Menurut kata ayah, yang masuk hospital tu Mak Long aku (sebelah ayah). Dengar cerita Mak Long kena serangan sakit jantung. Dan aku ada dengar cerita dari ayah dan Pak Itam, Abang Azrin menantu Pak Uda kena denggi, Pak Andak demam seminggu tak baik-baik, Ehsan (anak Pak Itam) demam juga . Dalam pukul 3 petang, baru bertolak ke IJN kat Jalan Duta KL, Pak Itam seorang sahaja ikut. Sampai sana pukul 4.30 petang, kat l obby IJN aku jumpa Pak Andak sekeluarga, Mak Cik Melah dan Haikal, Atok Su dan anak dia, atok pun ada. Tiba-tiba tekak aku rasa haus, jenuh jalan-jalan cari ayah nak suruh belikan air. Tak sangka dalam hospital tu pun ada jual baju, handbag, buku, tudung dah macam kat uptown pula. Ingat nak beli tapi Itula takut bajet lari, duit aku bukan banyak pun. Dalam pukul 5 petang, ayah ajak kami semua pergi kafeteria minum-minum dulu. Nak masuk wad lambat lagi pukul 6 petang boleh masuk dah. Kat kafeteria aku ingat nak pesan air Cadbury Hot Choclate RM2.50 sahaja . Tapi fikir-fikir ...