Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Hari Yang Teruk

Imej
Pukul 11 pagi aku rajin sangat pergi panaskan kuah mee rebus semalam. Lepas tu boring tak tau nak buat apa pergi bilik layan chatting. Tengah syok-syok chatting entah macam mana aku terbau sesuatu. Allah!! Kuah mee rebus yang aku panaskan tadi tak pergi tengok pun . Habisla aku, dah hangus pun habis 1 rumah berasap. Adusss habislah aku . Aku buka segala pintu depan dan belakang on kipas pula bagi asap keluar. Menyesal aku panaskan lauk, tau tak payah aku panaskan. Pukul 12.45 tengahari, idin dah balik. Ah! sudah! Apa yang aku jangka memang dah agak pun. Aku rasa idin pergi ushar dan bagitahu kat ibu, biasala mulut dia. Pukul 3.30 petang, nak pergi kerja hujan lebat pula . Baju aku habis basah kuyup nak buat macam mana redah sahajalah karang lambat datang kerja pula. Lepas tu aku nak duduk atas, budak bawah pula tak bagi sebab Shima tinggal seorang saje kat bawah nanti. Dahla tu 4 mulut bercakap, seorang bercakap dahla ni semua nak bercakap lepas tu mengumpat pula kata orang atas nak ...

Fitnah Itu Dosa

Imej
Tadi aku chat dengan budak johor. Yang aku bengang gila . Adalah mamat ni fitnah aku, dia kata aku pondan. Id Yahoo Messenger aku aqua_bye86@yahoo.com. Slang kat aqua sahaja dah kecoh, ramai dah salah faham aku punya Id. Aku bukannya pondan aku perempuan melayu islam tulen. Aqua tu maksudnya aquarius ya bagi sesiapa yang sengal sangat tak tau tu. Bye tu Siti Nurbaizura nama aku dan 86 tu tahun aku lahir. Tapi mamat sengal ni tak percaya aku ni perempuan tulen dia masih mengatakan yang aku ni pondan. Fitnah aku gila-gila, dahlah tu melayu islam pulaa tu. Buruk betul perangai. Kenapa sampai nak judge orang sampai macam tu sekali apa hak dia. Tapi aku tak kisah orang nak cakap apa kat aku hanya Allah SWT sahaja tau siapa aku pondan ke tak?? Kalau aku pondan aku tak pakai tudung, bodoh!. Ada ke pondan pakai tudung?? Pada kamu yang pernah chat dengan orang ni kat Yahoo Messenger hati-hatilah jangan sampai dia fitnah kamu pula. Info : aqua tu perkataan dari cina, tapi bukan dengan ejaan aq...

First Day In Tesco

Imej
Ingat nak bangun pukul 7 pagi, aku tengok ibu pun tak pergi kerja lagi jadi aku sambung tidur balik ...sempat bermimpi aku dah start kerja kat Tesco, sampai terbawa-bawa dalam mimpi apa kes?? Pukul 7.35 pagi, baru bangun terus aku basuh baju dan check motor. Pukul 8 pagi, mandi dan bersiap pukul 8.35 pagi, ayah datang nak ikut aku sekali pergi Tesco. Kat Tesco, kena tunggu kat kantin kakitangan pula, segan pun ada jadi aku pun buat-buat ramah berbual dengan sorang budak yang sama dengan aku juga lapor hari ni. Dalam pukul 10 pagi kakak kakitangan datang bawa borang masa interview dulu dan suruh kami isi borang lagi. Aku ingat sedikit orang yang lapor diri, sekali nah! adalah lebih kurang 20 orang. Tapi ada separuh kena datang kerja esok. 7 orang untuk hari ni, masa isi borang pen pula aku tak bawa. Pinjam pen budak mana entah 1 department dengan aku juga. Kena isi I/C mak ayahlah, kena buat KWSPla. Akaun bank BSN tak terima. Yang diterima CIMB, Bank Islam, Maybank. Kelam kabut aku c...

Panggilan TESCO Manjung

Imej
Pukul 4.30 petang, ada panggilan dari seseorang. Rupa-rupanya kakitangan dari Tesco panggil aku kerja esok tapi sebelum tu kena datang lapor diri dulu. Datang pukul 9 PAGI!! ESOK!! Ah! sudah, apa lagi kelam kabut aku. Minit-minit akhir baru nak bagitahu pula tu suruh pakai baju putih, seluar dan kasut hitam pula tu. Mulenya aku ingat tak pergi esok pandai-pandailah bagi alasan, tak naklah kerja Tesco mesti susah. Dah ayah pula kebetulan ada dalam bilik aku tengah solat tanya pulak. Nak tak nak terpaksa berterus terang, pukul 5 petang juga keluar beli pakaian dan kasut uniform. Masa nak pegi beli kasut kat kedai ada pula budak dalam lingkungan 5, 6 tahun melalak-lalak terkinja-kinja menangis. Dahla dengan sesak pula tu dalam kedai, naik rimas aku dengan budak menangis lagi nak sahaja aku bedok budak tu . Mengalahkan budak umur 2, 3 tahun menangis. Lepas tu aku ajak ayah makan sebab aku dah lapar dari pagi tadi aku tak makan apa pun. Pukul 8.30 malam, aku jahit seluar kerja sebab labuh....

Hina Sangat Ke Aku??

Imej
Pukul 10.30 malam, aku turun bawah dan ayah suruh aku makan nasi. Kebetulan aku lapar, makanlah. Masa aku nak makan, kucing aku gemok nak makan ikan goreng panjat kerusi. Tapi aku tak bagi, bila aku pegi dapur ambik air aku tengok gemok dah ambik ikan goreng aku. Yang aku tak puas hati, Idin yang ada kat depan boleh tengok sahaja muka aku. Bukan nak tolong halangkan kucing, bila dah jadi macam tu mula dia cakap-cakap belakang aku, kutuk aku, buruk-burukkan aku. Walaupun dia cakap pelan tapi aku dengarlah sedikit ayat-ayat dia yang menyakitkn hati aku. Dia kata bodohlah, duduk rumah tak buat apalah. Patah selera aku nak makan, langsung separuh aku terus buang dalam tong sampah. Aku terasa tau tak, mulut dia dengan mulut ibu sama sahaja jahat. Suka cakap-cakap belakang dan kutuk-kutuk orang. Hari tu ibu cakap sampai aku terasa masa aku tengah makan juga, pun patah selera aku makan sedikit sahaja selebihnya aku buang dalam tong sampah. Aku menangis sepuas-puasnya. Aku pun tak taula, hina...

Le Tour De Langkawi 2011

Imej
Pukul 9 pagi, aku bangun dan mandi. Aku rasa tak selesa pula sebab aku piriod, habis cadar aku terkena kesan 'bocor'. Kemudian ayah ajak sarapan kat luar. Macam biasa kat pasar tani Sitiawan. Sementara tu, ayah suruh aku tunggu kejap sebab nak belikan nasi lemak untuk idin dan sementara tu juga aku pusing-pusingla 1 taman dulu panaskan enjin dan pergi kedai uncle Ganesh beli air milo dan chewing gum wrigley's Grass Lemon flavour . Dan masa dalam perjalanan nak ke Sitiawan aku tengok banyak motor polis berkeliaran, buat roadblock ke?? Kena hati-hati ni karang tak pasal-pasal kena saman pulak. Lepas sarapan, ayah ajak pergi 'funfair' kat depan The Store. 'Funfair' apa pula ni?? . Tak perasan pun?? Sampai sana aku pergi dengan Iwan jalan-jalan kat 'funfair' tengok macam pasar tani nak tutup sahaja. Siap ada pentas konsert lagi, tak kan pasar tani pula. Ayah pergi kedai motor nak ambil gran motor Idin. lepas tu pergi kat 'funfair' buat kali ke ...

Mari Renungkan Bersama...

Imej
Melayu jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar? sebab melayu tak suka berfikir.. malas nak guna otak kanan dan kiri suka tengok cerita hantu kekasihku seru, tower 13, jangan tegur lagi menjadi kegemaran waktu maghrib dah tunggu depan tv melayu rajin bergosip sana sini kutuk orang ni kutuk orang sana bukan nak nasihat tapi mengata tambah-tambah dosa dan buat dosa kering melayu suka hiburan ada AF ada malaysian idol terlebih kuantiti artis melayu qari dan qariah susah nak jumpa topup rm60 nak sms undi mila tabung anak2 yatim dan tabung masjid tak nak pula topup not seringgit pun dah ketar tangan sibuk cerita artis kawin datuk apa kena mengena dengan korang? tak payah nak serabut kepala dikatakan miskin marah pula padahal pakai tak cukup kain dedah sana ketat sini nampak tahi lalat kat dada body pun apa kurangya kadang-kadang mengalahkan j.lo dikatakan berasal dari timur penuh adab, sopan-santun dan lemah-lembut ...