Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Tiada Kemaafan Untukmu Ex Boyfriend

Pukul 11 malam, tengah aku baring entah macam ada orang whatsapp aku. Macam kenal...Rupa-rupanya Amy. Haih...tak bersudah lagi ke nak ganggu hidup aku? :( Amy tanya khabar, aku macam biasalah jawap acuh tak acuh saja. Aku tanya dia tak jemu ke cari aku lagi? Katanya tak jemu pun lepas tu tanya aku balik yang aku ni dah jemu ke? Memang aku jemu sesangat, meluat aku. Entah apa yang ada kat aku ni sampai dia nak cari aku bagai. Kata Amy, dia hanya mesej tanya khabar saja dan tanya aku tak suka ke dia mesej ni? Marah betul aku kat dia dan dia mengaku yang dia banyak buat salah dengan aku tapi itu semua dulu. Dia mengaku memang salah dia. Aku memang marahkan dia pun sejujurnya. Marah aku takkan pernah padam. Tapi kalau aku marah macam mana sekalipun dia masih cari aku juga. Kata Amy lagi, sehingga sekarang aku tak dapat nak maafkan dia? Memang pun! Ingat senang ke nak lupa. Kau lelaki senanglah dapat pengganti. Aku ni yang sakit, kau buat aku macam sampah ingat aku boleh lupa semua tu! Amy...

Selesai Bercuti Di Kampung

Imej
Hari ni aku dan ibu nak balik Perak dah...Pagi-pagi sempatlah sarap nasi lemak ibu buatkan. Lepas sarap susun beg dalam kereta ibu. Sedih rasanya nak tinggalkan kampung dan selamat tension kembali di tempat kerja. Cepat betul masa berlalu...:( Minggu depan dah mula kerja dan fikirkan pasal lesson plan (praktikal). Adooii! malas betul rasanya. Kata ibu bulan 12 nanti cuti lagi dan balik kampung sebab nak celebrate hari jadi atok dan Shah. Tak sabar rasanya, alang-alang aku nak perabiskan cuti tahun aku. Sedih nak tinggalkan atok lagi... Sempat posing bersama adik-adik saudara mak saudara. Cuti tahun cuti yang menyeronokkan...:)

Bersantai Di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat

Imej
Pukul 6 petang kami pergi bersantai di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Masa pergi orang ramai gila, sampai nak parking pun susah. Tapi suasana di tepi pantai tu mendamaikan. Rasa macam pergi Lumut pula. Tenang saja rasa. Yang bestnya kat sini boleh nampak matahari terbenam, sangat indah ciptaan-Nya.  Bergambar bersama saudara-mara. Bergambar bersama ibu dan adik-adik saudara :) Mother And Daughter...:)

Jalan-Jalan Di Johor Bahru

Imej
Malam, ikutkan ibu tak nak keluar katanya tak berapa sihat nak demam. Ibu suruh aku keluar berjalan dengan Cik Nab saja. Tak bestla pula...Akhirnya ibu ikut juga. Banyak tempat kami pergi di antaranya Cik Nab bawa kami ke Danga Bay, Bazar Karat, Country Garden, Dataran dan Istana Sultan. Memang bestla, cantik bandar JB kalah Manjung dan Lumut. Ibu ada tunjuk kat aku Singapura yang memang nampak sangat bandar-bandarnya. Selain itu aku tak lepaskan peluang tangkap gambar untuk buat kenangan. Tak sia-sia aku ikut ibu balik kampung. Itu pun kami balik pukul 1 pagi.  Aku dan ibu...(,")(",) Ini kat Country Garden,  masa kami pergi dah nak tutup pun. Sempat pergi kat belakang tasik buatan. Tak ada apalah sangat kat situ cuma banyak orang ambil angin saja. Ibarat macam kat Lumut juga...:P Puteri Mahkota Johor Siti Nurbaizura hehehehehe :D. Cantik sangat mahkota hiasan tu. Cik Nab tunjukkan aku Istana Sultan Johor. Besar betu...

Kacang Pool Di Johor Baharu

Imej
Pagi, aku, ibu, Idin dan Cik Cah pergi pasar nak beli barang-barang masak dan durian sebab petang ni nak buat bubur pulut durian. Sedapnya kegemaran aku tu :P Lepas beli barang, ibu ajak makan kacang pool kat Johor Bahru. Inilah pertama aku makan kacang pool, sedaplah juga...tebal betul roti dia. 

Hari Raya Aidil Adha Di Kampung

Tahun ni aku beraya korban di kampung. Entah pukul berapa aku tersedar macam dengan suara Idin, adik aku yang bongsu balik. Lepas tu dengar suara Cik Nab mak sedara aku dah sampai. Aku bangun lewat sikit itu pun Atok Jah kejutkan. Ibu dan Atok Jah sempat sembang sampai aku pun terjaga. Lepas mandi, sarap jap. Hari ni aku sarap ketupat dengan rendang ayam hasil tangan Atok Jah. Kesian atok aku masak rendang ayam malam semalam sampai keletihan tertidur dalam bilik. Idin pun membuta juga memanjang. Pakat letih dan tak cukup tidur sampai rumah atok tadi mungkin pukul 7 atau 8 pagi macam tu. Cik Chah, mak sedara aku sampai malam. Tak ramai saudara-mara aku yang balik raya korban, kalau yang duduk dekat-dekat tu datangla juga walaupun sekejap. Petang ibu ajak aku pergi beli barang-barang dapur di Pasaraya Target dekat Summit Mall. Kebetulan hujan pula petang ni. Aku bagi duit sikit kat ibu untuk bayar beli barang-barang tadi. Lepas shopping, pergi kedai orang jual buah-buahan ibu nak beli u...

Puasa Arafah

Hari ni pula, atok, ibu dan aku berpuasa arafah. Ikutkan aku tak nak puasa sebab belum doa lagi tapi kata ibu kalau niat sekarang pun boleh. Adoi terpaksalah berpuasa juga sebab makanan tak ada siapa nak masak. Danish, Daniel dan Darwish kalau nak makan, makan roti atau apa sahaja yang ada di dapur. Cik Nab sekeluarga esok baru datang. Masuk tengahari, ibu suruh aku pergi kedai Faiza beli ais batu untuk minuman berbuka nanti. Kat kedai Faiza, aku minta ais batu RM 1. Mula-mula minta RM 2, macam banyak sangatlah pula. Ais pun baru nak di pecah-pecahkan baru sampai agaknya. Aku pun tak tau nak beli apa kat kedai ni selain ais batu, akhirnya beli air tin Nescafe Mocha dan biskut keju untuk buat pengalas perut. Mak cik kaunter tanya aku, "Awak duduk mana? Tak pernah nampak pun?" "Saya bukan duduk sini, saya ni cucu Atok Jah anak Awa." "Ooo...bila sampai sini?" "Semalam." Lepas selesai bayar, dalam perjalanan balik sempat minum air nescafe mocha tadi...

Bercuti Bersama Ibuku

Imej
Hari ni aku balik kampung bercuti bersama ibu. Ayah dan Shah tak ikut. Kami nak berhari raya aidiladha di kampung. Pukul 9 pagi, kami dah gerak balik kampung di Batu Pahat. Seminggu aku bercuti tak nak fikir pasal kerja ke apa. Aku hanya nak tenangkan fikiran. Sebelum bertolak, sempat ibu berborak kejap dengan pak cik-pak cik jiran kami di deret 1. Lepas tu kami ingat nak sarap dulu kat gerai makan Che Na Gulai Kawah. Kebetulan pula lauk banyak habis tak jadi kami makan kat situ. Ibu cucuk duit dulu dan belikan roti dan jajan untuk pengalas perut. Dalam perjalanan nak balik kampung macam-macam hal kami bualkan tentang projek PDKlah, hal2 bengkel akulah, sikap ayahlah. Masuk tengahari, kami singgah di RNR Dengkil untuk makan tengahari dan berehat. Ibu ajak aku makan Sate Kajang, aku pula lapar nak makan nasi tak jadi pergi. Sepanjang perjalanan tak sesak sangat tapi bila masuk kawasan lebuhraya Rembau mula sesak teruk. Rupa-rupa ada sebuah bas  ekspress terbabas masuk dalam hutan, ...

Aktiviti Di Hujung Minggu

Pagi-pagi macam biasa aku ikut ibu makan kat kedai makan Gulai Kawah Che Na. Sebelum tu, hantar cili kat rumah Cikgu Ana yang mengajar aku mengaji masa kecil dulu. Lepas makan, pergi basuh kain pula kat tempat biasa ibu pergi. Terjumpa pula kawan ibu yang duduk 1 taman. Ikutkan hari ni taman aku tak ada elektrik. Selesai basuh baju, ibu ajak jalan-jalan kejap kat Lumut yang ada jualan masa Merdeka hari tu. Kata ibu ada seluar jenis bercorak sesuai untuk buat tidur. Hari Jumaat aku ada tengok tapi tak pergi sampai ke dalam. Agak dalam pukul 1 tengahari baru balik, sampai-sampai dah kepanasan tak ada elektrik. Sementara tu aku baca novel kejap "The Guilty Are Afraid by James Hadley Chase". Boleh tahanlah cerita dia, thriller genre. Mengisahkan Lew Brandon dari agensi detektif mencari pembunuh rakan sejawatnya, Sheppy. Dia dibunuh di pantai maka bermula penyiasatan peribadinya. Bila baca mata mengantuk pula huhuhuhu. Pukul 3 petang, baru ada elektrik lega sikit aku. Terus pergi...