Pencuri Game Aku!
Pukul 9 pagi, aku berbincang dengan Cik Zainal berkenaan laporan untuk mesyuarat hari jumaat ni. Bajet nak print balik karang esok baru minta tandatangan Cik Zainal. Pukul 10.30 pagi, bila fikir-fikir balik esok Cik Zainal ada temujanji dengan doktor takut pulak tak sempat nak minta tandatangan dia terus aku keluar pegi Cyber Cafe print laporan. Macam biasa minta duit dekat si Marina. Sampai sahaja Cyber Cafe, macam biasa online dulu baru print. Selesai semua kerja dalam pukul 12 tengahari baru aku balik. Sampai bengkel, masa nak duduk kat tempat aku terperasan suis computer tak tutup tapi seingat aku suis dah tutup dah macam ada orang baru lepas guna pun ada. Lepas tu si Marina dah mula kecoh dia tanya itu dan ini pasal aku pergi print tadi. Sudah ambik resit diam sudahla, apa nak kecoh lagi. Pukul 4 petang, ada pelanggan datang nak beli baju bundle. Marina uruskan mereka. Aku terpandang laptop dia yang tengah on kebetulan dia bukak fail yang ada game. Banyak jugak game dia dalam la...