Bersedia Untuk Temuduga
Pukul 10 pagi, aku iron baju kurung dan tudung. Sambil-sambil tunggu pukul 12.25 tengahari nak siap, aku layan laptop sekejap. Pukul 12 tengahari, ibu telefon dan suruh aku masak nasik sekejap. Lepas 12.25 tengahari, ibu balik kerja dan suruh masukkan lauk dalam mangkuk walhal aku nak cepat siap-siap kejap lagi mesti ayah balik. Kalau ayah balik tau aku tak siap mahu kena marah pula. Orang tua tu bukannya boleh. Lepas siap tunggu nak pergi temuduga sahaja, sambil tunggu ayah balik aku masukkan lauk dalam mangkuk. Agak dalam dekat 1 jam jugala tunggu ayah ambil iwan dari sekolah. Pukul 1.20 tenghari, dah nak pergi dah adik gemok (kucing) keluar pula duduk bawah kereta ayah. Aduss buat hal pula. Jadi terpaksalah kejar dan tangkap adik gemok dalam keadaan panas terik . Cairla makeup aku. Pukul 1.30 tengahari baru mula pergi. Sampai Sri Manjung cari punya cari tak jumpa pejabatnya. Tengok alamat betul dah No 8, Block K Tingkat Atas, Fasa 1C. Tapi aku dan ayah aku tengok pintu berkunci ma...