Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Pengalaman Dimarahi Guru

Siapa yang tak pernah kena marah dengan cikgu?? Siapa tak pernah kena marah langsung dengan cikgu mesti dia seorang anak murid kesayangan cikgu. Semasa aku bersekolah dulu aku dah banyak kali kena marah dengan cikgu. Bukan disebabkan aku ni nakal semasa zaman persekolahan, cuma aku lemah dalam pelajaran, tak siapkan kerja sekolah ataupun tak beri tumpuan pada pelajaran. Bukan sahaja kena marah malah kena denda pun pernah. Nak kata terasa hati tu memang terasa hati pun, sakit hati, malu pun ada dengan kawan-kawan sekelas. Kadangkala aku rasa cikgu sengaja nak mengaibkan aku. Entahlah...aku tau cikgu marah pun untuk kebaikan aku agar menjadi insan yang berguna. Dan ada juga cikgu yang aku rasakan macam dia tak sukakan aku, bukan aku sahaja malah budak-budak kelas aku pun tak suka. Biasalah kelas kami kelas paling belakang, asyik nak marah sahaja. Pendek kata ada sahaja yang tak kena. Bila dah kena marah dengan cikgu aku tak cerita kat ibu dan ayah aku. Bukan sebab aku takut mereka marah...