuter aku, suka mengusik nak motor aku lah...minta jual motor aku kat dia lah. Tak tau apa yang special sangat motor aku pada dia. Mamat tu pun ada mengusik Kogee. Stock hari ni tak adalah banyak sangat tak sampai 50 guni. Lepas, Mamat driver lori tu pergi dengan partner dia, si Farah tiba2 panggil aku dengan Kogee. Farah bising kat kitorang katanya, masa stock sampai dia tak nak tengok kitoran...

~Idin Transfer Duit~

Pukul 10 malam, Idin whatsapp minta nombor akaun aku. Dia suruh aku belanja ibu, sebab esok birthday ibu. Aku cakap yang aku pun nak belanja ibu juga. Idin suruh share . Dah dia cakap macam tu tak apalah, share sajalah sebab aku dah bajet dalam RM 100 juga. Aku pun tak tau berapa Idin nak transfer. Aku cakap dengan Idin yang aku belanja ibu lambat sikit hari Jumaat ni. Sebab Jumaat dan Sabtu ni baru aku cuti. Aku bagi akaun Public Bank kat Idin. Lepas tu dia tanya aku betul ke nombor akaun tu sebab dia buat tak boleh. Ni mesti transfer pakai internet Maybank 2U. Aku kasi nombor akaun dah betul. Aku dah mula risau kenapa pula lah ni. Akhirnya aku bagi nombor akaun Maybank saja.

Malas Hangout Dengan Kawan

Rehat petang, ibu bagitahu aku lepas aku balik kerja nak ajak aku makan Kuetiaw Kungfu. Aku on saja. Lepas rehat. Pavis tanya aku nak pergi tak Bazar Ramadhan? Aku cakap tak pergi. Sebenarnya, malas nak ikut sebabnya comfirm ² si Munira dan Raja tu ikut sekali. Kalau ada dua setan ni aku memang takkan ikut dah, bermula diorang hentam aku hari tu. Aku bagi alasan kasi Kogee pula ikut. Pukul 10 malam, lepas balik kerja semua budak² Pasarayaku pergi Bazar Ramadhan. Tiba-tiba aku tengok ada misscall dari ibu. Aku call ibu dia kata tak jadi pergi pasal tak berapa sihat. Masa dalam perjalanan balik rumah, saing balik dengan Pavis. Dia tanya aku kenapa tak nak ikut sekali? Aku bagi alasan yang ibu aku ajak keluar makan hari ni. Kebetulan malam ni hujan dan kebetulan lagi aku rasa macam tak sihat nak demam, dah 3 hari aku selsema. 

Ada Jodoh Takkan Ke Mana

Aku mengadu dengan Khafiz bila teringatkan dia comfirm akan muncul. Aku sendiri pun tak tau, Khafiz macam tau² aku ingatkan dia. Bila Aku cakap macam tu terus dia call aku. Katanya, aku cuba nafikan sesuatu benda yang dah tertulis semenjak azali lagi. Sejauh mana aku cuba lari seandainya takdir tu kuat, pergilah sejauh mana aku nak pergi...pergilah ke hujung dunia sekali pun. Kalau dah Allah kata aku ni dijodohkan dengan siapa, dinikahkan dengan siapa aku cuba nafikan macam mana sekalipun benda tu akan tetap jadi juga. Katanya lagi, sebab tu dia jenis malas complain , boleh lupakan tapi kalau kata benda tu dah tertulis semenjak azali lagi jodoh aku dengan dia, aku nafikanlah macam mana sekalipun  Aku tolaklah perasaan tu macam mana sekalipun, dah Allah kata jadi tu jadi juga. Khafiz minta aku jujur dari hati aku. Dia pun tak nak bergaduh dengan aku malam² ni. Khafiz tanya aku, ada tak terdetik walau sedikit pun kat hati aku yang aku masih sayang dia? Aku cakap sikit saja. Khafiz ...

Aim Kali Kedua

Petang, Farah panggil aku pasal kes aku tak jawap soalan Munira dan Raja. Farah tegur aku kalau diorang tanya aku kena jawap. Walaupun diorang muda dari aku tapi pangkat diorang lagi tinggi dari aku. Aku cakap dengan Farah yang aku lebih suka diam dari bercakap. Kau punya anak buah memang sial! Aku tau la mulut babi mana yang report . Comfirm Raja nepal sial tu yang report. Aku nak jawap ke tak nak jawab ke mulut aku. Kalau jawap pun menyakitkan hati aku buat apa. Malam masa meeting, Raja hentam aku lagi. Aku cakap lah 'Ai 2 hari berturut-turut asyik aim aku saja". Raja tanya aku, ada tak puas hati ke? Aku diam balik malas nk jawap dengan budak² low class . Diorang bukan level aku nak ajak bergaduh ke bincang or whatever .

Meeting Yang Tak Boleh Dilupakan

Aku bangun sahur tapi tak ada selera nak makan sebab sakit perut dan baru muntah pukul 4,10 pagi. Seksanya ya amat. Sebelum pergi kerja, aku standby bawa ubat sakit perut, air botol dan minyak angin. Lepas tu macam biasalah au tambah makanan comot. Masa meeting, kejadian yang aku takkan pernah lupa sampai mati...sampai kiamat pun aku ingat. Raja macam biasa bagi tugasan Tiba turn aku, dia tanya kesihatan aku. Semalam aku tak sihat, senak perut sangat. Lepas tu tiba-tiba dia ungkit pasal kes semalam bab tukar jadual. Aku ingatkan dah tak nak ungkit dah pasal bab semalam. Raja tegur aku, kalau dia tolong maka aku pun kena tolong sama. Sama-sama tolong. Aku pun cakaplah, semalam kenapa nak tanya lagi padahal dia Assistant Supervisor dan dia juga pernah cakap dengan aku hari tu penukaran jadual ada dalam SOP.. Raja cakap, dia kena tanya aku dulu kalau ok, oklah tapi semalam aku jawap suka hatilah, apa maksud? Maksudnya, kau tukar saja lah jadual apa hak aku kan nak bantah. Kata bodoh kang...

Bergaduh Tukar Jadual Rehat

Pukul 10.30 pagi, aku turun bidai dengan Pavis. Ringan sikit beban aku, kalau tak selalu aku angkat sorang-sorang. Tiba-tiba Raja datang kat aku dan minta aku rehat pukul 2 petang sebab jadual rehat dah lari. Katanya, pukul 2 petang kalau bai Ika dan Munira rehaat nanti dua-dua tak ada kat cashier. Aku pun tanyalah 'Kenapa nak bagi rehat lambat?' Lepas tu, aku malas nak cakap, dia saja. Raja pun diam. Entah macam mana dia marah-marahkan aku kata 'you mau solat, i kasi rehat pukul 1 kalau you tak mau tolong tak apa'. Aku cakap 'Tak apalah ikut suka hati you lah.' Dia tak puas hati lagi nak marah-marah aku, Raja cakap 'Lepas ni i tak mau tolong you lagi, jangan minta tolong i!' Aku cakap 'Tak apa lepas ni i tak akan minta tolong you, i buat pun sorang-sorang saja lepas ni'. Aku cakap dalam bahasa inggeris pun dia nak marah. Kalau dah benak tak faham cakap sajalah. Kadang aku tak pernah minta dia tolong aku, dia sendiri yang datang nak tolong aku. K...

Peluang Yang Di Reject

Khafiz call , dia tanya aku berbuka apa hari ni? Aku makan Nasi Ambeng. Khafiz kata Nasi Ambeng bukan jual kat johor ke? Apa dia ingat kat Perak tak ada orang johor ke yang menetap kat Perak. Ada saja Nasi Ambeng jual kat sini cuma kena pandai cari. Bila aku diam, mulalah dia mengeluh. Khafiz tanya lagi, aku balik kerja pukul berapa? Aku jawaplah pukul 10 malam. Katanya, bulan puasa ni awal betul aku balik? Mana ada awal macam biasa saja balik. Khafiz tanya bukan selalu pukul 10.30 ke? 10.30 aku dah sampai rumah bukan kat tempat kerja lagi. itulah sibuk sangat dengan kerja bila aku balik pun tak boleh nak alert 😒meluat. Khafiz tanya lagi, tak buka puasa dengan geng² ke? Selalu makan² dengan geng². Bulan puasa ni tak ada makan sama² sebab masing² balik rumah. Aku sengaja perli dia. Aku cakap, kalau pergi pun nanti dia bising pula, kenapa asyik keluar saja makan besarlah apalah itulah inilah. Lepas tu khafiz buat² terkejut dia cakap ada lagi ke bunyi dari dia macam tu? Aku cakap masa aw...

Tawarnya Sekeping Hati

Khafiz call aku, pukul 10 malam. Kata Khafiz, setiap kali nak bincang aku macam nak mengelak. Bila dia mesej aku kat Telegram pun, aku tak nak tanya dulu pandangan dia. Bila masa entah aku mengelak, aku malas nak tanya padangan dia ke pendapat dia ke. Apa yang aku rasa sekarang dah PENAT....TAWAR HATI. Kalau tanya pandangan dia pun apa yang aku dapat? Dia tetap dengan sikap dia yang macam tu, tak ada perubahan. Katanya lagi, aku bagi jawapan pun yang agak, dia pun fikir 3, 4 kali lepas tu dia diam. Kata Khafiz, dia pun tak adalah baik mana dan dia tahu yang dia kurang bagi perhatian kat aku. Katanya lagi, aku berkerja dan dia pun berkerja bukannya aku ni penganggur. Jangan nak bagi alasan sibuk kerja sampai tak ada masa untuk aku sekejap pun. Aku ni bukan patung atau batu yang tak ada perasaan. Orang lain pun sibuk kerja juga, ada saja masa dengan pasangan. Aku tanya Khafiz, apa dia? Khafiz tanya aku buat apa? Aku mana ada buat apa? Kata Khafiz, habis dia cakap aku macam tak dengar sa...

Ujian Di Bulan Puasa

Pukul 9.50 pagi, masa meeting Raja tanya aku pasal stock barang nak sampai tapi cara dia tanya macam nak cari gaduh dengan aku saja. Aku rilek lagi tak apa. Dia asyik ulang-ulaang benda yang sama, dari malam semalam lagi macam nak cari pasal dengan aku. Sabar saja aku. Hari ni stock sampai kata Raja dalam 50 guni. Matilanak, dahlah aku puasa. Guni bukan ringan -ringan punya. Ini semua nak menguji kesabaran orang dalam bulan puasa. Sepatutnya tak perlulah stock barang sampai banyak-banyak. Stock baju sekolah menengah banyak nak kena hantar ke HQ balik, mengusung kitorang dengan guni berat. Pukul 11 pagi, manager Farah sampai, dia kata kat A7 semalam sampaia 78 guni. A3 mungkin dalam 60 lebih guni. Tercekik aku dengar. Farah suruh aku sapu kat tempat tikar, gamaknya dia tengok aku tak ada buat apa hanya berdiri saja. Dia plak 'cari' kan aku kerja. Semalam aku terlebih rajin buat kerja dia lambat datang. Hari ni nampak aku senang lenang, mulalah pikir aku curi-curi ayamla, curi-cu...

Tak Adil Bab Promote FB dan IG

Hari ni tak ada kerja apa nak buat, stock habis. Aku hanya kemas line dan sapu sampah. Petang, Ain ada bagitahu aku cuti untuk bulan 5 dapat 10 hari. Macam tak percaya aku, lamanya. Tak lama kemudian, Farah pula panggil macam biasa sain cuti. Aku tak sempat nak ingat bila aku cuti, nak salin takut tak dikasinya. Pukul 5.30 petang, Farah balik awal. Pukul 9 malam, Ika bagitahu yang dia dah salin cuti termasuk Umai dan Ain. Hampeh betul diaorang ni salin cuti taak ajak aku sekali. Dahlah aku duduk luar susah nak masuk. Nasib baik Ika tolong salinkan untuk aku, dia minta kat Raja jadualnya. Pukul 9.30 malam, Ain, Umai dan Munirah pakat beli handbag yang dari semalam diaorang pilih. Aku nak join nanti kena halau pula suruh duduk luar. Lepas tutup kedai aku pergi tengok handbag, satu pun tak ada citarasa aku. Citarasa budak² hurmmm. Jenama pun tak tau jenama apa. Kalau jenama LV ke Victoria Secret ke Prada ke sedaplah sikit. Apa kelas handbag Pasarayaku, pakai tak sampai 2, 3 tahun dah rosa...

Sakit Hati Dengan Trainning ASV

Hari ni farah tak datang. Aku pula malas nak buat kerja, kebetulan hari ni cuaca panas membahang tak tahan aku jadi aku ponteng puasa. Masa rehata tengahari, aku pergi beli air F&N Strawberry dahaga gila. Sebelum aku pergi kerja, ibu minta aku 'bank in' kan duit masa balik rehat masa berbuka nanti. Pukul 4 petang, Munirah macam marah aku mungkin sebab tengok akau tak ada buat kerja. Dia suruh aku buka stock tuala sambung semalam punya kerja. Aku baru bercadang nak buka stock pukul 5 petang nanti, dah budak tu suruh buka stock terpaksalah aku buka. Meluat pula aku tengok. Malam pula, budak² yang jaga dalam bergurau senda. Aku berbuallah dengan Kogi, datang si Pavis buat hal pula tak puas hati aku berbual dengan Kogi kat luar katanya nanti CCTV tengok. Sakit hati pula aku, itu pun nak sibuk. Aku masuklah dalam sikit pasal bosan kat luar nak juga berboraak dengan diaorang. Lepas tu, Munirah bising suruh aku duduk luar. Dia tanya siapa jaga luar? Sakit hati betul aku!😡Dahla du...

Country Manager datang PasarayaKu A3

Pagi, Pavis ajak aku pi McD dengan Umai lepas balik kerja. Aku on jer. Hari ni Mr Yap datang kedai. Terkejut aku, Mr Yap tak puasa padahal dia cina muslim. Terang-terang beli makanan sebelum berbuka. Pavis pula buat hal dengan aku masa dia rehat petang. Tengah aku buat kerja dia sengaja langgar aku, sampai perut aku terkena meja. Pergh dia punya senak sakit siot. Apalagi kena marah la dia dengan aku. Sakit jiwa aku dahlah aku puasa hari ni. Aku ugut dia tak jadi pergi makan kat McD. Pavis minta maaf dan pujuk aku. Aku buat tak tahu saja, senak betul perut aku. Sebelum Pavis masuk kerja dia ckp tamil dengan aku, aku pun ya kan sajela. Malam, masa balik Pavis tanya aku jadi ke nak pergi McD. Aku kata jadi, Umai pun ada tanya juga tadi. Sampai di McD, staff McD suruh tunggu pasal nombor meja dah abis dan pelanggan ramai kat dalam. Sempat kitaorang selfie dulu. Tak sampai setengah jam staff McD panggil. Lepas order, kitaorang makan-makan sambil makan Pavis mengadu kat Umai, Manager Farah a...

Customer Punya Pasal Aku Yang Kena

Hari ni entah macam mana ada customer india masuk kedai tak pakai mask. Aku perasan tapi tak sempat nak tahan pasal tengah serve customer .lain. Kogee datang dan tegur aku, stress aku kadang duduk luar ni. Bila customer india tu keluar aku cakap dengan dia lain kali pakai mask. Customer india tu tengok aku lepas tu blah macam tu saja. Malam lepas tutup kedai, aku duduk kat tepi-tepi menyendiri dan banyak diam. Masa meeting , Kogee bagitahu Raja dan Munira yang customer india tak pakai mask tu dia ada tegur suruh pakai mask kalau tak pakai kena masuk. Customer india tu buat bodoh saja, tengok Kogee macam tak puas hati. Akhirnya aku juga yang kena, Raja dan Munira tanya aku kenapa bagi lepas customer india tu? Aku diam saja. Munira sampai perli aku. Macam ni ke cara Assistant Supervisor dan Supervisor . Yang Supervisor nampak aku diam saja tak ada jawapan dia 'Hoi²'nya aku. Cuba aku yang cakap macam tu, mau naik angin si jantan nepal tu. Aku malas lah nak cakap nanti bil...