Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Kenangan Pahit Manis Sebagai Instruktor 2013

Imej
Yang ni pula aku nak ceritakan untuk tahun 2013 sepanjang aku berkerja di Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan sebagai Instruktor dan Penolong Pentadbir. Tahun 2013 adalah tahun yang mencabar bagi aku, mencabar dari segi kesabaran dan mental. Sampai aku rasa macam tak sanggup nak harunginya sebab aku ni taklah setabah mana. Apa-apa pun aku berserah dan tawakkal pada yang Esa.  Pelatih -   pada tahun 2013, 4 orang pelatih aku yang dapat bekerja di luar. Mohd Aiman dan Mohd Hafizul Hafiz bekerja di PCK Enterprise, Nurul Zaidatul Husna (anak En. Zainal) bekerja di Butik Aweenda dan Mohd Hafeez Zain bekerja di Sime Darby ladang jambu batu. Alhamdulillah mereka dah boleh berdikari tanpa bantuan. Lagipun aku dah sedia maklum mereka mampu bekerja dengan baik. Sampai bila nak bergantung pada orang lain. Anak-anak murid aku semua dari golongan OKU, jika suatu hari nanti tak ada ahli keluarga, saudara-mara atau jiran tetangga yang sanggup nak menjaga sekurang-kurangnya mer...

Soalan Peribadi (Bahagian 11)

Jika Anda Pernah Mencuba Alkohol/Dadah ^_^ Berdosa tu..! Mesti kena marah teruk dengan ibu dan ayah aku. Silap-silap tak mengaku anak... Fakta Jika Seseorang Yang Anda Suka ^_^ Curi-curi pandang si dia Hati berdebar-debar bila ternampak si dia Jadi serba tak kena Muka jadi merah (malu gila wei!) Berlagak macam tak ada apa-apa perasaan (takut bertepuk sebelah tangan) Hati berdebar dan teruja bila orang berceritakan tentang si dia Susah hati bila dengar si dia tidak sihat Sakit hati bila orang mengata si dia Tak mampu menatap mata si dia bila berdepan dengannya Tiap-tiap hari asyik teringatkannya, sampai terbawa-bawa dalam mimpi...dahsyat...dahsyat... Sesuatu Yang Anda Rasa Menyesal ^_^ Buat sesuatu kesalahan yang tidak pernah aku buat selama ni... First Date Terbaik Anda ^_^ Di pusat membeli-belah Berapakah Tinggi Anda ^_^ 145 cm Apakah Yang Membuat Anda Rindu ^_^ Tiba-tiba teringatkan seseorang Apakah Waktu Anda Di Lahirkan ^_^ 4.15 petan...

Soalan Peribadi (Bahagian 10)

Adakah Anda Suka Dengan Kerja Anda Sekarang ^_^ Bolehlah... Adakah Anda Suka Bos Anda ^_^ Tak suka....meluat! >:( Perkara Paling Teruk Tentang Kerja Anda ^_^ Kena suruh buat kerja yang bukan kerja aku Check stock monthly Kena promote barang yang tak ada kena mengena dengan company punya barang. Apakah Nama Samaran Anda ^_^ Siti - nama di tempat kerja Zura - saudara mara di kampung panggil Bai - panggilan di kalangan kawan-kawan Apakah Nama Sepupu Paling Tua Anda ^_^ Mohd Azharim Percutian Ideal Anda ^_^ Langkawi Cameron Highland Apabila Anda Melancong, Anda Suka...^_^ Membeli cenderahati/keychain tangkap gambar/selfie Mengunjungi tempat menarik Shopping Nikmati makanan sedap-sedap Apakah Genre Filem Pilihan Anda ^_^ Komedi Seram Aksi Thriller Animasi Martial Art Sesuatu Yang Anda Suka Buat Di Hari Minggu ^_^ Layan game Layan movie Hangout Tidur Baca novel Apakah Pilihan Genre Muzik Anda ^_^ Rock RnB Rap

Soalan Peribadi (Bahagian 9)

Kerja Pertama Anda Sebagai...^_^ Pembantu kedai stokis Apakah Rahsia Yang Anda Tidak Pernah Cerita Pada Orang ^_^ Adalah...tak boleh cerita kat sini juga ;P Apakah Ayat Teks Mesej Yang Terakhir Anda Terima ^_^ "Kalu nk pergi KL call sya. Sya ada di KL skrng." <<<< nombor sesat. Apakah Yang Terakhir Anda Ketawa Sehingga Menangis ^_^ Menonton filem lakonan Jim Carey...tak boleh tahan lawak dia LOL Senarai Hari Raya Anda ^_^ Pergi sembahyang raya Pakai baju raya baru Makan ketupat palas cicah serunding atau rendang ayam Bagi duit raya kat adik-adik saudara Menziarah saudara mara/kubur Malam - tengok rancangan movie yang menarik Barang Kemas Yang Anda Pakai ^_^ Rantai Cincin  Ceritakan Tentang Anda Dengan Sahabat Baik Anda ^_^ Aku dengan sahabat baik aku kamceng, jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun esok lusa baiklah. Kalau nak pergi jalan-jalan, kami akan pergi bersama. Antara kami tiada rahsia. Open-minded . Walaupu...

Restoran Kegemaranku

Restoran atau kafe yang menjadi kegemaran aku adalah Restoran Wau Bulan   - restoran ni mensajikan makanan dari negeri timur. Kalau tengahari banyak lauk menjadi pilihan, kadang-kadang aku beli lauk kat situ. Kalau petang pula, kalau lapar selalu singgah situ juga. Harganya pun berpatutan.  Strawberry Cafe - sini aku selalu pesan Nasi BBQ Hainan, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng Cantonesse atau Mee / Bihun Sup Ayam BBQ dan air Jus Tembikai, Coklat Panas atau White Coffee . Chicken Rice Shop -   aku selalu pesan yang 1 set untuk seorang makan dan lebih suka memilih C hicken With Soy  S auce dan sayur pak choy. Pergh! sedap gila. Memang kegemaran aku. Secret Receipi - Makanan Spagetti Seafood, Indulgence Cake dan Chocolate Ice With Cream menjadi pilihan kegemaran aku. Sunrise Cafe - selalunya aku makan makanan yang biasa-biasa sahaja, Chicken Chop With Lemon Sauce pun pernah pesan juga. Dan yang terakhir, Restoran Ayam Penyet Jawa Timur - disebabkan aku ni ada dara...

Sakit Hati Dengan Penjual Ice Blanded

Aku bengang gila dengan penjual ice blended kat Econsave macam sial perangai. Pada mulanya aku nak beli kat Coolblog tapi ice pulak tak ada kata penjualnya ice lambat sampai. Nak tak nak terpaksa beli kat area ice blended depan kedai handfhone kat pintu depan masuk. Yang aku sakit hatinya, pesan lain buat lain sial betul buat kerja macam mana ntah!! Aku order ice blended coklat+iceream dia pegi buat satu-satu baghal betul!! Pekerja sabah pulak tu. Aku cukup tak suka bila pesan lain buatnya lain. Akhirnya aku tak jadi beli, lepas tu aku pergi beli kat ice blended depan kedai astro pulak. Aku punya dah order, baru nak order untuk An si bingai sabahan tu panggil “Ni sape mau bayar?” Malu orang lalu lalang ushar lain macam punya pasal aku nak pegi bayar ice blended depan astro pulak bising katanya ‘mana duitnya dik. Aiyooo’ dan aku cakapla cancel Yang An punya tu pun macam tak layan. Memang sial betol pukimak haram jadah!! Nak sajer aku sound tapi di sebabkan tak nak buat malu aku co...

Kereta Idamanku

Imej
Inilah kereta idamanku. Aku memang dah lama meminati kereta jenama ferrari ni. Aku sangat suka kereta sport macam dalam cerita ' Fast & Furious '. Bukan senang nak pakai kereta mahal macam ni, kereta ni sahaja kat pasaran dah berapa juta. Kalaulah aku pakai kereta ni, mesti orang pandang aku semacam mana taknya perempuan bawa kereta ni. Kereta sports baru ini 25 kilogram lebih ringan dan senyap serta efisien berbanding model bumbung boleh buka tradisional sebelum ini. Ferrari 458 Spider menggunakan enjin 570 CV 4,499cc V8 yang mampu memecut daripada 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 3.4 saat dan kelajuan maksimum adalah 320 km/j. Penggunaan minyak pada model ini ialah 11.8 liter untuk setiap 100 km dengan kadar pembebasan karbon dioksida 275 gram setiap kilometer.

Pengalaman Berkelah Bersama Keluarga

Dulu masa aku sekolah, ibu dan ayah aku kadang-kadang cuti sekolah rajin ajak pergi berkelah tak kiralah di tepi laut atau di sungai. Kalau berkelah di tepi laut semstinya di Teluk Batik, Lumut dah tak ada tempat lain situlah kami berkelah. Masa nak pergi memang seronok tak ingatlah kami adik beradik. Kalau berkelah selalunya kami pergi pagi. Sebelum bertolak, kami buat persediaan. Aku dan adik-adik aku tolong ibu menyiapkan bekalan makanan. Pakaian salin kami sendiri siapkan sendiri, pilih baju mana nak pakai. Aku pakai baju siap nak mandi baru tukar baju lain. Manakala ayah pula sibuk memeriksa kereta supaya dapat dibawa dengan selamat. Sampai sahaja kat Teluk Batik, Lumut memang ramai orang berkelah. Suasana kat situ tak payah cakap memang meriahlah dengan ramai orang membawa keluarga masing-masing. Biasalah Teluk Batik, Lumut ni tempat pusat peranginan terkenal di Perak nak pula kawasan TLDM. Kalau pergi hari minggu atau cuti sekolah memang penuh, nak cari tempat kosong tu agak su...

Hari Ke Empat Pegang Jawatan Baru

Pukul 7.55 pagi aku dah blah, karang aku lambat karang pengerusi comitee member tak bertauliah dan tak bergaji asyik berleter macam mak nenek...sampai bengkel tak sempat aku nak lentok kejap mak hafeez datang pulak nak bayar yuran van, makanan, kwsp dan socso pulak...terpaksela layan...lepas tu tak sempat aku nak duduk razi pulak datang nak bayar yuran jugak kaco betulla...lepas tu mak ah suan pulak, adooii leceh betulla...dah tu tang nak asing-asingkan duit pening giler, aku bab nak kire duit yang lemah ni...aku main bantai saje tak tau aku buat betul ke tidak...setel semua, aku rehat kejap...pukul 9.30 pagi, mr muni pulak datang...lepas dia balik, baru aku cadang nak pergi beli makanan branda pulak datang adoooiii aiii tak senang betol...dia ada buatkan keychin nama menggunakan manik bagi kat semua budak...aku pun tengokla cara dia buat crossstitch...sampai mata aku pun rasa nak tertutup dah...tengahari macam biasa aku online jap, en zainal bagi makan kat aku mujur lauk hari ni bole...

Laman Web Yang Aku Suka Lawati

Laman web yang aku suka lawati adalah Islamic Quotes, Search Truth, Brain Quotes, Penulisan2U dan Kisahkisahmisteridunia.blogspot. Kalau ada masa aku akan lawati laman-laman web ini. Laman web islamic quotes, dan brain quotes ni lebih kepada kata-kata hikmah. Islamic quotes hanya kata-kata hikmah islamik (dalam bahasa inggeris). Manakala brain quotes pula kata-kata hikmah dari pujangga dunia seperti Aristotle, Mahatma Ghandi, penulis-penulis novel dunia, artis, perdana menteri dunia dan sebagainya. Ada sesetengah kata-kata hikmah tu menarik. Bagi aku kata-kata hikmah ni dapat memberikan motivasi bagi kehidupan kita seharian. Kata-kata ini juga boleh dijadikan sebagai pelajaran bagi kita apabila kita menghayati kata-kata hikmah tersebut. Ramai orang di dunia ini pasti memiliki pelbagai masalah dan dengan adanya kata-kata hikmah ia mampu memberi motivasi dan inspirasi yang boleh menenangkan fikiran kita yang mengalami masalah. Bagi laman web search truth pula adalah kata-kata hikmah is...

Belajar Berkumpulan Lebih Baik Dari Belajar Sendiri

Ramai orang akan setuju yang mereka lebih suka belajar berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka dan boleh meminta bantuan dari rakan sekumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini akan meringankan beban cikgu-cikgu yang terlalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah. Belajar secara berkumpulan juga membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one' , idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu. Semua faedah mempunyai keburukkanya juga. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah semakin jauh. Aku pula jenis tak kisah belajar berkumpulan boleh, belajar bersendirian pun boleh. Tapi bila aku belajar bersendirian, contoh katalah ada soalan aku tak faham baru aku akan tanya rakan-rakan aku. Dari pengalaman aku, pernah juga aku belajar berkumpulan dengan rakan-rakan ...