Buat Block Di Ceria
Pukul 9.45 pagi, ayah dah bising sebab aku tak angkat phone masa dia telefon. Kebetulan aku tengah tidur tak sedar. Ala semalam pun aku telefon ayah tak berangkat rupa-rupanya henfon tertinggal kat rumah. Ayah tanya aku yang Econsave tu ada telefon tak? Aku cakapla mana ada dia telefon. Jadi aku cakapla tak naklah kerja kat Econsave. Kerja promoter ni pun dah sakit kepala ni kan kerja lain. Lagipun gaji pun oklah juga. Lepas tu aku sambung tidur, pukul 10.30 pagi aku bangun. Lepas mandi aku terus basuh kain, basuh kasut. Ingat nak basuh motor jugak tapi baldi pula tak ada. Baldi kecil aku dah guna untuk rendam baju keje putih aku tu. Akhirnya tunggu habiskan basuh baju dululah jawapnya. Sementara tu aku main game kejap. Tengah syok main game dalam pukul 11 pagi, Lai Ling supervisor aku pula telefon. Katanya dia suruh aku datang Ceria tolong dia dan Ah Yim The Store susun barang Shurah kat block depan. Datang macam pergi kerjalah tapi tak payah thumbprint datang kejap sahaja tolong ...