Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Cerita Bab Bekas Kawan-Kawan Sekolah

Pukul 9.10 malam, aku whatsapp Ain. Aku bagi dia nombor telefon Junaida. Aku baru minta semalam nombor telefon dia, alang-alang aku cari balik kawan-kawan lama yang dah lost contact . Aku cakap kat Ain yang aku jumpa pun Anisa, Yong, Khairul Affandi, Eddy. Aku tanya Ain kenal lagi si Khairul dan Eddy, budak-budak nakal kelas kami dulu. Aku ada add friend diaorang kat facebook tapi diaorang belum accept lagilah. Ain tanya aku Siti Aziah dah add ke? Yang si Khairul tu kejap lagi dia cari. Aku pelik siapa pula Siti Aziah ni? Kata Ain, dia 1 kelas dengan kami dulu. Aku tanya Azira ke? Ain kata bukan. Aku cakap Azira aku cari tak dapat entah minah senget tu tak ada facebook agaknya. Azlan, bekas ketua kelas kami pun tak dapat cari. Aku tanya Ain Mariani kenal tak? Kalau nak add dia cari dia dalam friendlist aku. Baru aku teringat Siti Aziah ni yang dulu 1 geng dengan Azira si minah senget. Lepas tu, Ain tanya pasal Syafiq dia fikir si Syafiq tu 1 kelas dengan kami dulu. Aku cakaplah ...

Khai Bahar - Bayang

Imej

Hujan Lebat Di Manjung

Pagi ni aku kena hantar ayah dan Iwan ke stesen bas. Mereka nak balik kampung dengar anak pak andak nak bertunang si Fikah tu. Bila masa ada boyfriend pun tak taulah. Aku tengok awan mendung semacam. Sampai stesen bas Manjung, hujan dah turun. Macam mana nak pergi kerja macam ni. Sementara tunggu ayah ambil motor aku main game dan hantar mesej kat orang tua tu yang aku lambat datang bengkel. Hujan pun tak ada tanda-tanda nak berhenti makin lebat adalah. Aku risau spark plug motor aku rosak saja. Entah macam mana perut aku sakit pula, itu jam pula nak buat hal. Pukul 8.30 pagi, baru ayah sampai. Aku pergi tandas sekejap, lepas tu baru tunggu hujan reda baru aku gerak. Ayah dan Iwan naik bas pukul 9.15 pagi. Lepas mereka gerak, aku pun gerak. Masa perjalanan, hujan masih lebat juga tak boleh jadi ni tak pasal-pasal motor aku mati sendiri pergi lepak kat Rapid kejap. Apalah nasib aku pagi ni. Pukul 10.15 pagi baru aku gerak ke bengkel itu pun hujan lagi walaupun tak selebat tadi. Alham...

Buang Kucing Jiran

Semalam aku terdengar bunyi anak kucing kat bilik ibu belakang. Hari ni aku bagitahu ibu. Entah macam mana malam, tengah aku sedap tidur ibu panggil. Ibu cakap ada kucing nak masuk nak curi ayam KFC yang baru beli dan berak atas cadar katil. Ibu dah geram sangat nak tangkap kucing tu lepas tu nak buang. Pada mulanya tak dapat nak cari tak tau dia menyorok kat mana entah. Ibu ajak pergi bilik dia yang kat belakang nak ambil anaknya. Selongkar punya selongkar dapat 2 ekor anak kucing, bukan main garang lagi nak ambik dia. Lepas tu, ibu dapat tangkap si ibu kucing pula. Terus bawa masuk kucing dalam kereta dan buang kat Pasar Tani Manjung. Bukan nak kata kami kejam kat kucing. Kami pun pencinta kucing tapi bayangkan kalau kucing jiran masuk rumah berak, kencing dan beranak kat dalam rumah kita apa perasaan? Kalau kucing berak kencing luar rumah tak apa lagi. Ni bukan kali pertama dah banyak kali terjadi. Jiran-jiran aku yang bela kucing tak reti nak jaga ke?! >:( Itu dah satu masalah,...

Teruja Layan Movie - Kong : Skull Island

Imej
Hari ni aku layan movie kat TGV cinema Manjung. Movie paling excited aku nak tengok sangat. Ramai orang cakap cerita ni best gila. Tengok trailer dia pun aku dah tau cerita ni memang best. Sebab dulu cerita King Kong pun best. Lepas berurusan dengan En. Leong terus aku bergegas keluar. Aku pergi cucuk duit dulu, beli gula-gula woods terus ke Aeon. Sampai Aeon kat kaunter aku pakai  2 free ticket 1 aku ambik cerita Kong - Skull Island dan 1 lagi Power Rangers khamis depan. Lepas beli Popcorn bagai tak sampai  5 minit dah boleh masuk. Mula sahaja cerita tu tak payah cakap memang best gila, teruja sangat. Tak sangka Samuel L. Jackson main watak jahat. " That thing killed my man! " Pergh! aku paling suka part masa king kong lawan dengan biawak besar. Habis tepat pukul 6 petang mula pukul 4 petang tadi. Memang puas hati aku bagi 5 bintang dan tak sabar nak tengok Power Rangers pula. 

Perbincangan Bersama Pengerusi Bengkel Baru

Aku tergerak nak tengok luar siapa yang datang, tak di sangka-sangka En. Leong (Pengerusi baru bengkel) datang. Dia tanya aku pasal orang tua tu aku kata orang tua tu cuti. Kata En. Leong dia minta tandatangan siapa, aku cakaplah dia sendiri yang buat. En. Leong tak bagi buat macam tu. En. Leong ada bagitahu dia bercadang bengkel pindah ke sekolah semangat maju balik kat tingkat bawah. Katanya senang sikit ada jualan, kalau sekolah ada buat jualan bengkel pun akan sertai juga. Dan pihak sekolah boleh bantu seperti kenderaan (van). Masalahnya sekarang pihak sekolah dan pihak bengkel tak sekepala. Nanti pihak sekolah tau nak control kami yang pihak bengkel. Aku boleh bayangkan bila bengkel 1 bangunan dengan sekolah. Kalau bab jualan, kat sana belum tentu ada pelanggan juga. Harapkan jumble sale dan food fair sajalah. Itu pun duit hasil jualan lambat bayar kat bengkel sampai berbulan-bulan. Apa-apa pun tunggu next meeting esok macam mana?

Soalan Peribadi (Bahagian 32)

B olehkah Anda Mengingati Memori Saat Kegembiraan Dan Ketakutan Di Zaman Kanak-Kanak Anda? ^_^ Ya, boleh. Saat gembira bila bermain dengan kawan-kawan sampai tak ingat dunia. Saat takut bila dibuli kawan baik sendiri. Adakah Anda Mempunyai Apa-Apa Penyesalan Dalam Hidup? ^_^ Ya, ada. Adakah Anda Suka Membuat Orang Lain Tersenyum? ^_^ Semestinya ya. Adakah Anda Menyifatkan Zaman Kanak-Kanak Anda Adalah Satu Kegembiraan? ^_^ Ya. Pernahkah Anda Duduk Di Tepi Telefon Sepanjang Malam Menanti Seseorang Menelifon Anda? ^_^ Pernah tapi tak adalah sampai sepanjang malam. Adakah Anda Tahu Bagaimana Hendak Memandu? Jika Ya, Apakah Jenis Kereta Yang Boleh Anda Pandu? ^_^  Setakat ni aku tau pandu motor sahaja. Kalau kereta tak berapa mahir dan kalau boleh aku nak pandu kereta jenis auto. Adakah Anda Mempunyai Rutin Latihan Senaman? Apakah Ia? ^_^ Tak rajin bersenam. Jarang. Kalau bersenam buat yang ringan-ringan sahaja. Adakah Anda Masih Mempunyai...

Makan Tengahari Bersama Anak Murid

Hari ni orang tua tu cuti. Seronok gila dia cuti, pelatih bawah aku bagi mereka cuti. Pagi ni tak seorang pun datang bengkel, risau juga kalau ada yang datang tak dapatlah aku nak makan tengahari dengan Ting kat Tesco. Pukul 9 pagi, comfirm tak ada yang datang tapi entah macam mana Khairunnisa datang pula. Adooiii...dia nila...Terus aku telefon mak dia suruh ambil dia balik pasal hari ni pelatih dan orang tua tu cuti. Pukul 9.45 pagi, baru bapa dia ambil balik. Pukul 10 pagi, aku call En. Munisamy. Dah 2 hari berturut-turut aku suruh dia datang, tak datang-datang juga. Semalam kata nak datang tak datang. Hari ni baru datang itu pun pukul 11 pagi untuik urusan claim payment. Dahlah petty cash tak ada duit. Sebelum En. Munisamy datang Ting dah datang agaknya dah tak sabar nak mengikut aku ke Tesco gamaknya. Aku suruh dia bungkus dan timbang straw dulu. Elok En. Munisamy balik, bergegas aku dan Ting keluar makan tengahari pukul 12.30 tengahari. Sampai Tesco, aku ajak Ting makan kat Foo...

Ain Nak Buat Group Whatsapp

Pukul 10 malam, Ain whatsapp aku pakai nombor baru dan tanya yang aku ada tak group ex-student SMK TLDM. Aku sempat tanya dia apa cerita sekarang? Aku ada tanya khabar mak dia. Kata Ain, dia ingat nak buat group ex-student SMK TLDM dan ada tanya pendapat kat Syafiq. Aku tanya dia Syafiq jawab ke? Kalau tak silap aku dulu ada dah orang buat group tu tapi aku keluar group. Ain tanya kenapa? Syafiq pun tak bagi respon lagi. Aku apalagi mengadulah kata aku text macam tak ada orang nak layan lepas tu diaorang sembang pasal suami/isteri dan anak masing-masing. Aku jadi bosan. Macam orang lain tak ada laki/bini dan anak pula. Aku tak taulah kalau Ain buka group tu macam mana pula. Dia siap tanya pendapat aku nak letak apa nama group nanti. Kalau boleh hanya budak-budak kelas kami saja. Ok juga kalau untuk kelas kami sahaja tak payah campur dengan budak kelas lain. Aku cadang geng budak 4KM 5KM. Itu cadangan aku saja, aku tanya pula cadangan Ain macam mana? Ain boleh lupa pula yang kelas kami...