Hari Pertama Kursus Jahitan
Pukul 7.30 pagi, aku dah keluar tunggu van bengkel. Pagi-pagi aku tak makan sebab aku tengok kantin pun tetap macam tak sediakan apa-apa pun. Sementara tunggu van uncle bengkel, aku layan handfone dulu. Budak-budak sekolah ada yang sibuk duduk menegur aku jadi rasa macam tak selesa. Asyik dok kacau aku sahaja. Miss Annie pula ada bertegur sapa dengan aku dan tanya macam mana asrama ok ke bila sampai bla bla bla. Ada juga seorang cikgu tegur aku juga, dia ada tanya "Ada dapat e-mail tak? sebab ada jemput untuk Hari Sukan di Sekolah Semangat Maju Ipoh." Sudah...Mana aku nak tau, nak dapat line internet sini sikit punya susah dulu ok sahaja laju line. Bila dengar cikgu tu cakap macam tu, terus aku mesej orang tua kat bengkel Sitiawan untuk check e-mail bengkel. Entah dia tau buat ke tidak. Agak dalam 1 jam setengah juga tunggu, uncle ni lambat sangat. Dan tu nak ke bengkel dan tu juga nak lap cerminla, check tula check nila kemas tula. Aku dah rasa segan mana taknya aku seorang...