Tengah hari, ibu pesan kat aku. Pukul 5 petang nanti tolang bersihkan tanaman sayur kat depan rumah. Sementara tunggu aku main game dan chatting kejap, tepat pukul 5 petang aku tengok ibu tidur lagi. Tak apalah lambat sedikit kot ibu pun penat tengah hari tadi baru balik dari kenduri jiran kat taman aku. Pukul 5.30 petang, ibu dah bangun dari tidur dan aku ajak bersihkan tanaman sayur. Sebelum nak pergi bersihkan tanaman sayur ibu suruh masak potato wedges dan hotdog pula buat makan petang ni pula . Lepas sahaja makan-makan dalam pukul 6 petang, barulah start project bersihkan kebun sayur. Lepas ambiL barang-barang untuk bersihkan, ibu start mencantas pokok-pokok kering yang menjalar kat pagar. Aku tolong masukkan pokok-pokok kering dalam tong sampah, tanah-tanah akar pokok pun sekali masuk dalam tong sampah. Geli pun ada pegang tanah yang lembik-lembik tapi nak buat macam mana kerja tetap kerja geli tak geli pegang juga. Habis tangan aku penuh pasir-pasir, seluar aku pun dah mula b...