Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Kenduri Perkahwinan Yang Aku Hadiri

Selalunya kalau menghadiri kenduri kahwin aku pergi sekeluarga atau dengan ibu aku sahaja. Kadang-kadang bila dapat jemputan dari jiran satu taman, kenalan ibu dan ayah dan saudara  mara aku mesti datang. Kalau saudara mara dari Johor nak kahwin, kami sekeluargalah yang sibuk membantu. Aku tak terlepas untuk membantu sama. Dalam menguruskan majlis kenduri, aku pernah 2 kali membantu bahagian memberi bunga telur kepada tetamu yang hadir. Mula-mula buat kerja ni segan juga aku, mana taknya orang yang aku tak kenal. Tapi nak buat macam mana nak tak nak terpaksalah. Bila dah habis kenduri aku pula yang beria-ria naik pelamin, sahaja lepak-lepak. Bila pengantin nak berinai, aku pun sempat tumpang sekaki. Bukan berangan nak kahwin pun. Untuk menghadiri kenduri kahwin jiran atau kenalan ibu dan ayah pula, aku pergi hanya makan. Tengok pengantin bersanding, lepas tu balik. Itu pun kalau sempat tengok pengantin, kadang-kadang aku sampai pengantin tak datang-datang lagi kumpulan kompang pun...