Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

Rombongan Ke Padang Besar, Perlis

Imej
Pukul 4.30 pagi, aku dah bangun. Aku iron baju kemeja dan tudung. Siap iron, sambung tidur kejap mengantuk gila. Pukul 5 pagi, aku mandi dan bersiap sempat minum kopi panas bagi hilang mengantuk. Pukul 6.15 pagi, baru bergerak Cik Ana jiran aku tumpang kereta ibu. Sebelum bergerak ke Batu Gajah, kami tunggu Cik Zali dan isterinya kat hentian bas tepi jalan. Pukul 6.30 pagi, baru kami gerak ke Batu Gajah. Sampai Stesen KTMB, Batu Gajah dalam pukul 8 pagi.  KTM sampai dalam pukul 8.45 pagi, sementara tunggu yang lain sampai. Aku dengar dalam 10 kereta, 40 orang yang pergi. Pukul 8.30 pagi, bila semua dah sampai kami naik jejantas pergi keretapi yang kat seberang, Platform 2. Ibu ada minta kat aku tiket masa subuh tadi ibu suruh letak dalam beg. Semua pak cik-pakcik pakat keluarkan tiket dah. Bila keretapi lain sampai semua pakat nak ambil gambar kat keretapi lepas tu tangkap gambar beramai-ramai. Tepat pukul 8.45 pagi, kami naik keretapi aku dapat seat sebelah ibu. Nasib bai...

Pasiffic rim tukar ke THe Hurricane hiest

Pukul 10 pagi, aku sarapan dengan Hairee kat SJS naik motor besar dia. Hari ni aku keluar tengok wayang dengan dia tapi...pergi naik motor besar dia pula. Motor aku, Hairee suruh letak depan Hotel Tropicana Inn. Pukul 12 tengahari, kami gerak pergi Aeon. Hairee bawa motor sikit punya laju nasib baik aku boleh rileks lagi. Hairee suruh aku duduk betul-betul. Sampai kat parking motor, elok aku turun motor Hairee marah aku kata aku duduk tak betullah, duduk depan sangatlah sampai dia terhimpit ke depanlah, nyaris-nyaris nak accident lah apalah. Aku diam saja bila dia dah mula bising. Macam biasala bila orang dah marah aku mula tarik muka. Fikirlah sikit aku baru pertama kali naik motor jenis macam tu manalah nak tau, sekurang-kurangnya cakap elok-elok tak boleh ke?! Kalau aku dah biasa naik motor jenis tu tak ada aku bersusah payah nak naik duduk bagai!! Sakit pula hati aku!! Aku cakap terus terang, ini kali pertama dan terakhir aku naik motor dengan dia. Rela naik motor skuter aku dari ...

Shopping Sakan Dengan BF

Imej
Pukul 11 pagi. aku ingat nak keluar beli sarap kejap. Laparlah pula, nak tunggu si Hairee entah pukul berapa dia nak sampai. Elok nak bersiap keluar terdengar pula motor macam aku biasa dengar, rupanya Hairee datang. Apalagi mengelupur aku berlari ke belakang nak pakai tudung. Hairee cari aku tanya kat budak kelas. Aku dah kelam kabut kat belakang pakai tudung bagai :P Hairee pergi kat belakang, sempat dia kacau aku. Geram pula rasa, orang tengah nak pakai tudung dia boleh kacau aku pula. Aku cakap dengan Hairee nak keluar sarap sebenarnya, kebetulan dia pun tak sarap lagi alang-alang ajak aku keluar sarap sama-sama. Hairee sebenarnya baru balik dari Ipoh ada mesyuarat, pukul 8 pagi bertolak dari Ipoh katanya. Sempat buat live rakaman video atas motor bagai. Dia check in lagi kat Tropicana Inn Hotel. Masa kami tengah sarap, Hairee sempat cerita dengan aku yang kawan dia kerja JPJ kena tangkap dengan SPRM sebab terima rasuah RM50. Kata Hairee, kawan dia kena penjara 20 tahun. Dasyat...

Emosi Ke Laut

Dah 2 hari berturut aku tak langsung whatsapp dan call dari Hairee. Cuma pukul 1 pagi, aku whatsapp dia kejap pun pasal nak minta kad bank aku yang dia ambil masa hari isnin sebab aku nak buat pengurusan gaji budak bengkel payah kad bank aku tak ada. Itu hari cakap selasa nak bagi. Aku siap perli dia kata dah kenyang ke makan duit orang? Aku cakap dah awal-awal kurang 1 sen duit aku memang aku tak kan halalkan, tak berkat makan duit orang. Makan duit anak yatim pun dah berdosa besar inikan pula makan duit budak-budak OKU ni. Hairee balas whatsapp aku, dia kata yang dia bukan nak bergaduh dia dah serahkan bukti semua kat mahkamah. Hari jumaat ni nak jumpa aku dan dia tak tahu kenapa aku marah? Dia nak bagi aku masa untuk rileks sekejap, bukannya marah-marah dia lepas tu senang suruh aku rehat. Aku kata tak payah asyik nak tunjuk muka, datang buat aku sakit hati saja buat apa. Geram pula aku dengan dia. Bertekak dengan dia tambah lagi sakit hati. Cakap bukan main senang. Semalam aku ...

Layan Wayang Lagi Dengan Hairee

Imej
Aku pergi kerja awal hari ni pukul 7.45 pagi dah gerak ke bengkel sebab Hairee dah janji nak sarap sama-sama dengan aku kat kedai mamak. Sampai bengkel aku whatsapp dan call Hairee tapi dia tak balas langsung. Ni mesti tidur lagi ataupun dah pergi kerja. Dah pukul 8.30 pagi tak jawab-jawab, sakit hati pula aku. Berderet aku text dia, bengang punya pasal. Disebabkan dia mungkir janji aku mula mengantuk gila. Lepas berurusan dengan En. Munisamy dan Penyelia, aku keluar kejap pergi kedai fotostat. Lepas tu jumpa penyelia kejap dan terus aku ke belakang...tidur. Mata aku dah tak boleh tahan mengantuk. Pukul 12 tengahari, Hairee datang bengkel cari aku. Dia minta maaf sambil usap-usap kepala aku alasannya tertidur. Aku dah mengantuk macam ni baru nak tunjuk muka dengan laparnya. Hairee minta charger  kat aku battery hf dia dah low. Lepas tu dia tanya aku kat mana bengkel motor yang paling dekat kat kawasan ni? Nak service motor dia ada masalah sikit. Dia minta aku tunjukkan. Tapi s...

Layan Wayang Dengan Hairee

Pukul 12 tengahari, Hairee call aku bagitahu yang dia dah habis meeting  kt Ipoh dalam sejam atau 2 jam dia sampai terus ajak aku pergi makan tengahari. Katanya dia malas nak balik rumah just check in saja Tropicana Inn Hotel. Aku dah bagitahu penyelia yang aku keluar makan pukul 1.30 tengahari atau pukul 2 petang. Dah pukul 1.30 tengahari, Hairee tak sampai-sampai lagi. Sampai dah pukul 2.30 petang, masih tak sampai lagi. Aku whatsapp dia jadi ke tak makan tengahari ni? dia kata jadi dalam 5 minit dah nak sampai. Pukul 2.45 petang, baru cakap dah sampai Hairee check in hotel dulu. Dah nak pukul 3 petang, baru nak ajak makan tengahari bagai. Mujur penyelia tak bising. Elok nak keluar, Hairee dah datang dengan pakai jaket hitamnya dan seluar pendek hitam. Tak panas ke mamat ni?? Pintu bengkel terpaksa aku tutup buat kali ke 2 :P...Macam biasa kami makan tengahari kat SJS. Sebelum makan tu, Hairee nak mula soal siasat aku pasal kes hari tu. Habis segala detail aku dia ambil nak...

Hadiah Birthday Aku

Aku ingat nak sorok kad bank kat bengkel, nanti kalau Hairee tanya aku cakap saja ayah aku yang pegang. Dia ni betul-betul menyusahkan aku. Dia call dan whatsapp aku buat bodoh saja, buat silent mode . Macam biasa hari Rabu aku dan anak murid aku sibuk buat aktiviti mengemas, kali ni kat bahagian belakang pula. Semak pula aku tengok pasal fail-fail lama dah bawa turun ke bawah jadi aku nak bagi ada ruang untuk letak fail lama dan susun barang-barang yang lain. Aku minta tolong Chiang dan Megat untuk tolong kami kat bawah, mujur penyelia bagi kebetulan straw pun tak banyak kerja nak buat. Pukul 11.30 pagi, Hairee aku pakai nombor bengkel pula dia suruh aku angkat hf. Bila dia call pakai hf, baru aku angkat. Aku tengah sibuk dengan anak murid itu jam lah nak call . Hairee minta tolong kat aku sangat pinjamkan RM1K, dia terdesak. Kalau tak bagi nanti dia kena buang kerja kalau video tu tersebar. Hairee cakap lepas ni dia takkan contact aku lagi sebab tak nak maruah aku tercalar seb...

Mood Tak Baik Lagi

Pukul 12.05 tengah malam, aku ber whatsapp dengan Ain sampai pukul 2 pagi saja. Mata aku dah tak tahan mengantuk, Ain pun tunggu nak terlelap saja. Ain ada tunjuk kat aku gambar edit dia dengan boyfriend dia. Nampak muda pula boyfriend Ain, bila tanya umur rupa-rupanya baru umur 25 tahun. Muda gila. Aku ingatkan baya si Hairee saja. Ain kata ikutkan dia pun tak nak tapi adik ipar dia yang kenalkan. Pukul 2 pagi, aku tertidur. Pukul 5.30 pagi, aku terjaga online whatsapp kejap tengok Hairee whatsapp aku dalam pukul 3 pagi tadi. Pukul 8 pagi, aku terjaga lagi lepas tu sambung tidur sedar-sedar dah pukul 10.15 pagi. Aku online whatsapp lagi, Hairee whatsapp kata dia dalam perjalanan nak balik sekarang kat Sabak Bernam. Nanti dia ajak jumpa untuk selesaikan masalah duit dan ambil barang aku tu. Aku bising juga pasal dialah semalam aku menapak seorang diri cari bengkel motor aku rosak tepi jalan. Aku betul-betul bad mood dari semalam, sakit hati gila dengan dia. Memperbodohkan aku tak ha...