Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Pengalaman Bercuti Di Kampung

Aku tak selalu balik kampung aku di Johor, di sebabkan jauh mengambil masa 8 jam perjalanan. Aku balik pun masa hari raya aidilfitri, menziarah saudara-mara sakit atau pun bila ada kenduri kahwin. Aku akan balik kampung bersama keluarga aku. Dan selalunya aku balik sebelah pagi sampai sana petang. Jarang balik sebelah petang atau malam. Kampung aku di Bakri Batu 10 Muar, Johor (sebelah ayah) rumah perkampungan. Setiap kali balik kampung jumpa saudara-mara yang terdekat seperti di Jorak. Di rumah atok aku dulu tinggal atok lelaki, atok perempuan dan mak long aku. Sekarang tinggal mak long seorang sahaja. Atok aku yang lelaki, meninggal semasa aku darjah 2. Atok perempuan aku meninggal setahun yang lepas, tapi aku tak dapat balik masa tu aku mengikuti perkhemahan PAFID. Dulu, masa aku kanak-kanak sebelah rumah atok aku hutan dan ada membela ayam. Ingat lagi aku dan sepupu-sepupu aku selalu main kat kawasan tu. Kadang-kadang, aku ikut abang-abang saudara pergi memancing kat parit besar t...