Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Sambutan Jualan Amal

Aku bersyukur sangat pada Allah SWT dari mula jualan amal raya hari selasa sampai sekarang ada juga pelanggan beli pakaian bundle walaupun tak ramai. Alhamdulillah...aku jual murah-murah sahaja. Semua baju-baju,baju kurung, tudung dan seluar aku jual dengan harga RM 1 sahaja. Bukan apa nak perabiskan stok yang melambak kat bahagian belakang. Biar pelanggan borong sebanyak-banyaknya dan niat aku juga cuma satu nak membantu pelatih OKU aku. Bulan lepas aku buat jualan amal buku terpakai tak mendapat sambutan langsung. Seminggu tak ada pelanggan. Susah hati juga aku masa tu. Tapi untuk this month memang aku plan habis punya nak jual baju kurung dan pakaian lain juga sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal tak lama lagi. Disebabkan dah ada pelanggan nak membeli aku jadi bersemangat nak menjual. Berkat usaha aku dan takkan patah semangat. Dari pagi sampai petang memang aku sibuk. Dai aktiviti kebersihan sampailah persediaan untuk jualan amal. Memang penat jugalah. Aku tak minta tolong ...

Hantar Flyers Di Manjung Lama

Hari ni hujan pula, pagi-pagi dah hujan. Ayah ajak naik kereta. Hari ni aku kena hantar flyers kat kawasan Manjung lama. En. Zainal suruh katanya hantar flyers kat area Econsave tak dapat sambutan tu yang nak cuba tukar tempat lain pula. Sampai sahaja bengkel, Ting Hong Aun pula turun macam biasa 'kacau' aku tak sempat nak letak punggung. Ting bagitahu yang En. Zainal excident tadi. Terus aku tanya dia "betul ke?" Kata En. Zainal "tak adalah". Sudahnya Ting kena bising dengan aku, pagi-pagi dah kecoh sakit hati betul. Pukul 9.15 pagi, aku briefing kejap dengan pelatih kelas kraf, Ting Hong Aun dan Ngooi Yong Chiang. Pukul 9.30 pagi, En. Zainal pula nak keluar kejap nak hantar straw bagai. Lepas tu yang pasal Excident tu bukan dia yang excident tapi orang lain motor langgar motor betul-betul depan mata dia. Kejadian kat area Sitiawan. Alas kaki aku dah siap cuma tali ikat tepi sahaja tak buat lagi, aku suruh Adibah buat. Dan Solehah sambung jahit anak patu...

Pelik Atau Aku Yang Tak Tahu Sebenarnya?

Semasa aku hantar flyers dengan pelatih aku di Manjung lama aku tertanya-tanya. Bukan apa aku nampak kebanyakan kedai mamak buka setengah pintu. Yang bukan islam aku tak kisah mereka makan. Yang aku nampak ada juga orang melayu pergi beli makanan kat mamak. Tak puasa ke? Tak malu agaknya. Orang lain pun penat, letih. Dan yang menjadi persoalan aku di sini adalah "Kenapa Kedai Mamak Boleh Buka Setengah Pintu Atau Buka Pintu Seluas-luas Alam, Sedangkan Kedai Melayu Mesti Kena Tutup?". Bukan ke Mamak tu muslim beragama islam juga. Yang tak puasa tu, apa pihak berkuasa buat? Tak ambil tindakan ke? Ada juga aku nampak perempuan makan kat kedai makan mereka tutup setengah pintu. Aku paham mereka perempuan boleh tak puasa disebabkan hal tertentu tapi kot ya pun nak makan tutuplah pintu bagi habis atau pun makan sorok-sorok. Kalau aku, pelatih perempuan aku yang tak puasa sebab period nak makan kat bengkel tu boleh tapi makan sorok-sorok jangan tunjuk kat kawan-kawan yang puasa. 

Mesyuarat PIBG

Ikutkan rasa malas sangat nak pergi mesyuarat PIBG. Puasa dah 1 hal. Sampai bengkel aku buat-buat lambat lepak bawah dulu dan aku siapkan RPH. Dalam pukul 9.45 pagi baru aku naik atas. Aku ingatkan ramai ibu bapa dah sampai rupanya baru En. Imran sahaja yang sampai. Sementara En. Zainal dan En. Imran berbual sempat aku aku baca novel inggeris. Masa En. Zainal turun bawah jumpa dengan ejen Pos Takaful Etika, En.Imran tanya aku pasal tanaman cili Ibu. Lepas tu adajuga aku mengadu kat dia yang aku ada bagi pendapat dan tujuan untuk buat aktiviti tanaman sayuran di bengkel. Dia pun tak boleh nak cakap apa sebab En. Khaw tak bagi. Agak dalam 15 minit menunggu baru ibu bapa datang. Mula-mula sesi ceramah dan penerangan dari staff ejen Pos Takaful Etika kepada ibu bapa. Rupanya hanya untuk kematian sahaja, siapa yang nak sertai kena bayar lagi RM 5 jumlah RM 60 untuk pelatih. Duit insuran pelatih yang tahun lepas En. Firdaus bagi masih ada dalam simpanan aku. Dah tak larat aku nak pegang dui...

Soalan Peribadi (Bahagian 28)

Adakah Anda Masih Ingat Impian Anda? ^_^ Ya. Pernahkah Anda 'Blind Date'? ^_^ Pernah. Kesilapan Terbesar Yang Anda Lakukan? ^_^ Menganiaya musuh sampai jadi kes polis. Adakah Anda Masih Mempunyai Myspace/Friendster? ^_^ Dulu ada, sekarang dah tak guna lagi. Myspace sekarang tak best dah. Adakah Anda Seorang Seni Atau Sukan? ^_^ Seni. Aku lebih suka art . Adakah Anda Senyum Dengan Kelihatan Gigi Semasa Menangkap Gambar? ^_^ Jarang.:D Adakah Anda Suka Bergambar? ^_^ Suka. Adakah Anda Suka Ber'selfie'? ^_^ Suka.  Adakah Anda Suka Menari? ^_^ Suka. Teringin nak belajar. Suka jenis tarian rap, nampak lebih bertenaga dan lasak. Adakah Anda Tidur Dengan TV Terbuka? ^_^ Jarang.