Apa Kebajikan Yang Pernah Di Lakukan?
Sebagai seorang umat islam kita digalakkan membuat kebajikan. Besar pahalanya di sisi Allah SWT. Nak buat kebajikan perlu niat kerana Allah SWT dan lakukan dengan seikhlas hati. Aku pernah memberi derma kepada peminta sedekah di pasar-pasar. Aku kesian tengok kehidupan mereka yang susah. Selain itu, aku juga pernah di ajak ibu aku untuk menyambut jamuan Hari Raya Aildifitri di rumah kebajikan warga emas. Aku melihat sendiri. kehidupan mereka di rumah kebajikan warga emas. Kebanyakan terlantar di katil, memang sedihlah. Kami tak lupa bertanya khabar selain mendengar cerita yang menyedihkan dari mereka. Jamuan yang diadakan bertujuan adalah bersama-sama meraikannya di hari yang mulia agar mereka tak terasa kesunyian dan memberi sumbangan kepada warga emas di situ. Selain daripada itu, aku juga bekerja sebagai tenaga pengajar untuk golongan OKU. Bukan sahaja tenaga pengajar malah secara sukarelawan untuk membantu mereka. Aku tak lupa untuk memberi derma pakaian atau barang-barang yang ak...