Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Kenangan Pahit Manis Sebagai Instruktor 2012

Imej
Sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit aku sebagai seorang instruktor untuk tahun 2012. Di sebabkan hari makin hari aku semakin sibuk dan tak ada masa untuk meluangkan masa untuk blog peribadi kesayangan aku ni. Jadi apa yang aku nak kongsikan bersama pembaca yang lain adalah hanya beberapa kenangan yang masih segar dalam ingatan aku.  Pelatih -  Hampir 6 bulan aku bekerja di BPSM, Sitiawan aku dah mula kenal perangai anak-anak murid aku. Dan ada 2, 3 orang yang jadi anak murid kesayangan aku. Masa ni aku belum confirm lagi gaji pun RM600 lebih bulan 1 tahun 2013 baru aku confirm. Manakala Jawatan aku bukan sahaja sebagai Instruktor malah sebagai Pembantu Pentadbir.  Kakitangan/Pentadbir - Tak sampai sebulan aku kerja, ada staff yang dah aku mula nampak perangai yang menjengkelkan contohnya :- En. Zainal. Dia adalah pemandu van bengkel. Setiap pagi dia akan mengambil pelatih, manakala petang hantar pelatih balik. Tapi aku cukup tak berkenan dengan orang tua ni s...

Jika Aku Seorang Puteri Raja

Jika aku seorang puteri raja, aku akan sentiasa membantu rakyat yang dalam kesusahan. Aku akan beramah mesra bersama rakyat jelata. Aku juga akan mengambil peluang untuk hidup sebagai seorang rakyat biasa untuk merasai kehidupan mereka. Aku juga akan mempertahankan hak dan keselamatan rakyat jelata. Setiap tahun aku akan menjemput rakyat jelata untuk menghadiri jamuan-jamuan atau majlis-majlis yang di adakan di Istana seperti jamuan hari raya, sambutan hari lahir dan sebagainya. Selain itu, setiap bulan aku akan menziarahi pesakit-pesakit di hospital dan memberi sumbangan. Rumah-rumah kebajikan pun aku akan beri sumbangan selain meluangkan masa bersama mereka. Aku ingin menjadi seorang puteri raja yang low profile . Jika rakyat mahu berjumpa dengan aku secara peribadi pun tak kisah. Kalau soal jodoh, aku tak kisah dengan rakyat jelata sekalipun yang penting si dia ikhlas menerima aku. Mencintai dan menerima aku seadaanya, bukan cinta kerana harta mahupun pangkat semata-mata. Dan si di...

Cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang amat penting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka. Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdisiplin dan sebagainya. Mempunyai anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu bapa. Contohnya, mendengar kata ibu bapa agar tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini di zaman moden ini. Ibu bapa juga tentu berasa gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pela...

Cara Nak Membantu Orang Kurang Upaya (OKU)

Bukan semua orang dilahirkan dalam keadaan normal seperti kebanyakan orang lain. Ada di antara kita yang dijadikan oleh Allah SWT dengan dilahirkan kekhilafan. Golongan yang digelar Orang Kurang Upaya (OKU) ini tidak harus kita pinggirkan dalam kita sibuk mengejar kecanggihan teknologi kini. Sebagai masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab, kita seharusnya membantu golongan ini untuk bersama-sama menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal. Mereka juga seharusnya diberi peluang untuk menerima pendidikan yang sempurna agar mereka dapat menuntut ilmu  dan seharusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Antara usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun pertubuhan NGO-NGO ialah menyediakan kelas pendidikan khas di kebanyakan sekolah. Bagi orang kurang upaya yang sudah dewasa perlu ditingkatkan kemahiran mereka dengan kerja-kerja yang bersesuaian dengan mereka seperti membuat kraftangan dan sebagainya. Dan sebagai guru pendidikan khas atau tenaga pengajar perlu m...

Pengalaman Menyertai Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah

Aktiviti kokurikulum aku masa zaman persekolahan tak banyak. Dan Kokurikulum sekolah masa zaman aku pada hari Sabtu , pukul 8 pagi . Sukan aku ambil Bola Tampar tapi tula kelab bola tampar kat sekolah aku tak aktif langsung, macam tak ada orang masuk sukan ni sahaja rasa. Langsung tak ada aktiviti, siapa cikgu yang urus untuk sukan ni pun  aku tak tau. Yang aku nampak aktif untuk sukan di sekolah aku adalah bola sepak dan bola jaring. Tapi itula, bola jaring pula aku tak minat. Sudahlah tak minat, tak tau nak main lagi. Untuk kelab pula, mula-mula aku ambil kelab Rekacipta lepas tu masuk tingkatan 4 (kalau tak silap) aku keluar kelab tu masuk kelab Bahasa Melayu . Pada mulanya aku nak masuk bahasa inggeris sebab minat, tapi di sebabkan tak ada kawan yang nak masuk kelab tu ikutlah kawan aku masuk kelab bahasa melayu. Yang Rekacipta ni, jarang ada aktiviti tapi itulah aku tak minat pula. Kalau bahasa melayu, pun sama jarang ada aktiviti. Tapi kalau ada perjumpaan aku pergi. Kelab y...

Rancang Untuk Projek Seni

Pukul 9 pagi, aku dan anak-anak murid buat senaman ringan lagi di depan bengkel. Aku tak tau nak buat apa dah, 2 hari berturut-turut asyik gunting kain saja bosan aku mengantuk pun ada. Aku duduk sebelah Tan Jee Suan lagila mengantuk. Dia pula asyik tanya itu ini bukan nak buat kerja. Pukul 10 pagi, aunty mesej nak jumpa aku kat Happy Castle dan nak bagi aku roti sekali. Pukul 11 pagi pula, aku naik atas kejap ganti Cik Zainal lagi dianya pergi ambil makanan. Macam biasa aku tolong budak-budak bungkus straw barula hilang boring. Hari ni aku tolong Fahmi pula orangnya pendiam asyik tunduk saja aku cuba juga beramah mesra dengan dia tapi banyak diam saja. Dia buat kerja ok cuma tak tau sukat saja lebih kurang Iwan tapi sekurang-kurangnya dia ada jugak sukat tepat. Lepas habiskan bungkus straw dan straw pun dah habis cuma plastik dan bungkus straw dah habis. Jadi budak-budak semua tak ada kerjala nak buat. Si Am pula asyik nak bagi nombor telefon dia dan aku suuh dia simpan saja aku tak ...

Hari Pertamaku Di BPSM Sitiawan

Hari pertama aku di tempat kerja baru iaitu di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan. Sebelum pergi kerja aku cucuk duit dulu kt ATM. Aku datang awal sikit dalam pukul 8.10 pagi sampai. Hari ni ada senaman dan sedikit ucapan buat budak-budak bengkel. Amy bawa aku naik atas ajar macam mana nak bungkus straw dan timbang. Lepas tu kena turun bawah kena pilih perca kain masukkan ikut warna sampai bermandi peluh aku dibuatnya, mana taknya panas gila kot sambil-sambil pantau budak-budak kraftangan. Pukul 11 pagi, Mr. Muni sampai berurusan dengan amy dan cakap 'welcome' pada aku. Pukul 12 tengahari, aku tengok henfon aku ada 1 misscall dan 1 mesej, rupa-rupanya Dhal mesej aku dan Lai Ling call aku entah apa yang dia nak aku pun tak tahu. Pukul 12.30 tengahari, aku naik atas pantau budak-budak buat straw. Cik Zainal tak ada ambik makanan untuk makan tengahari nanti, aku yang ambik alih tempat dia kejap. Aku tolong Hafeez Zain dan Iwan bungkus straw, Hafeez Zain buat kerja lambat...

Hari Terakhir Aku Kerja Sebagai Promoter

Pagi-pagi Hippo dah tegur aku. Sham pulak buat-buat tak kawan aku tapi tak apa aku paham. Aku tercari-cari juga Hari. Haih manala my little handsome man aku ni, takkan dia kat belakang pulak sudahlah hari ni hari terakhir aku. Masa aku nak top up barang, entah macam mana ternampak Hari dari jauh kat area promotion depan pintu masuk. Dia pun nampak aku kot, baru sebut nama dia dah muncul. Pelik. Aku asyik ushar dia tengah buat kerja saja. Wow! tangan dia betul-betul sasa siot. Hensemnya!! Dia pun ada pandang aku. Hippo ada tunjuk gambar kuih raya yang kakak dia buat, semua buatan dari buttercup. Masa rehat pula, aku rehat dengan aunty kat tempat baru iaitu Happy Castle, Sitiawan (berdekatan Econsave). Sampai sana aku sempat tunjuk tempat baru yang aku kerja. Lepas rehat, sementara tunggu pelanggan datang aku sembang-sembang dengan aunty. Lepas tu, ternampak Hari nak buat harga untuk sabun cuci pinggan Labour. Aunty pergi tanya dia berapa harga, dia jawap RM 13.29. Lepas masa sembang-se...

Hari Ke 2 Sebelum Letak Jawatan (Stand Di Rapid)

Pagi-pagi datang saja, Kak Seha Safi bagitahu Nor suruh bagitahu kat aku yang Voucher RM 20 - RM 50 sahaja bagi kupon. Ada budak baru promoter Ivy, budak melayu nak berkenalan dengan aku pula. Pukul 12 tengahari, Lai Ling datang bawa Voucher lebih sikit. Pukul 1 tengahari, aku balik rumah sekejap ambik staplerdan nombor vendor untuk printsale Giant. Nor pula datang 2.15 petang, lepas tu cakap dengan Lai Ling dia nak pergi hospital demam katanya. Diorang berbincang pasal invoice dan Lai Ling kata esok aku Stand Giant sajala. Yes! best gilala kan bagus awal lagi tak payah suruh aku datang Rapid buang masa! Mungkin dia nak aku ganti tempat Nor sebab dia ambik MC demam. Pukul 3.45 petang, aunty telefon tanya pasal Nor. Aunty kata Nor keluar tanpa bagitahu Hippo, tau-tau dah lesap. Pukul 6 petang, aku dah kebulur tahap nak gila terus rushing pergi Giant nak ambik aunty. Sampai saja sana terus aku masuk ikut belakang cari aunty ternampak Hari pulak tengah punch card, kedua-dua buat-buat tak...

Hari Ke 3 Sebelum Letak Jawatan (Hantar Surat Perletakkan Jawatan)

Hari ni aku sampai saja Giant, Hippo tiba-tiba datang kat aku tanya betul ke Lai Ling ada cakap belakang-belakang tentang dia dan Greedy? Aku jawapla ada, dia pulak sibuk tanya apa yang Lai Ling cakap dekat dia dan Greedy. Sempat juga Hippo melepaskan geram dia pada Lai Ling dekat aku. Aku bagitahu Lai Ling yang aku dah dapat kerja baru jadi Instructor di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan tempat kerja Iwan. Minggu depan hari isnin aku mula kerja di sana. Aunty cakap tahniah! kat aku tapi dia juga ada bagitahu yang aku akan kena bayar sebab tak cukup notis 1 bulan. Aunty suruh aku jumpa Lai Ling masa rehat nanti. Hari ni William datang shopping bawa baby girl dia yang comel, aku dan aunty apa lagi pergila ushar baby dia kejap. Lepas tu, aunty nak beli biskut oreo ada offer. Aku pun sempat ikut dia , beli sampai 2, 3 tin. Sebelum saat-saat akhir aki menjadi promoter, aku nak ushar Hari sepuas-puasnya. Dia tengah buat kerja pun aku ushar jugak sampai tak ingat dunia heheheh. Ka...

Membantu Mak Angkat

Pagi, tengah syok cari pelanggan entah macam mana aku pandang sebelah tiba-tiba muncul si Hari., terkejut jugak aku. Dia terpandang aku dan aku cepat-cepat pandang depan, malu betul aku apa kes entah? Pukul 1 tengahari, aku makan tengahari kat Wau Bulan. Aku hampir tak dapat tempat duduk tadi ada 1 tempat duduk kosong, lepas tu ada orang ambik pulak adooii. Mujur ada pelanggan dah nak blah, kalau tak makan bersila atas lantai sajala. Ada yang dah makan bukan nak blah boleh sembang-sembang lagi pulak, orang lain pun nak pakai tempat jugak. Kadang-kadang geram jugak aku. Nak sembang balik rumahla! Lepas rehat, aku nampak ambik troli kat luar. Aku pun tegur dia buat tak tau nampak sangat hari ni ada apa-apa yang tak kena. Masuk saja dalam Giant, betul tekaan aku, dia bising-bising sebab barang dia banyak sampai. Barang yang tak order banyak sampai, yang order tak nak sampai. Aku agak dalam 1 catton jugakla, tapi pakai 3 troli. Dia minta tolong aku tarik troli kat receiving ada 2 lagi tak...

Jelingan Maut Untuk Leng Chai Ku

Hari ni sampai saja Giant, Hippo bagitahu barang aku dah sampai banyak ada kat receiving room. Aku pun pergila ambik dia pun nak ikut sekali pulak. Aku tengok kat belakang memang banyak gila barang aku sampai. Hippo tolong tengok sajala. Lepas angkat barang masuk dalam troli terus blah tinggalkan Hippo kat belakang. Dia pulak suruh aku jangan laju sangat, kaki sakit katanya. Sapa suruh jalan dengan aku? Aku tak suruh pun. Aku betul-betul tak selesa jalan dengan dia. Lepas tu, aunty datang, Tamang kata barang aunty pun ada sampia jugak tapi tak banyak mana pun. Aku dan aunty sama-sama susun barang. Sebelum aku susun barang aku, Tamang minta tolong dia balut block ubat gigi Colgate dengan kertas Hari Raya. Aku ternampak hari tengah panjat tangga kat kawasan can food. Dekat kawasan tu dia dengan pengurus dan Dhal tak silap aku, dia terpandang aku dan tersenyum kat aku. Aku pun apalagi jeling-jeling manja gitu kat dia heheheh. SENGAJA aku jeling bagi dia tergoda sikit. Sebelum Taman kelua...

Hidup Ni Jangan Suka Menipu, Berhutang Dan...Kutuk Belakang Kawan

Hari ni, aku shift petang. Aku tak ada masa nak ushar Hari hari ni sebab aku betul-betul sibuk gila. Mungkin dia ada pandang aku dan tengok aku sibuk hari ni tu dia tak 'kacau' aku. Entahla berangan dalam mimpi dia macam tu bolehla ceh! Lepas aku buat check stock kat cermin macam biasala. Hippo dan Greedy kebetulan ada dekat situ, lepas tu Hippo cerita kat aku yang Nor kat Giant tak buat kerja banyak saja lebih. Dia pun malas nak ambik tau pasal Nor, sebab Nor kutuk dia belakang-belakang. Hippo kata Nor merayu-rayu nak main kutu siap nak bayar RM 10.00. Aunty ada cerita bab tu semalam kat aku. Nor bagi kat Greedy RM 10.00 suruh bagi kat Hipponak main kutu tapi bila Greedy nak bagi dekat Hippo, Hippo kata suruh Nor bagi sendiri dari tangan dia. Hippo kalau boleh tak nak main kutu dengan Nor sebab dia kuat berhutang dan penipu. Duit orang kampung sendiri pun dia tipu sampai cari Hippo orang kampung dia tu. Hippo tak nak tanggung risiko tapi dia bagi jugak Nor main TETAPI...kalau...

Mood Kelam Kabut Dan Cari Pasal

Aku ingat tengahari nak ajak aunty rehat sama jadi aku mesej dia. Pukul 12 tengahari, aunty mesej katanya rehat pukul 12 tengahari sebab Nor nak rehat pukul 1 tengahari. Lepas tu, aunty telefon suruh jumpa dekat Kopitiam Manjung. Apa lagi kelam kabut aku nak blah, tapi sebelum blah aku cakap dengan Kak Sophia nak keluar rehat. Lepas punch card bagai terus berlari nak cepat gila dah ni. Sampai aku orang paling terakhir keluar rehat. Bawa motor pun rushing nak cepat sangat dah lewat 5 minit, sampai depan Old Town baru teringat tak silap aku aunty ajak pergi Kopitiam ke Old Town?? Ah! sudah! Telefon aunty balik tanya betul-betul rupa-rupanya Kopitiam Manjung. Tapi aku terlajak pergi Old Town pulak ceh! Buang minyak motor aku saje. Apa nak buat rushing lagila jawapnya. Lepas tu, sampai saja Kopitiam Manjung aku bagitahu aunty yang aku salah pergi tempat huhuhu. Aku pesan nasi putih dengan daging masak kicap yang datang nasi putih dengan daging paprik pulak. Bila masa aku order daging papr...

Pertama Kali Stand Di Rapid

Hari ni aku pergi Rapid, tak tau ikut mana aku main redah ikut pintu tepi. Kebetulan aku nampak ada seorang promoter lalu situ aku pun ikut sajala. Lepas tu, aku tanya promoter HBA kat mana nak punch card diaorang cakap kat belakang. lepas pergi belakang, aku buat kerja aku sambil tu aku tengok jugak sampel cara nak bukak bil macam mana. Ushar barang aku 1 kaunter lepas tu cari pelanggan. Aku tengok kaunter Kak Nor lebih kurang macam kaunter Kak Alia kelam kabut dan senget benget tapi Kak Alia lagi teruk aku tengok. Sakit mata aku tengok tak reti susun kemas-kemas ker?! Woi! pagi masuk dah rasa panas gila, berapa kali kibas baju aku. Tak nak buk aircond ke?! Promoter lain semua aku tak tegur, aku buat hal sendiri saja tapi hari ni promoter Safi ada 2 orang, promoter Ginvera dan Ivy. Aku tengah layan pelanggan entah macam mana tiba-tiba budak Ivy dan Ginvera asyikla ushar aku. Aku nak serve pun jadi tak senang duduk. Aku tulis sales pun ‘ mark ’ aku nak-nak si Ivy tu!! Geram tol a...

Pertama Kali Di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan

Pagi ada orang dari KL suruh aku datang untuk temuduga syarikat AE Technology Sdn.Bhd kat Cheras Jaya, Balakong. Alamak! sana ajak temuduga, sini pun nak temuduga juga mana 1 ni nak pilih? Terus mesej aunty minta pendapat dari dia. Cakap dengan ayah katanya tak apala pergi saja tengok dulu. Pukul 2 petang, aku dan ayah pergi tempat kerja iwan di Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan. Hari ni ada lawatan dari mana entah. Sampai saja sana aku di temuduga oleh bendahari jawatankuasa BPSMS. Fuyoo! speaking dan aku pun speakingla jugak. Ada jugak tanya dan apa faedah kerja kat situ. katanya kalau belum tetap tengokla 2 bulan atau 3 bulan. kalau dah tetap kerja situ aku kena menghadiri kursus perguruan di Ipoh selama 2 tahun. Gaji basic RM 555 - RM 650, sikit gila tapi aku tak kisah sangat pasal gaji yang penting kerja dan dapat keluar dari promoting line .  Lepas temuduga Mr Muni suruh aku tengok dulu budak-budak buat kerja, kat tingkat atas pun ada lagi budak-budak yang bua...

Pantang Orang Buat Kerja Tak Betul

Pukul 11 pagi aku dah bangun, siap sedia nak pegi membeli-belah. Lepas tu nak pegi cari keje sekali, aku dah fedup jadi promoter ni. Ayah ader cakap nanti nak buat aku punyer IC baru, puulaak! Aku dahla nak pegi membeli-belah lagi, nak cari keje lagi. Lepas tu ayah kate kat tempat keje iwan ader kosong 1 cikgu, kata ayah tempat tu mengajar budak-budak istimewa, gaji RM600 memang nak pakai orang. Ayah tanya nak ke?? Aku cakap ‘biar orang fikir dulu’, pertama kali nak jadi cikgu. Untuk budak-budak istimewa pulak tu, akhirnya aku fikir-fikir nak pegi buat IC dulula membeli-belah kemudian. Jadi aku pun pakai baju t-shirt, seluar jean dan tudung biru, baru nak pegi, ayah beristighfar panjang bising orang tua tu suruh pakai baju kurung pulak. Adooiii masalah betolla! Dah pakai baju kurung dan tudung biru turun bawah dah standby nak pegi. Ayah komplen lagi katenyer pegi pukul 2 petang, sekarang baru pukul 12.15 tengahari. Celaka betolla! Buat penat aku sajer awal-awal tak nak cakap!! Las...

Lu Bikin Hati Gua Panas Saje!

Macam biasa pagi-pagi shift memang membosankan, tak ade keje aku facing . Masa aku nak facing kat pembersih peribadi wanita, entah macam mana tiba-tiba Hari muncul lalu kawasan shampu badan. Terkejut aku ingatkan sape tadi, rilek sajer lalu tak pandang kiri kanan. Aku dah segan langkah setapak dua ke belakang lepas tu terus lari kawasan ubat gigi. Petang, tengah syok-syok berbual dengan aunty intimate dan aunty ginvera aku terdengar orang bawak troli jadi aku pun pandangla. Alamak! Hari lagi! Dia lalu kawasan tisu dan shampu badan bawa troli nak scan barang kot, dia pandang aku masa dia lalu betol-betol depan aku cepat-cepat langkah 2,3 tapak ke belakang. Aku pandang sajer dia tengah lalu, dia pulak buat tak tau sajer. Masa aunty pegi rehat, aku sandarla kat troli tiba-tiba Hari lalu lagi kat kawasan yang sama tapi aku membelakangkan dia. Aku pandang kawasan ubat gigi dan lepas tu aku perasan dia pulak yang pandang aku. Mungkin dia ingat aku nak pandang dia. Pukul 6.15 petang, Lai...

Sakit Otot Bahu

Bangun pagi aku rasa tepi bahu aku sakit sangat, macam urat kejang. Pergh! Azab giler! Tak tau nape boleh jadi macam tu, sebelum pegi keje aku pegi cucuk duit kejap, dah kering sangat duit aku. Gaji dh masuk, pegi ATM Maybank kat shell sekali ATM Maybank kate “Maaf mesin tergendala”. F***! Masalah betolla ATM Maybank shell ni, mujur masih awal lagi sempat pegi ATM Maybank kat petronas manjung pulak. lepas tu pegi makan tengahari kat Mesra Selalu dan baru pinjam dan pulangkan buku kat D Sukses Enterprise. Lepas masuk keje, aku nampak tangga kat kawasan susu UHT alang-alang baik aku panjat ambik losyen yang nak ambik semalam tergendala. Mok! Nak angkat kotak tepi bahu aku rasa sakit sangat kejang urat-urat dia. Aku asyik urut-urut sajer, nak bawa kotak turun pun sakit nak angkat pun rasa sakit pedih gilerla. Dahla kotak tu berat ada losyen 500ml lebih 10 biji jugak la. Pukul 2 petang, salesman datang kebetulan masa tu aku tengah susun losyen tracia. Lepas tu hippo suruh aku 'poto...

Sales Tak Target Dan Pandangan Dari Leng Chai Ku

Pagi-pagi aku dah heret troli. Lepas tulis sales baru nak siapkan tugas yang en kamsun bagi semalam dah di bereskan oleh orang lain. Aik! Sape pulak yang buatkan? Aku rasa en mohd anuar kot, senang keje aku tak payah susah payah lagi. Terus aku topup barang, masa nak pegi topup barang, Hari pulak bersembang dengan mamat mana entah sembang kat tengah-tengah jalan pulak tu. Aku nak lalu pun susah, lepas tu aku cakapla elok-elok ‘excuse me please.' cepat-cepat dia ke tepi aku nak pandang dia pun segan. Lepas topup, aku susun barang kat kaca pulak. Memang sakit betul nak susun barang kat kawasan cermin kaca, Tiap-tiap minggu nak kena susun elok-elok, biar ada ruang sikit dahla aku punya barang letak sampai ke hujung cemin kaca nak capai sikit punye payah sebab di halang oleh meja lain kat tepi cermin kaca. Entah macam mana aku ternampak Hari asyik pandang aku kat celah-celah kaca. Aduuhh! Malunya, pesalla mamat ni pandang saje. Aku ingat hari ni nak panjat nak ambik losyen bawa ...

Hari Yang Penuh Buat Aku Rasa Tersentap

Baru masuk keje pagi ni, belom sampai HBA baru dekat fresher dalam perjalanan nak ke HBA aku dah di panggil mr kamsun dari jauh…aku ingat dia panggil sape aku pun pusingla belakang tengok tak ada orang pun…rupa-rupanyer panggil aku ceh:P…mr kamsun minta tolong aku letakkan tanda harga…banyak jugak aku tengok…mr kamsun suruh aku tengok harga manala tau ada harga untuk shurah dan tracia…aku dan greedy nak minta tandatangan daripada mr kamsun tapi greedy yang dapat aku punyer dia kate kejap lagi…dia pun tengah sibuk sekarang…hari ni aunty datang dah buat muke ‘hitam’ terus pergi dekat greedy cerita masalah dia dengan jirannya…dengan aku langsung tak di tegur jadi aku pun buat tak tau saje…mr kamsun panggil aku lagi, dia suruh aku setelkan tanda harga dekat Olay…jadi aku pun buatla tanpa mempedulikan aunty…ada jugak dia bercakap dengan aku tapi aku banyak diamkan diri, dia cakap aku senyum…aku rasa betol-betol terasing…macam di pulau aunty asyik bersembang sajer dengan greedy…aku pun b...

Mood My Leng Chai

Pagi ni aku sarap sorang sebab ayah dan iwan pegi kenduri kawin gotong royong kat rumah lorong 3. Greedy pulak tak datang lagi. Pagi, aku buat sales kaw-kaw. Tiba-tiba Hippo tanya aku nak order kuih raya berape? Aku cakapla tak jadi buat cerita yang mak aku tak nak. Bile masa aku kate nak order kuih raya dengan dia, dia yang bria-ria tanya aku. Lepas tu siap perli kate nanti aku rugi sebab kak dia buat kuih sedap. Tak nak aku dahla india buat was-was aku. Kalau melayu yang buat tak apala jugak. Masa rehat pertama, aku ternampak Hari dari jauh baru lepas rehat kot. Malu nak pandang pura-pura baca novel sambil berjalan ceh! Mesti dia perasan aku. Teringat kes hari tu, masa rehat aku membeli-belah dengan ayah dan iwan lepas aku tengok pamplet Giant sambil berjalan. Aku yakin kat depan aku tak ada orang, elok pandang depan tiba-tiba Hari betul-betul berdiri depan aku. Terkejut giler masa tu, kalau aku langkah setapak lagi ke depan comfirm aku terpeluk dia. Malu giler beb masa tu, dia...

Kejadian Di Hari Jumaat

Sebelum pegi kerja aku ajak ayah isi minyak motor, dah tinggal separuh dah…ingat nk isi semalam, tak pegi-pegi pun...Sebelum aunty pegi rehat semapt dia bagitahu yang gedempol tu penipu besar! cakap dia semua tak boleh percaya...Tengahari, hippo bagitahu baranh aku dah sampai, banyakla jugak...baru nak sampai, bulan ni barang aku sampai 2 kali...macam mana nak ada sales?? Syok gila barang aku dah sampai, kawasan minyak wangi forum aku adjust sikit...minyak wangi aunty Nugeno aku tolak tepi sikit apa nak buat kali ni aku pulak ambik tempat aku...Dulu dia buat kat aku sekarang aku pulak buat kat dia tapi aku minta izin la dulu kat dia tu pun dah kire bersyukur aku cakap elok-elok tau...mujur dia kate ok saje...aunty dah kecoh ada berita tergempar kes rompakan...petronas depan kamdar dan shell kampung koh kena rompak…2 tempat sekaligus…kate aunty jalan jam sebab ada roadblock traffic light depan Tesco…dalam puluhan ribu jugakla rugi…aunty jugak ada citer, jiran dia ada di datangi lelak...