Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2015

Ulangan Ujian Berkomputer

Dah 3 hari berturut-turut aku pulun mengulangkaji buku undang-undang. Gagal juga aku tak taulah nak cakap. Sebelum pergi kerja pukul 8.15 pagi, aku singgah pergi sekolah memandu nak beritahu yang aku nak ambil ujian ulangan. Apek kaunter tu pula suruh pergi MyEg bayar kat sana kalau nak buat ulangan. Pulak! kejap bayar sini kejap bayar sana. Akhirnya aku pergi bengkel terus. Hari ni aku mula bekerja, En. Zainal pula ada hal hantar anak dia pergi temuduga kat Perlabuhan Lumut. En Zainal kata kemungkinan En. Munisamy datang. Sementara tu aku ulangkaji untuk ujian ulang berkomputer. Pukul 10 pagi, En. Munisamy datang. Macam biasalah dia tu menyembang dengan aku bukan main lagi. Dia ada aku pasal gaji, aku pun bukalah cerita yang aku dah berapa bulan tak dapat slip gaji minta Ipoh tak bagi-bagi lagi pun. En. Muni dah mula bising, bukan bising kat aku bising kat akauntan SSM, Ipoh, Miss Lai. Lepas tu bab kupon hilang masa Jumble Sale hari tu pula. En. Muni kata dia dapat tahu yang aku tak ...

Datang Bengkel Lagi

Pukul 10 pagi aku datang bengkel lagi nak bagi slip gaji kat En. Zainal yang di emailkan oleh SSM, Ipoh. Minta tolong ayah hantarkan dia ada temujanji kat hospital pula. Sampai bengkel, beri slip gaji kat En. Zainal. Sempat jumpa Teoh Pei Ji, asyik berjalan sahaja macam orang tak ada kerja. Naik atas jumpa budak atas berborak sekejap. En. Zainal ada tanya aku "Cuti tak pergi mana-mana ke? Takkan duduk rumah sahaja?" Haih! kalau tak kerana lesen aku dah tamat tempoh dah lama aku merayap sana sini. Ini pun aku berani mati datang bengkel dengan lesen dah mati lagi. Cuti aku banyak habiskan kat sekolah memandu sahaja. Hari tu ayah aku kata nak pergi Selangor rumah bapa saudara hari Sabtu, itu pun orang tua tu suruh aku pergi sekolah memandu mujur juga tak jadi pergi. Sebelum balik aku pergi Restoran Wau Bulan beli nasi dah lapar sangat. Ingat nak belikan untuk Shah nanti beli takut ayah dah belikan pula. Membazir sahaja. 

Ujian berkomputer KPP 01 Dan Datang Bengkel

Pukul 8 pagi aku pergi MyEG kat Sitiawan untuk menghadiri ujian berkomputer. Fuh! berdebar-debar nak ambil ujian memandu. Masa sampai aku pergi kat kaunter ada amoi kaunter minta IC aku dan tanya "Dah beritahu sekolah memandu ke yang kata nak amik ujian hari ni?". Aku jawaplah "Tak ada tapi sekolah ada beritahu yang ahad boleh ambil ujian memandu.". Amoi tu suruh aku pergi sekolah memandu dulu beritahu yang aku nak ambil ujian berkomputer hari ni. Dah 1 hal pula. Aku telefon ayah dan ayah suruh aku pergi sekolah memandu tu tanya apek kaunter pula. Sampai sahaja sekolah memandu ramai betul orang belajar memandu pagi-pagi nak letak motor pun susah tak ada parking. Dekat apek kaunter tu aku bayar RM 18 untuk ambil ujian berkomputer sekali beritahu nak ambil hari ini. Selesai sahaja, terus patah balik pergi sana. Barulah aku boleh ambil ujian berkomputer. Pergh! terasa macam susahlah pula. Apa yang aku baca dalam buku tak masuk dalam ujian lepas tu soalan tak ada dalam...

Ceramah KPP Untuk Lesen Motor

Tak sempat sarapan kedai yang nak pergi semalam tutup baru teringat ini kan hari Ahad. Terus pergi Institut Sekolah Memandu, Manjug. Orang dah mula beratur untuk daftar. Masa aku beratur untuk daftar aku dengar ceramah mula pukul 9 pagi pula. Sempatlah kalau nak sarapan kat luar. Selesai daftar, ayah ajak makan dekat Medan Selera, Manjung. Pukul 8.40 pagi aku gerak pergi ISMM balik. Sampai ceramah nak bermula, orang pun dah ramai masuk. Sebelum bermula ceramah, si penceramah suruh isi borang. Alamak! tak bawa penlah pula. Aku pinjam kat budak perempuan pen. Buat muka tak malu sahajalah nak buat macam mana. Siap semua, penceramah panggil nama untuk kedatangan pula. Lepas tu baru mula ceramah. Baguslah si penceramah tu berbangsa india fasih bahasa melayu pula tu tak ada langsung slang india. Ceramah dia pun best, ada buat lawak juga. Tak adalah mengntuk sangat. Pukul 10.45 pagi, waktu rehat sampai 11 pagi. Aku malas nak keluar duduk dalam kelas sahaja dengan budak perempuan yang lain. P...

Ke Institut Sekolah Memandu Manjung

Kali ni aku nekad apa jadi jadilah. Aku nak belajar bawa motor sampai dapat lesen. Pukul 8 pagi, singgah bank Public kejap cucuk duit. Lepas tu sarapan kat kedai makan tepi jalan. Kata ayah esok pagi pergi rumah Pak Itam, bapa saudara aku. Adik saudara aku, Ehsan nak bertunang bulan 12 nanti. Dapat budak kedah patut hari tu ajak pergi Perlis. 21/12 - 23/12 pergi Selangor lepas tu 24/ 12 dan 26/12 pergi Perlis mungkin pergi saing dengan Pak Itam. Eloklah tu aku pun hujung bulan 12 ambil cuti tahun untuk yang terakhir. Aku mula cuti 18/12 - 26/12. Pukul 8.30 pagi, pergi Institut Sekolah Memandu, Manjung. Jumpa apek yang jaga kaunter. Apek tu kata kes aku kena buat balik lesen bayar RM 300, esok kena datang ceramah KPP selama 6 jam. Lepas siap pesan kena beli buku KPP RM 10 dan hari selasa minggu depan ambil ujian berkomputer pula. Dia minta kad pengenalan aku cop jari bagai. Buku boleh ambil esok dan ceramah pukul 8 pagi. Lepas tu terus balik, nampaknya esok tak dapatlah aku ikut ayah p...

Memperbaharui Lesen Di JPJ Manjung

Pukul 9 pagi, aku ke JPJ Manjung nak memperbaharui lesen motor. Esok dah tamat tempoh. Aku pergi sendiri. Sampai sahaja JPJ Manjung, komputer bermasalah pula sistem down. Masa macam inilah nak buat hal. Ramai yang menunggu terus balik. Aku ingat nak tunggu tapi bila dengar pak cik jaga tu kata "tak tahu bila boleh elok, kena tunggulah". Bila dia cakap macam tu, aku balik sahajalah dulu petang karang baru datang balik. Nombor giliran dah ambil. Aku dah mula susah hati dibuatnya petang tak elok juga, macam mana? Esok dah tamat tempoh. Nak cakap dengan ayah, aku takut nanti orang tua tu bising. Nak tak nak kalau tak boleh juga esok pagi sahajalah nampaknya. Sampai rumah aku sambung main game sekejap. Pukul 3 petang, aku pergi JPJ, Manjung balik. pak cik jaga tu pelik tengok aku datang balik tadi pagi ada. Aku tanya pak cik jaga tu bila dah eloknya? Pak cik jaga tu kata elok aku balik dah elok pun. Ya ya sahaja pak cik jaga ni. Jarak nombor giliran aku jauh gila. Mana taknya or...

Sesi Mengemas Bundle Lagi!

Sebelum buat kerja mengemas, aku buat kerja bengkel sekejap. Ayah pula datang tengok pakaian kat bundle. Tengah aku buat kerja, si Solehah marah Khairunnisa sebab dia nak buat kerja straw yang Iskandar tengah buat. Apalagi melalaklah si Khairunnisa tu. Kuat pula tu melalak, terkejut aku. Tak pernah-pernah dia melalak kuat macam tu. Pada mulanya aku tengok dan diam sahaja, kali kedua dia melalak aku anginlah bising kat dia. Umur dah 26 melalak macam budak 6 tahun, geram betul aku! Lantaklah ayah nak tengok ke apa. Semalam aku dah cakap semua pelatih perempuan tak payah buat kerja tolong aku mengemas. Pukul 9.15 pagi, aku sambung buat kerja bahagian pakaian bundle. Solehah dan Husna sambung letak tanda harga entah bila nak sudah aku pun tak tahu 3, 4 minggu tak siap-siap lagi. Wan Liyana dan Tan Jee Suan aku suruh mereka lipat pamplet bengkel yang aku fotostat hari isnin. Teoh Pei Ji dan Khairunnisa tolong aku bahagian mengemas pakaian bundle. Aku sambung buat bahagian pakaian lelaki pu...

Selesaikan Kerja Sebelum Bercuti

Pukul 9.30 pagi, Zila datang dengan Husna. Hari ni Husna kena pergi temuduga kat KFC, Sitiawan jawatan pembantu. Aku ada tanya kenapa Husna berhenti kerja kat Butik Aweenda. Katanya, kerja tu tak mencabar duduk sahaja bagi pamplet kat pelanggan itu yang Husna pun bosan. Yang En. Zainal pula tak beritahu aku langsung pasal Husna berhenti kerja, aku dapat tahu pun ayah yang beritahu. Itu yang aku tanya Zila. Nak tunggu orang tua tu bercakap sampai ke sudah aku tak tahulah jawapnya. Sempat Zila beli novel yang aku sedekah kat bengkel. Sebelum En Zainal bergerak pergi, dia lupa nak beritahu aku yang Jabatan Tenaga Kerja ada telefon mereka nak buat pemeriksaan dalam masa terdekat ni pasal projek jahitan pakai mesin tu. Ah! sudah beritahu saat-saat akhir, dahlah aku tak buat projek tu. Nak buat tak ada masa, nak suruh Solehah buat dia pun nak kena siapkan kotak tisu crosstitch lagi. Sudahlah mak Ngooi Yong Chiang nak kotak tisu crosstitch . Masalah betullah! Ingatkan sekali sahaja buat pem...

Sesi Mengemas Bundle

Hari ni aku nak mengemas bahagian bundle ganti hari jumaat minggu lepas. Minggu lepas aku memang bajet nak mengemas tapi hujan lebat pula tak jadilah dengan En Zainal datang bengkel dan kerja-kerja lagi. Pelatih perempuan aku tak bagi buat kerja aku minta mereka tolong aku. Solehah dan Tan Jee Suan sambung letak harga kat kraftangan. Khairunnisa dan Wan Liyana tolong aku kat bahagian pakaian bundle. Aku nak mengasingkan baju ikut jenis. Mana yang buruk dan koyak aku buang terus tak banyak cakap. Pada mulanya aku suruh Khairunnisa dan Wan Liyana lipat seluar kat rak seluar, tengok mereka buat kerja pun aku sakit hati mana taknya terdemut-demut buat kerja! Lain suruh lain buat, sampai ke sudah tak siap nanti. Masa rehat pukul 10 pagi, sempat aku main game sekejap sementara tunggu pelatih perempuan habis makan. Aku buat kerja mengemas sampai pukul 12 tengahari. Letih wei! Masa balik, aku balik awal pagi tadi dah minta izin dengan En Zainal nak balik awal sebab nak buat bank in internet. ...

Ke Kenduri Kahwin Anak En Zainal Dan Ke Teluk Intan

Aku datang ke bengkel macam hari-hari biasa 8.30 pagi. Pukul 12 tengahari aku balik. Sampai rumah terus aku bersiap untuk ke kenduri kahwin anak En Zainal di Taman Mas, Kg Koh Sitiawan. Pukul 1 tengahari gerak ke sana. En Zainal buat kenduri betul-betul berdepan dengan surau. Nama surau tu Surau Nurul Hasanah. Macam tak ramai orang. Masa nak letak kereta terserempak dengan Marina. Dia tak perasan aku. Sebelum jumpa tuan rumah, ayah pergi solat dulu kat surau waktu zohor dah masuk. Aku dan Shah terpaksalah tunggu kat luar dulu. Entah macam mana Zila perasan, di panggilnya aku. Tak sangka aku dia ada kat situ. Bersembang kejap dengan dia. Kata Zila, si Husna dapat tawaran kerja kat KFC, Sitiawan dan hari rabu minggu depan temuduga pihak JKM yang tolong carikan. Aku tanya Zila, Husna mana? Nak juga jumpa dia kejap dan mak dia sekali nak bagi duit dan bersalaman. Rupanya mak dia dan Husna ada betul-betul kat khemah depan Sekolah Agama Nurul Hasanah. Masa nak ke sanalah terserempak lagi de...

Hari Kebebasan 2 : Hujan Dan Kerja

Hujan lebat gila hari ni. Aku pergi kerja lambatlah jawapnya dan mujur kat bengkel tak ada sesiapa. Semua pakat cuti. Aku bajet nak redah sahaja pergi kerja tapi memikirkan risau motor aku buat hal masa hujan susah juga aku nanti. Sebab sebelum ni dah 2 kali kena. Aku pun tunggu sahajalah sampai hujan reda sikit, sempat main game sekejap. Ayah ajak naik kereta nak hantarkan aku cakap tak nak aku lebih senang pergi sendiri. Pukul 8.45 pagi, ayah panggil aku lagi nak hantarkan aku juga aku pergi bengkel. Haih! nampaknya tak dapatlah aku balik lambat macam semalam. Suwey betullah. Sebelum hantar aku, ayah ajak sarapan kat tempat biasa Taman Samudera. Dah tu Shah pula makan lambat, yang aku ni dah lambat nak ke bengkel. Tu sebab aku malas nak suruh ayah hantarkan nanti mulalah perangai mengada-ngada Shah tu datang. Lepas sarapan, terus pergi bengkel. Sampai sahaja bengkel aku nampak En Zainal. Hai cuti-cuti pun sempat datang bengkel ke? Rupa-rupanya datang semata-mata nak hantar borang ba...

'Pelanggan' Yang Menjengkelkan

Pagi-pagi tengah syok layan game online datang pula pelanggan tengok-tengok kat bahagian pakaian bundle. Pelanggan mak nyah pulak tu 3 orang. Datang-datang sahaja gelak-gelak, menggedik tak tentu hala. Pakaian tak payah cakaplah. Aku nak main game pun terbantut. Pukul 3.30 petang pula, ada seorang lelaki melayu datang minta bantuan. Katanya dia baru kemalangan, beg pakaian, I/C dan lesen dia hilang. Nak buat baru kena RM 80, dia pula tak ada duit dan dia baru jalan-jalan minta siapa-siapa bantu. Siap nak tunjuk surat report lagi. Jadi dia minta tolong aku 'topup'kan dia. Yang ini lagi buat aku tak senang duduk dan susah hati. Entah betul ke tidak mamat ni. Sudahlah aku seorang sahaja dalam bengkel jadi apa-apa nanti susah juga. aku cakaplah yang aku tak ada duit dan perlukan bantuan juga sebab ini pusat orang cacat. Lepas tu, mamat tu minta seluar pula. Aku suruh dia ambik kat tingkat seluar. Sudahlah nak seluar percuma, nak cuba seluar slumber badak tukar depan aku. Cantiiii...

Hari Kebebasanku

Aku bangun lewat sikit. Hari ni En. Zainal cuti. Pelatih pun cuti. Itupun pukul 9 pagi, Pei Ji dan Tan Jee Suan datang. Aku suruh mereka balik kebetulan bapa mereka pun belum balik lagi. Datang bengkel pun sempoi sahaja dengan t-shirt, seluar track dan kasut, malas nak kasual-kasual. Sampai bengkel sahaja terus buka laptop main game online ( Snail Bob Games ). Tengah seronok main game budak perempuan yang selalu beli baju bundle datang pula, tak senang duduk betul. Selang beberapa minit, ada orang telefon tanya pasal bengkel rupa-rupanya dia nak borang untuk daftar anaknya ke bengkel. Aku pun cerita serba sedikit pasal bengkel. Masa rehat pula, aku keluar pergi Econsave kejap beli barang. Bengkel aku tutup. Sebelum tu aku pergi makan dulu kat Strawberry Cafe. Dalam setengah jam, baru balik ke bengkel. Macam biasa masa rehat aku menonton DVD, cerita ' Paranormal Activity 4 '. Pukul 2.30 petang, sambung main game balik. Hari ni aku langsung tak buat kerja, rileks sahaja goyang k...

Bos Belanja?! Mencurigakan.

Hari ni aku kena jumpa En. Munisamy untuk pembayaran. Lagipun esok En. Zainal dah mula cuti 4 hari sebab Sabtu ni anak dia nak kahwin. Pukul 10 pagi, ada budak baru nak kerja di bengkel (kawan Ting Hong Aun). Dari Pekan Gurney, Sitiawan. Baru daftar, minggu depan baru masuk. Masa berlalu jam dah pukul 11 pagi aku dah mula risau bukan apa takut En. Muni lupa sahaja hari ni nak jumpa. Aku selesaikan KWSP punya dulu sebab tarikh bayar sebelum 15hb. Pukul 11.30 pagi, baru dia datang lega sikit aku. Baik punya layan, elok dia sampai aku ucap Happy Deepavali dia siap berjabat tangan dengan aku lagi. Sambil dia buat kerja, kami berbuallah topik-topik biasa. Selesai sahaja dengan En. Muni dan dia pula dah balik. Baru nak naik atas jumpa En. Zainal, En. Muni datang lagi. Aku ingatkan dia tertinggal barang rupa-rupanya dia belanja aku 2 kek Secret Recepi. Katanya 'This is gift for you" memang tak sangka gila wei! Mimpi ke aku ni tak pernah-pernah dia belanja. Bukan main baik lagi denga...

Tak Puas Hati Tentang Gaji

Pada minggu lepas, En. Subramaniam telefon aku untuk memberitahu pasal gaji aku mengikut Diploma. Kata En. Subramaniam gaji aku memang dah ikut gaji diploma. Jadi dia kata ada salah faham sikit sebab sebelum ni Miss Lai dah tengok fail aku ada lulusan diploma. Aku pelik macam mana boleh kata gaji aku ikut Diploma sedangkan gaji aku RM 900. ikut diploma apa bendanya tu? Aku keliru dan tidak faham dengan sistem gaji PAFID untuk staff.. Sebab aku tengok tangga gaji kalau diploma dan berapa tahun berkhidmat gaji naik RM1000 lebih. En. Subramaniam ada juga cakap gaji ikut diploma dapat sekali sahaja tak boleh minta lagi. Aku pun terfikir apa maksud En. Subramaniam dapat sekali? Setahun sekali sahaja ke dapat gaji ikut diploma lepas tu ikut gaji asal balik, RM 900? Tak adil bagi aku! Aku dah 4 tahun 4 bulan kerja kat Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan. Lepas tu kerja sampai lebih masa dan kerja banyak tapi tak naik-naik pun gaji. Sudahlah O.T tak ada. Sepatutnya gaji aku RM1000 leb...