Pengalaman Menyertai Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah
Aktiviti kokurikulum aku masa zaman persekolahan tak banyak. Dan Kokurikulum sekolah masa zaman aku pada hari Sabtu , pukul 8 pagi . Sukan aku ambil Bola Tampar tapi tula kelab bola tampar kat sekolah aku tak aktif langsung, macam tak ada orang masuk sukan ni sahaja rasa. Langsung tak ada aktiviti, siapa cikgu yang urus untuk sukan ni pun aku tak tau. Yang aku nampak aktif untuk sukan di sekolah aku adalah bola sepak dan bola jaring. Tapi itula, bola jaring pula aku tak minat. Sudahlah tak minat, tak tau nak main lagi. Untuk kelab pula, mula-mula aku ambil kelab Rekacipta lepas tu masuk tingkatan 4 (kalau tak silap) aku keluar kelab tu masuk kelab Bahasa Melayu . Pada mulanya aku nak masuk bahasa inggeris sebab minat, tapi di sebabkan tak ada kawan yang nak masuk kelab tu ikutlah kawan aku masuk kelab bahasa melayu. Yang Rekacipta ni, jarang ada aktiviti tapi itulah aku tak minat pula. Kalau bahasa melayu, pun sama jarang ada aktiviti. Tapi kalau ada perjumpaan aku pergi. Kelab y...