Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Balik Awal

Sakit perut tak baik-baik lagi. Makin menjadi pula. Bisa sakit bukam main lagi, ditambah pla dengan cirit birit. Dahla aku puasa, sampai lembik aku dibuatnya. Aku ingat kalau dah tak tahan nak minta balik awal pukul 3 petang. Hari ni aku siapkan memo untuk pembayaran yuran pelatih. Siap buat, Cik Zainal suruh aku telefon mak Yew Kok Yong, Asyraf dan Ngooi Yong Chiang berkenaan penyata gaji diaorang. Alang-alang aku bagitahu sekali yang aku nak balik awal, memang tak tahan wei!. Terpaksa aku berbuka awal, dah lembik sangat aku. Mujur dalam peti ais, ada air botol mineral Solehah diay pun tak nak aku minumla sorok-sorok. Air pepsi KFC sebelum puasa hari beli pun ada lagi. Pukul 2.45 petang, aku bagi briefing kejap kat budak-budak entah macam mana si Gary nak balik bapak dia angkat tangan tegur aku sebab nak balik. Apa mimpi si Bangang nak tegur aku pulak, tak tau malu ker! Pukl 3 petang, aku balik tapi sebelum balik rumah aku pergi kedai 5 sen kejap beli barang keperluan bengkel. Lepas...

Soalan Peribadi (Bahagian 24)

Adakah Anda Sukakan Urutan? ^_^ Ya. Aku teringin nak pergi spa urutan. Apakah Minuman Kegemaran Anda? ^_^ Milo ais/panas Neslo ais Mocha milk tea Jus Tembikai Pernahkah Anda Bekerja Di Organisasi Yang Bukan Untuk Keuntungan Dan Sebagai Sukarelawan? ^_^ Ya, pernah. Sekarang ni aku bekerja sebagai sukarelawan untuk golongan OKU. Adakah Anda Jenis Tidur Lambat Atau Awal? ^_^ Tidur lambat. Tak reti nak tidur awal sebab dah terbiasa. Kalau hari minggu lagilah lambat aku tidur. Adakah Anda Ada Apa-Apa Fobia Atau Ketakutan? ^_^ Tak ada.  Adakah Anda Sukakan Coklat? ^_^ Dah tentu. Coklat kegemaran aku semestinya coklat Cadbury :P Adakah Anda Sukakan Donat? ^_^ Ya. Aku suka donat yang ada krim perisa strawberry, coklat.  Adakah Anda Sukakan Kek? ^_^ Ya. Aku suka donut perisa coklat moist, tiramisu, mocha dan yam. Adakah Anda Sukakan Gurauan? ^_^ Ya, sangat suka.  First Date Terbaik Anda? ^_^ Tiada. 

Terasa Diri Di Hina

Hari ni aku perlu siapkan beberapa lagi kerja untuk Pameran di Sekolah Semangat Maju Ipoh untuk Perasmian Pembukaan TASKA. Dan yang paling best dirasmikan oleh DDYM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Aku perlu fokus untuk kerja-kerja ni. Tapi yang aku nak ceritakan di sini adalah bukan kisah pameran, tu hanya nak bagitahu sahaja. Apa yang aku nak ceritakan adalah...sebelum rehat tadi aku naik tingkat atas nak tangkap gambar anak murid aku: Solehah, Yew Kok Yong dan Tan Jee Suan. kebetulan bapa kepada seorang anak murid aku bertanya "Siti, Itu surat kwsp sudah buat ka??". Terus aku blurr bila masa pulak suruh aku buat surat kwsp??? Seingat aku tak ada. 'Surat yang mana ni uncle?' Yang bapa anak murid aku ni pun terpinga-pinga jugak tengok pentadbir aku, En Zainal. Lepas tu bapa anak murid kata aku sudah lupa. Aku ni dah banyak kerja nak buat lagi tambah dengan pertanyaan dia. Rupa-rupanya kate Cik Zainal, RESIT KWSP. Ooo cakapla resit, ni surat surat. Terus aku ...