Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Rosak Mood Di Hari Lahir

Pukul 8.30 pagi, ayah dah kejutkan aku suruh sapu sampah kat rumah sebelah sebab hari ni adik aku no. 2 nak balik. Ayah ni pun satu, dah tahu sakit kaki buat apa susah payah nak ajak berkemas bagai, si gila tu nak balik tu biarlah bukannya orang lain anak sendiri. Yang si gila tu pula tahu nak balik sahaja, sikit-sikit nak balik. Dah tu menyusahkan orang tua sendiri. Sakit hati aku! Lepas selesai semua tu ayah ajak aku basuh kain di dobi layan diri pula. Masa nak bersiap pergi En. Zainal mesej pula suruh aku e-mailkan laporan mesyuarat ahli jawatankuasa BPSM, Sitiawan. En. Khaw Eng Aun yang nak. Ini lagi satu, masa hujung minggu nilah sibuk suruh aku buat kerja bagai tak fikir ke orang ada hal lain hujung minggu ni. Hari tu dah bagi kat En. Munisamy, tak bagi ke? Kebetulan hari ni ada mesyuarat penting PAFID di Ipoh. Semalam tak nak minta. Aku pantang betul masa hujung minggu orang panggil buat kerja. En. Zainal minta sangat aku tolong e-mailkan, dia takut En. Khaw salahkan kami. Buka...

Birthday Party! January Members

Imej
Sebelum nak buat jamuan hari jadi, aku dah pening tak tau nak sponser apa tahun ni. Aku suggest sama ada kek ais-krim Buskin N Robbin atau Big Apple Donut. Akhirnya aku pilih Big Apple Donut, kes ais-krim Buskin N Robbin mahal gila aku tengok kat Aeon, Sri Manjung dalam RM 100 untuk 1/2 kg lebih baik aku beli donut 18 biji baru RM 24 dapatlah seorang seketul. Kek pula beli di tempat biasa Sunlight Bakery - Yam Cake Flavour. Sempat selfie dulu, sementara tunggu adik Solehah hantar makanan.:P Yang sambut Hari Lahir untuk January: - Aku dan 3 orang pelatih aku iaitu Solehah, Samsuddin dan Law Leh Huat. Tapi Law tak tak datang hari ni.

Belanja Anak Murid

Pukul 3 pagi, aku terbangun tidur. Nak tidur balik terus tak boleh nak lena. Malam semalam aku tertidur awal dalam pukul 9 malam, itu yang aku terjaga dan tak boleh nak lena. Dengan perut pula buat hal, ayah aku ingat aku tak tidur lagi. Bila dah tak boleh tidur terus aku tergerak nak buat blog. Siap buat kopi secawan. Hari ni Shah dan ayah pergi Hospital Teluk Intan, Shah kena buat pembedahan gigi. Pukul 6 pagi mereka dah gerak. Pukul 10 pagi, aku pergi jumpa En. Firdaus nak selesaikan hal insuran takaful. Dah sampai pejabat dia baru keluar pula (ada pakcik bagitahu). Satu kerja aku nak menunggu. Habis jumpa dengan En. Firdaus, masa nak balik bengekl tak sangka aku pukul 11 pagi kedai Papa's Coffee dah buka. Bolehlah aku beli tengahari karang sebab semalam aku dah janji dengan Ting Hong Aun nak belanja dia minum kopi ais. Kebetulan kad cop Papa's Coffee hampir nak dapat percuma. Pukul 12.30 tengahari, aku cakap dengan En. Zainal aku keluar beli air. Masa keluar banyak kendera...

Whatsapp Dari Sekolah Semangat Maju Ipoh

Pukul 10 malam, ada mesej dari whatapp aku. Rupa-rupanya kumpulan Sekolah Semangat Maju. En. Zaini cikgu dari Sekolah Semangat Maju Ipoh kata 12 dan 13/ 3 comfirm tarikh untuk summer camp 2016. Kena bagitahu En. Zainal ni. Aku ingat tahun ni nak pergi summer camp sebab tahun lepas tak pergi. Tak ada pelatih yang sesuai untuk dibawa, tak naklah pelatih yang sama sahaja. Kalau boleh bagi peluang kat pelatih lain. Aku cadang nak bawa 2 atau 3 orang pelatih di bawah jagaan aku, tak kisahlah kalau En. Zainal tak nak pergi. Dan aku nak pilih pelatih baru untuk pergi sekali dengan aku, Shafiq Idzham, Adibah Syazana dan seorang pelatih lama. Tapi muat ke kalau tumpang van Sekolah Semangat Maju Sitiawan. Siapalah cikgu yang akan pergi tahun ni ya? Tahun lepas Cikgu Amala dan Cikgu Kavitha tak silap aku.

Kerja Makin Bertimbun

Pagi ni banyak kerja aku nak kena siapkan adalah dalam 5 kerja. Pertama nak selesaikan duit yang nak di' bank-in ' esok. Aku malas nak buat esok sebab esok aku sibuk nak mengemas dengan pelatih perempuan. Itu yang aku buat awal sehari tu tapi bagi kat En. Zainal esok pagilah. Yang kedua siapkan ' bill book '. Yang ketiga, siapkan senarai untuk insuran takaful. Esok pagi nak pergi jumpa En. Firdaus lagi. Yang keempat, nak isikan borang cuti Ting Hong Aun lagi. Cuti sampai 2 minggu, Tahun Baru Cina punya pasal. Dan yang terakhir, nak keluar pergi kedai fotostat nak ambil balik buku crosstitch yang aku fotostat. Sepatutnya semalam aku kena ambil tapi malas pula. Pukul 10 pagi aku keluar pergi kedai fotostat. Pagi, mak Razi telefon bertanyakan pasal van. Tengahari, mak Asyraf pula datang nak bayar duit insuran takaful. Mak Asyraf ada cakap yang dia dengan En. Zainal ber'gaduh' pasal En. Zainal telefon dia tak berangkat. Mak Asyraf ada juga kata bukan dia tak nak an...

Friend Request Dan KFC Terbaru

Hari ni pelatih kelas aku buat perangai yang sama lagi macam semalam. Sakit hati betul aku! Stress aku macam ni! Mujur hari ni aku nak pergi tengok wayang, bolehlah release tension sikit. Masa rehat tengahari, Ting Hong Aun nak belanja. Aku minta dia belanja waffle sahaja, dah lama aku tak makan waffle. Si Ting nak belanja Solehah tapi aku tak bagi. Yang si Solehah memandai minta Ting belanja jagung cawan. Aku pun bisingla. Aku cakap kalau nak beli pakai duit sendiri, Ting belanja aku ada belanja dia balik yang si Solehah pula tau nak Ting belanja tapi dianya tak pernah nak belanja Ting. Tu dah satu hal, nanti dapat tau kat si adik dia, Ikin atau Angah dia tak pasal-pasal aku kena 'tembak'. Bukan tak pernah kena dh 2 kali, serik aku. Susah kalau dengan Solehah ni. Kalau keluarga dia salahkan dia tak apa, ni nak salahkan aku walhal anak sendiri punca. Pukul 3 petang, aku bersiap nak mandi si Khairunnisa pula masuk tandas. Adoii minah ni masuk tandas dahla lama, stress lagi aku...

Selesaikan 'Transfer' Gaji Pelatih

Terdetik aku nak online Mybsn untuk transfer gaji pelatih. Tak sangka dh boleh buat. Hantu betul En. Zainal langsung tak bagitahu dia punya Mybsn dah ok. Hari Jumaat aku nak online Mybsn dua ada masalah sikit. Kalau dia bagitahu semalam dah selamat aku uruskan gaji pelatih dah. Selesai transfer gaji pelatih, sambung mengemaskini senarai-senarai penting 2016 punya. Pagi tadi aku angin dengan pelatih kelas aku, dah pukul 9.10 pagi tak reti nak buat kerja lagi nak melepak. Pelik betul aku, nak aku pekik bagitahu baru nak gerak. Aku ni dahlah banyak kerja nak buat dah jadi 1 kerja pula. Bila aku bising tau pula tarik muka, merajuk bagai. Sendiri salah tak fikir. Pukul 12 tengahari, aku berhenti buat kerja. Rehat kejap sambil bermain game. Hari ni aku bawa bekal nasi dengan ayam masak merah ibu masak, makan pagi. Pukul 10 malam, makan lauk yang sama juga lepas tu terus layan cerita The Flash. Nasib baik aku teringat drama superhero baru tu. Minggu lepas aku terlepas tengok. 

Dilwale Vs Bajrangi Bhaijaan

Imej
Ramai orang memperkatakan cerita hindustan Bajrangi Bhaijaan lagi best dari Dilwale. Dan ada juga yang kata cerita Dilwale best dan lagu pun sedap. Cerita Bajrangi Bhaijaan ni lebih kepada kemasyarakatan, pengorbanan, kekeluargaan, manakala Dilwale lebih kepada kisah percintaan. Dua-dua cerita ni aku dah tengok. Cerita Bajrangi Bhaijaan aku download sendiri dalam internet. Cerita dia memang best jugala, lagu dia 3 yang best. Ramai orang kata cerita lebih menyentuh hati dari Dilwale. Pada aku, setiap orang lain mempunyai citarasa sendiri bila tengok movie. Dan setiap jalan cerita movie ni, ada pengajaran tersendiri. Aku pula lebih tersentuh hati dalam cerita Dilwale. Bajrangi Bhaijaan, pengorbanan menghantar kembali kanak-kanak dari negara jiran kepada keluarga kandungnya, tak kira kita agama apa dan dari negara mana sekalipun selagi kita bernama MANUSIA adalah tanggungjawab bersama membantu dan menghormati antara satu sama lain. Manakala Dilwale, jika sudah jodoh pasti akan bertemu k...

Demam Dilwale Dan Adik Balik

Imej
Hari ni aku dan pelatih perempuan mengemas lagi. Dan hari ni juga aku tak sabar dan teruja nak tengok movie Dilwale yang tengah meletup sekarang. Pukul 3 petang, pelatih perempuan aku suruh mereka mandi dulu. Elok tengah tunggu giliran aku nak mandi, ada pelanggan yang selalu beli baju bundle budak perempuan datang pula. Masa ni pulalah nak datang. Suka datang masa bengkel dah nak tutup. Aku ingat nak cakap beli baju 6 helai RM 10, aku tersilap cakap lagi 10 helai RM 6 pula. Adoii rugi macam ni! Bila aku cakap 6 helai RM 10, dia lagi nak 10 helai RM 6. Dah murah nak lagi murah. Tunggu bila aku dah siap buat tanda harga nanti. Aku tak layan pun budak tu, malas aku layan pelanggan macam ni. Lepas Khairunnisa mandi terus aku pula mandi. Solehah yang tolong uruskan budak perempuan tu. Lepas mandi, aku nak bersiap pun tak senang. Tu jam nak bayar bagai. Pukul 4 petang, aku dah tutup bengkel terus pergi makan kejap kat Strawberry Cafe. Lepas tu, pergi Aeon macam biasa tiket. Ramai pula oran...

Test Motor Buat Pertama Kali

Hari ni aku ada test motor. Semalam dah puas buat latihan balik, takut lupa pula. Pukul 8.30 pagi aku dah datang sekolah memandu. Ayah ada datang temankan aku. Aku memang berdebar gilalah masa nak ambil test. Orang pun ramai datang untuk test, adalah dalam 50 orang. Kebanyakannya budak sekolah, biasalah tu budak sekolah nak ambil lesen motor. Mula test lambat pula tu, pukul 9 lebih baru mula, aku dah susah hati. Susah hati untuk test dan sempat ke tidak sebab tengahari aku nak kerja lagi. JPJ pun datang lambat. Masa mula, aku sesi ke 2 no. 8 sebelum mula kat litar kena periksa motor dulu depan JPJ. Aku tak pass bahagian nak hidupkan motor. Aku dah agak memang aku tak boleh nak hidupkan motor. Mujur masa aku nak hidupkan motor, JPJ tak tengok sebab sibuk tengok kertas daftar. Yang lain aku ok. Test litar pukul 11 pagi, baru aku mula. Itu pun sebelum aku mula tu berdebar gila, Allah SWT sahajalah yang tahu. Ada budak yang lulus, seronoklah mereka dan ada juga yang gagal. Tengok orang bu...

Jemputan Dari Staff JKM

Aku balik kerja awal sebab ada jemputan kenduri kawin dari Puan Hayati (JKM) di Teluk Batik. En. Zainal pukul 11.30 pagi dah balik. Aku pula pukul 12 tengahari baru balik. Sampai rumah, terus bersiap bagai. Pergi dengan ayah aku naik motor. Shah tak bawa, kata ayah dia tak sihat. Sampai Teluk Batik, risau juga takut tak jumpa tempat. Nasib baik jumpa, buat kat dewan. Sampai sana salam dengan tuan rumah bagai, ayah ternampak En. Zainal dia makan kat luar dengan keluarga dia. Pada mulanya, ayah ajak makan dengan En. Zainal. Tak naklah aku makan dengan dia lagipun kat luar panas, makan kat dalam sahajalah. Elok dapat tempat duduk tak ramai orang cuma ada pasangan suami isteri, terus aku pergi dah duduk. Sekali duduk, baru aku perasan rupa-rupanya En. Khairuddin dan isteri dia (ibubapa Khairunnisa). Tak sangkalah pula, Khairunnisanya tak ada kata maknya kalau bawa dia semua nak pergi. Lepas En. Khairuddin dan isteri minta diri nak balik, Aku nak ambil bubur pula, terserempak lagi dengan E...

Budak Baru Nak 'Up' Hisap Vape

Pukul 8.20 pagi, macam biasa aku akan beli sarapan di gerai mak cik tepi jalan. Masa aku nak beli sarapan, ternampakla ada 2 orang pelajar sekolah menengah tengah sedap hisap vape. Slumber badak betul hisap vape depan-depan orang lain. Aku tengok pun sakit hati! Budak tu sudahlah pakai baju t-shirt suka sekolah, seluar sekolah menengah tak malu ke?! Yang aku pelik mana mereka ni dapat duit beli vape?! Sudahlah begitu, aku rasa masa sekarang ni sekolah dah mula apa ponteng ke? Anak siapalah ni. Kesian kat mak bapa, hantar anak pergi sekolah nak belajar pandai-pandai tapi budak zaman sedap habiskan duit mak bapa beli vape bagai. Apa nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang?! Kalau adik aku atau anak sendiri memang dah lama kena dah. Aku cukup benci lelaki hisap rokok atau vape. Apa yang sedap sangat hisap rokok atau vape ni? Kalau menyihatkan tubuh badan tak apalah juga, ini memudaratkan pula. Ustaz kata, asap adalah makanan jin. Tak atau ke mereka ni? Bangga sangat hisap rokok / v...

Terlepas 'Test' Motor Dan Pelatih Baru 2016

Hari ni sepatutnya aku ada test motor tapi....semalam ayah kata belum test lagi hanya nak 'comfirm'kan tarikh bila test. Aku datang bengkel pagi macam biasa. Pukul 8.45 pagi, ayah datang bengkel dan aku pula sibuk uruskan yuran pelatih lama dan pelatih baru. Baru nak bersiap pergi sekolah memandu ada orang yang bayar yuran pula. Terpaksa ayah tunggu dan akhirnya kata pergi tengahari sahaja. Haih! kalau test hari ni, macam ni nak pergi dengan awal bulan dan awal tahun baru sahaja dah buat aku sibuk. Pelatih baru pula ada 2 orang, Adibah Syazana dan Syafiq Idzham. Kedua-duanya dari Sekolah Pendidikan Khas Seri Samudera. Yang Adibah ada ciri-ciri jadi anak murid kesayangan aku. Pandai bercakap, seolah-olah aku bercakap dengan pelatih yang normal. Kebetulan ayah dia En. Zainol kawan ibu aku. Manakala, Syafiq pula pendiam dan agak malu-malu nak pula dengan pelatih perempuan. Pendiam-pendiam pun pandai bawa diri, tahu naik motor dan ada lesen. Mengalahkan aku yang ada lesen L motor ...

Sedikit Tension Di Awal Tahun Baru

Pukul 8.30 pagi, En. Zainal tengah bagi briefing kat budak straw di kelas kraftangan. Katanya mulai hari ni, buat sementara waktu dalam seminggu dua ni dia nak budak straw semua duduk bawah. Aku nampak Razi pun ada, bermakna dia pun kena duduk bawah. Aku cakap dengan En. Zainal, yang aku tak nak Razi duduk bawah aku takut nanti jadi macam hari tu. Silap-silap dia penampor aku lagi. En. Zainal tak kira, dia seolah-olah nak menyalahkan aku. Katanya, mulai tahun baru tak ada dendamla, tak nak bermasam muka dengan ibubapalah, buat macam 1 keluargalah, macam adik-beradik kalau dengan adik-beradik tak ada gaduh-gaduh nak bermasam muka. Kepala hotak dia! kau hidup zaman kau bolehlah cakap. adik beradik pun boleh bergaduh apatah lagi bermusuh (walaupun tak semua adik beradik macam tu). Kau cakap senanglah, kau kat atas seorang dengan pelatih seorang 2 bolehlah. Akulah sakit kat bawah sahaja nanti nak jaga berapa belas pelatih. Esok jadi apa-apa kat aku, kau nak tanggung ke?! Kau tetap nak me...

Selamat Tahun Baru 2016

Imej

Mesyuarat Tergempar PIBG

Pukul 8.30 pagi, aku sampai bengkel. En. Zainal kata buat mesyuarat kat tingkat atas. Mak Yew Kok Yong awal-awal dah sampai itu pun jumpa dengan En. Zainal berbincang pasal EPC JKM. Mesyuarat bermula dalam pukul 9 pagi. Agenda aku agihkan kepada ibubapa yang hadir. Tak sangka aku ramai pula nak datang, sampai agenda tak cukup mujur surat yuran aku fotostat lebih. Masa perbincangan bermula, bincang pasal yuran. Kata ibubapa, yuran makan tak ada kena mengena dengan bengkel sebab makan pakai katering bukan masak kat bengkel. Kata En. Imran apa-apa pun pandangan kena tunggu dulu keputusan dari En Kkaw, pengerusi bengkel pada mesyuarat ahli jawatankuasa bengkel kemudian baru beritahu kepada ibubapa yang lain. Kalau jadilah, yuran naik aku berani jamin ramai pelatih akan berhenti paling tidak pun lambat bayar yuran. Lepas bengkel pun tutup. Bayangkan yuran dari RM 180 ke RM 200 lebih. Aku ada terdengar mak Wan Liyana kata kalau yuran naik dia nak berhentikan yana. Sebab dia pun tak ada duit...