Kecoh! Aku Balik Lewat.
Pukul 3 petang, hujan turun dan semakin lebat. Aku memang bajet, kalau masih hujan pukul 6 petang aku tak jadi nak tengok wayang hari ni. Hujan semakin lebat, aku lepak dalam bengkel selepas semua dah balik. Sementara tu, aku layan Youtube cerita hindustan, Jaan-e-man. Boleh tahan cerita tu kelakar. Tepat pukul 6 petang hujan dah berhenti, tak dan mandi aku terus salin seluar dan tudung sahaja. Lepas tu, aku terus pergi makan di Strawberry Cafe. Cerita wayang yang aku nak tonton tu pukul 7.15 petang, tajuk 'Last Shift'. Agak lambat juga mula sebab cerita tu untuk pukul 4 atau 5 petang tak ada. Itu yang aku ' frust ' tu. Habis mesti pukul 9 malam, pandai-pandailah aku jawap dengan ayah bila balik lambat. Lepas makan, aku gerak pergi AEON Manjung. Sampai AEON Manjung sempat aku Whatsapps ibu tanya bila nak balik? Ayah aku tanya masa ambil Shah, katanya ibu ada telefon ke? Ada cakap nak balik bila? Ibu balas Whatapps aku katanya ibu suruh ayah ambil dia kat Ipoh. Kata i...