Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Tak Sihat Dan Shopping

Pagi ni aku rasa lain macam saja. Macam nak demam pun ada, badan mula nak rasa panas. Mana taknya asal tengah malam saja hujan. Pagi tadi nak pergi kerja pun hujan baru nak berhenti. Nak pula kerja banyak nak kena buat non-stop dari pagi sampi petang. Sibuk aku sehari suntuk ni. Tengahari aku balik kejap nak ambil charger, takut battery henfon padam si Sakinah telefon payah juga. Aku ada beli kat dia kek Chocolate Moist katanya sepupunya yang buat. Ikutkan aku puasa hari ni tapi tak jadi sebab aku rasa tak sihat sangat dengan lidah rasa pedih. Pukul 2.30 petang, Sakinah datang hantar kek tu. Tak berubah dia masa kenal dia zaman IKM dulu. Aku bajet siap kerja sampai pukul 5 petang tapi ngam-ngam 4.30 petang dah siap kerja. Apa lagi terus balik cucuk duit. Pergi bank Public, 2 ATM saja yang boleh pakai jenuh beratur tunggu giliran. Selesai cucuk duit sikit, pergi Billion shopping beli pencuci muka dan jam tangan baru. Design yang sama warna saja lain, aku pilih warna hitam merah. Ini ...

Aktiviti Hari Ahad

Aku dan ibu pergi kebun dalam pukul 9 pagi. Sebelum pergi kebun, pergi cuci baju ibu kat Venice Laundry Lagoon. Kata ibu, dia ada kursus 3 hari di Teluk Batik itu yang  kena cuci awal. Sementara tunggu baju siap basuh kami makan kat kedai mamak pula. Ikutkan nak sarap kat Rangkaian Ikhwan tapi tutup pula. Pukul 9.30 pagi, ambil baju terus gerak ke kebun. Aktiviti pagi ni di kebun potong rumput dan buang sampah. Aku nak menunduk cabut rumput macam nak patah tulang belakang tu. Aku ni tak boleh bongkok lama-lama nanti mula sakit. Balik pukul 11.45 pagi, sebelum nak balik sempat aku basuh troli dan sarung tangan. Selesai tugas di kebun, ibu terus balik rumah dan aku pula terus pergi shopping. Kami pergi tadi asing-asing, petang karang baru pergi saing. Bulan ni aku shooping kat Giant tapi sepatutnya di Tesco. Aku malaslah pergi Tesco lagi, orang kata barang mahal lepas tu stock clearence ada yang dah expired date. Shopping kat Giant minta-minta tak terserempak dengan Si Fazrin tu. T...

Luahan Tak Terkata...

Pukul 1 pagi, aku temankan ibu menjahit baju sambil-sambil tu kami berborak. Tiba-tiba ibu tanya aku, "Siapa pentadbir bengkel? kenapa kerja akaun kau yang kena buat tu bukan kerja Cik Zainal ke?" Aku pun cakaplah, "Memang kerja dia sepatutnya, tapi dulu masa zaman dengan Cikgu Ashwani ke Marina dia cakap bahagi-bahagikan kerja buat sementara, nanti dia dah boleh buat dia buat sendiri. Tapi sampai sekarang habok pun tarak?". Kata aku lagi, "Dia kata yang dia tu hanya Pemangku Pentadbir saja. Tapi yang along tak puas hati dia elaun pentadbir dapat along tak dapat walhal kerja-kerja pentadbir along yang buat. Memang tak adil?!". Ibu diam dan katanya, "Kat PDK, Kak Zura pun Pemangku Pentadbir tapi kerja semua dia yang buat.". Bermula dari itulah aku cerita pasal orang tua tu sejak zaman Amy sampailah dia. Kes-kes Marina cakap belakang aku kat orang tua gampang tu pun aku cerita. Apa korang rasa, kawan kerja tak puas hati cakap belakang korang dekat...

Aktiviti Perkebunan Cili

Imej
Dah dekat sebulan lebih aku tolong ibu di kebun cilinya. Boleh dikatakan setiap minggu, kalau hari biasa tengok keadaan. Kalau aku tak sibuk dengan kerja atau ada hal lain, aku singgah kebun tolong mana yang patut. Bukan apa ringan sikit beban ibu, nak ambil upah pekerja asing mahal pula. Baik buat sendiri, buat perlahan-lahan. Ibu aku bukan saja tanam cili malah jual cili di 25 buah restoran kawasan Lumut hingga Sitiawan. Kebun cili ibu juga ada 2 lot, kalau 2 lot ada 8 baris bersamaan 1000 pokok cili. Itu pun dah rasa penat lelah juga nak uruskan, ada kawan ibu aku sampai 3 lot. Bayangkanlah 3 lot berapa baris dan berapa pokok cili?? :o Mau kebas kaki... Buat pertama kali aku jejak kaki ke kebun cili walaupun yang belakang tu bukan pokok cili ibu...:P Yang ni, proses mematahkan ranting pokok cili sebab nak tanam pokok cili yang baru. Bersusah payah aku mematahkan ranting pokok cili sampai gatal muka aku he3x Ni ranting yang dah dipatahkan akan dibakar. Aku ...

Food Fair Di Sekolah Semangat Maju Sitiawan 2016

Imej
Aku datang lambat sikit ke Sekolah Semangat Maju Sitiawan. Lantaklah...orang tua tu ada. Aku pergi bengkel kejap ambil novel lupa nak bawa novel. Kalau tak memang aku bosan gilalah jawapnya. Sampai sekolah, meja untuk bengkel betul-betul sebelah pintu masuk. Pihak sekolah bagi tempat yang berlecak yang kebetulan hari ni pagi-pagi buta tadi hujan. Aku terus pergi cari Kak Fiza untuk ambil resit dari Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung (PKOCM), Kak Fiza pula suruh ambil sebelum balik. Lepas jumpa Kak Fiza, sementara orang lain baru nak kemas aku duduk baca novel dulu. Tak kuasa aku nak tolong, biar orang volunteer yang tolong. Yang orang tua tu pula, aku buat bodoh saja malas nak melayan. Pukul 10 pagi, dia tinggalkan aku alasannya nak ke bengkel lah apalah. Aku dah agak dah mesti nak buli aku punya, dasar pemalas bukan tau nak tolong sama! Mana aku tak benci! Nasib baik Ting Hong Aun ada boleh tolong aku. Mula pukul 10.30 pagi, aku suruh Ting pergi beli makanan dulu lepas tu baru ...

Pak Uteh Dan Mak Uteh Datang Perak

Pagi, aku dan pelatih buat aktiviti preparing untuk food fair esok. Letih aku...Letih dengan mengemas dah 1 hal dengan pelatih lagi. Hari ni aku cadang nak balik kerja lambat sementara tunggu pukul 5.30 petang boleh terus ke kebun ibu. Aku layan blog dulu...Tengah syok layan blog, ibu telefon katanya tak jadi ke kebun sebab pak uteh dan mak uteh dari perlis sampai. Ah..sudah...Ibu minta tolong aku kemaskan bilik depan (rumah ibu). Pukul 5.15 petang aku balik. Sampai rumah aku bersalaman dengan pak uteh dan mak uteh. Mereka saja yang datang tengah berbual dengan ayah. Aku tengok kereta ibu tak ada, aik mana pula ni?? Aku telefon ibu dan ibu suruh aku kemas bilik dulu. Aku pun kemaslah bilik depan, baju-baju ibu aku longgokkan di bilik no 3. Kemaskan katil betulkan cadar bagai dan sapu sampah sikit. Selesai, susun pinggan kat dapur pula. Ayah ingat aku nak masak, masak menda ibu tengah beli lauk kat PCK. Pukul 6 petang, baru ibu balik. Masa ayah keluar beli beras baru aku dan ibu poto...

Tak Amanah! Mohon Terjun Gaung

Imej
Hari ni aku datang kerja awal sebab malam semalam aku tidur awal. Itu pun terjaga 2 kali. Baru segar sikit biji mata ni nak pergi kerja. Pukul 8.15 pagi dah sampai bengkel sempat layan blog. Orang tua tu pun sampai awal hari ni. Aku terus minta hendfon aku. Alhamdulillah...selamat jumpa henfon aku. Aku minta resit minyak dan bagitahu nak keluar. Ingat nak pergi Econsave beli air kotak dan balik rumah kejap ambil charger hendfon aku dah low . Orang tua tu pula nak keluar juga katanya nak ambil straw dan beli air botol coca-cola. Ingat lagi rupanya ingat dah nyanyok, baru sekarang nak beli. Sementara tu aku layan blog kejap, buat kerja pembayaran yuran pelatih dan siapkan bill book sebab esok nak jumpa En. Munisamy pula. Orang tua tu balik dalam pukul 9.15 pagi tak nampak pun air botol coca-colanya. Pukul 10 pagi, aku ajak Ting Hong Aun malas pula nak bawa si Solehah pagi-pagi dah bagi aku angin. Sabar sajalah. Sebelum pergi Econsave aku minta RM 20 kat orang tua tu, biar aku saja bel...

Program Penyampaian Sijil Majikan Di SSM, Ipoh

Imej
Pagi ni aku rasa tak sihat, perut meragam tekak rasa macam nak muntah. Rasa malas nak pergi, biar orang tua sengal tu yang handle . Aku sampai bengkel pun dah lambat pukul 7.15 pagi baru sampai. Masa dalam perjalanan aku makin rasa tak selesa dan tak larat dah sapu minyak pun perut meragam dan rasa nak muntah. Tiba kat Seri Iskadar, aku muntah mujur ada plastik yang aku bawa tempat letak gambar untuk pameran. Apa nak buat itu saja plastik yang ada. Pukul 9 pagi sampai SSM, Ipoh sebelum mengemas barang-barang pameran aku suruh orang tua tu pasang gambar kat papan dulu. Aku ke tandas sakit perut dan cirit-birit. Selesai, terus sambung mempamerkan barang-barang. Sebelum tu, Cikgu Annie ada jumpa aku dia tanya pasal pelatih, kami tak bawa sebab tak siapa dapat datang. Cikgu Annie pesan suruh aku usahakan bagi pelatih datang untuk demostration.  Aku dah pesan dengan orang tua tu bawa budak 2, 3 orang tak dapat seorang pun jadilah. Ini tak aku cakap ada saja alasannya. Masa kat papan pa...

Raptai Program Penyampaian Sijil Majikan Di SSM, Ipoh

Imej
Pukul 7.30 pagi tepat aku dah sampai bengkel tapi orang tua tu bayang pun tak nampak lagi. Kata hari tu pergi pukul 7.30 pagi. Sempat lagi aku siapkan kerja pembayaran yuran pelatih. Pukul 8 pagi, baru orang tua tu datang. Pelatih tak dibawanya, ni aku malas nak duduk depan dengan dia ni. Sepanjang perjalanan kami tak borak apa pun, dia cakap sepatah aku jawab sepatah. Aku lebih banyak membaca novel dari menyembang, tak kuasa aku. Mata pula makin lama makin nak terpejam, adoii tersengguk-sengguk aku. Pukul 10 pagi, sampai SSM, Ipoh. Tiba sana tengok kosong saja ada raptai ke tak ada ni? Aku tanya Cikgu Annie, katanya pameran buat kat bawah kejap lagi akan bawa turun papan pameran dan meja. Ah! sudah...Datang semata-mata nak minta tolong saja ke? Ini yang aku malas ni. Cikgu Zaini pula cakap, sepatutnya ni program bengkel Ipoh dia kena turun buat persiapan bagai lepas tu mereka minta tolong cikgu-cikgu pihak sekolah. Macam mana nak minta tolong cikgu, habis budak-budak siapa nak jaga??...

Sambutan Hari Sukan Negara

Imej
Pukul 5.30 pagi aku dah kena bangun. Hari ni ada sambutan Hari Sukan Negara di Stadium Manjung. Pihak bengkel Sitiawan terlibat. Pukul 6.30 pagi, aku kena gerak. Sampai Stadium Manjung memang sesak gilalah, nak parking susah dengan orang buat jualan lagi. Aku tengok van bengkel tak ada pun, ni mesti tak datang lagi aku ingatkan dah datang. Pelatih yang baru datang pun Khairunnisa. Sementara tunggu yang lain aku pergi daftar kejap dan ambil makanan untuk pelatih. Aku tanya pasal t-shirt mereka kata nanti mereka akan bagi. Ramai juga yang datang di antara PDK, sekolah-sekolah pendidikan khas dan Sekolah Semangat Maju dari Ipoh dan Taiping pun ada. Aku rasa tak sabar nak join Walk In Pride , jalan beramai-ramai sepanjang 2 km. Tunggu punya tunggu, van bengkel tak datang-datang. Jam dah pukul 7 pagi, aku tengok orang dah mula berjalan ramai-ramai sebab program Walk In Pride dah pun berjalan. Aku dah mula susah hati tapi akhirnya pukul 8 pagi, orang tua tu baru sampai dengan pelatih. Ado...

Sibukkan Diri Dengan Kerja Dan Solat

Hari ni aku pergi kerja macam biasa itu pun rasa berat kaki aku nak melangkah. Pelatih semua aku tak layan cuma kerja saja aku bagi. Aku banyak buat kerja-kerja aku saja. Aku telefon Cikgu Annie untuk minta tangguh hantar lesson plan atas sebab kesibukan pihak SSM, Sitiawan. Alhamdulillah...Cikgu Annie bagi juga itu pun macam berat sahaja, habis nak buat macam mana pihak sekolah yang minta. Aku ambil gambar pelatih yang buat alas kaki untuk lesson plan aku. Solehah dan Teoh Pei Ji, aku ajarkan mereka buat jahitan soft toy pun untuk lesson plan aku juga. Masa aku tengah mengajar mereka, orang tua gampang tu macam biasa nak keluar ambil makan bagitahu aku dulu. Aku buat bodoh saja, kau nak pergi mampos pun ada aku kisah?! Sakit hati pasal semalam tak hilang lagi. Pukul 1.50 petang, aku ambil air sembahyang dan solat zohor. Masa aku tengah solat zohor, orang tua tu baru sibuk nak print out report untuk mesyuarat petang ni. Aku punya report kraf pagi dah siap ingat nak keluar pagi t...

Gaduh Lagi (Part 4)

Pukul 9 malam, kami pergi Kedai 5 Sen pula ibu nak beli baldi kecil dan sarung tangan. Semasa dalam perjalanan nak balik rumah, aku cerita pasal ayah pula kes semalam. Memang aku bengang gila dengan ayah, dah 2 hari kami tak bertegur. Malas aku nak melayan. Ibu banyak kali suruh aku berhenti kerja kat bengkel tu. Yang pasal orang tua gampang tu, ibu kata esok buat kerja macam biasa buat tak tau saja. Nak buat tak tau boleh tapi masalahnya, nanti dijerkahnya aku. Elok nak ada darah tinggi, dapat penyakit sakit jantung pula. Orang tua gampang tu boleh bawa penyakit kat aku. Kalau dengan budak tak payah cakap kenapa cuti lama ke apa bagi mereka kerja saja, lepas tu buat kerja sendiri. Kata ibu lagi, kalau orang tua gampang tu marah-marah lagi, aku kena lawan balik. Aku nak lawan balik? boleh tu boleh tapi tak berani sangatlah. Silap-silap aku kena penampar dengan orang tua bangang tu macam mana dia nyaris nak buat kat Amy dulu. Pagi tadi pun masa dia tengking aku (lepas hempas meja) tang...

Gaduh Lagi (Part 3)

Pukul 4 petang, terus aku cabut balik. Sampai rumah, aku terus mandi bagi segar sikit badan. Lepas tu solat Asar kejap. Pukul 5 petang, baru pergi kebun dengan ibu. Ibu bagitau aku yang pagi tadi dia muntah-muntah sebab angin dan kencing manis naik. Aku ingatkan keracunan makanan. Pagi tadi ibu makan buah dukung dan rambutan tu yang kena. Ibu aku sekarang tak boleh makan manis-manis nanti kencing manisnya naik. Sekarang pun ibu banyak minum air masak saja. Ibu ajak beli goreng pisang, elok sangat kebetulan sebelum balik kerja tadi ingat nak beli pisang goreng dan kuih-muih untuk pengalas perut makan kat kebun nanti. Dan kebetulan juga aku memang tak makan dari pagi tadi, lapar gila. Kami beli kat sebelah Publik Bank, ibu beli pisang goreng, lepat pisang dan aku pula pergi kedai mamak belikan ibu air dan air aku sekali. Masa dalam perjalanan nak ke kebun, ibu tanya aku kenapa En. Zainal tengking aku? Aku pun ceritala dari A-Z. Dekat kebun aku sambung kutip ranting-ranting pokok dan bak...

Gaduh Lagi (Part 2)

Sampai SSM, Sitiawan sebelum naik atas aku tengok mata merah cepat-cepat basuh muka mujur bawa air botol. Aku terus jumpa Cikgu Wani dan dia suruh aku jumpa Cikgu Yati (kelas tahap 1) dan Cikgu Sara (kelas tahap 2). Aku ada bagi duit kupon jualan food fair tapi terlupa bawa kupon pula. Hari ni nak keluar 3 benda aku lupa bawa jam tangan, kupon dan contoh lesson plan Cikgu Amala. Ini semua gara-gara jantan tua tak guna tu punya pasal!! Cikgu Wani minta aku buat lepas food fair, dia pula minggu ni asyik sibuk memanjang tak ada masa. Aku cakap tak boleh sebab due date sebelum 10hb. Kata Cikgu Wani, kalau macam tu buat hari Jumaatlah. Dan katanya lagi, kalau buat lepas food fair ada masa lagi dan tak adalah kelam-kabut sangat. Apa-apa pun aku kena tanya Cikgu Annie dulu. Ada betul juga cakap Cikgu Wani tu, aku pun sekarang tengah kelam-kabut mana nak buat lesson plan , prepare untuk Hari Penyampaian Sijil 10 & 11hb ni, prepare untuk food fair, Hari Sukan Negara lagi sabtu ni. Tu t...

Gaduh Lagi (Part 1)

Aku bengang dengan Ting pagi ni, jenis yang tak paham bahasa. Aku tengah sibuk asyik cikgu...cikgu...Dah cakap kalau nampak aku sibuk buat kerja jangan kacau. Hari ni aku pergi kerja awal lagi nak siapkan lesson plan sikit lagi dengan uruskan yuran pelatih. Pukul 10 pagi setel yuran pelatih, siapkan lesson plan pula. Settel terus print out aku buat 2 copy sekali. 1 lesson plan dan 1 lagi RPI senang sikit. Masa rehat, Solehah kata En. Zainal panggil aku. Dah siap semua kerja baru pergi jumpa. Aku cakaplah tujuan aku nak keluar. En. Zainal kata dia terima aduan dari bapa Adibah, yang bapa Adibah sound  dia sebab cara aku cakap kat Adibah semalam. Aku cakap apa? Yang aku tau aku hanya tanya "Kenapa lama tak datang?Bukan cuti sampai setahun ke?" (nada gurau). Alah..benda kecil macam ni pun nak mengadu. Aku tak pernah nak cakap "Kalau nak cuti lama baik tak payah datang." Aku dah cakap dengan En. Zainal yang aku tak ada niat apa-apa hanya bergurau saja. Yang orang t...

Tension Dengan Bapa Sendiri!

Pagi ni aku datang awal. Sampai bengkel sahaja aku terus buat kerja. Ada 2, 3 kerja aku tak siap lagi. Pukul 8.45 pagi, En. Khairuddin nak bayar yuran. Pukul 9 pagi, aku tak siap-siap lagi kerja jadi sibuk sikit. Aku ada dengar suara ayah tegur budak-budak yang duduk depan. Agak dalam setengah jam, ayah datang kat aku "Ayah nak bayar yuran ni! Patut tetamu datang layan dulu! Cikgu apalah kau ni!" Pergh! sentap aku wei...Bila dia dah cakap macam tu lagilah aku kelam kabut ambil cash book dan resit. Kebetulan mak Azza pula datang nak bayar yuran. Jenuh aku cari memo yuran baru teringat hari tu lupa nak print 1 copy lagi. Dengan tergesa-gesa buka komputer dan print out 1 copy lagi.  Aku minta mak Azza tunggu sekejap. Aku panggil ayah 2 kali buat bodoh pula, tadi dia beria sangat nak bayar yuran sakit jiwa aku!! Aku tulis resit ayah punya dulu itupun aku tulis cakar ayam, dah tulis terus bagi kemudian panggil mak Azza sempat sembang sekejap. Ayah borak lagi dengan budak lepas t...