Semasa aku di zaman kanak-kanak bohonglah kalau kata tak seronok. Seronok sangat. Rasa macam nak putar balik masa tu. Aku selalunya bermain dengan kawan-kawan satu taman perumahan. Aku ni masa kanak-kanak nak kata nakal sangat tu tak adalah. Kalau di rumah selalunya aku bermain dengan adik-adik aku. Disebabkan aku ni anak perempuan tunggal, ayah selalu belikan apa yang aku nak. Tiba petang sahaja, tunggulah ada kawan panggil depan rumah ajak main. Zaman aku dulu tak macam zaman budak sekarang. Zaman aku kira meriah. Walaupun permainan kami tak sehebat zaman sekarang yang pandai layan tab, laptop, PSP, main Candy Crush, Angry Bird bagai semua tu. Itu permainan tak menyeronokkan bagi aku. Masa aku kanak-kanak, kami bermain basikal pusing satu taman, galah panjang, baling selipar, ceper, lawan terup, batu seremban (main pakai batu atau uncang kecil), congkak, pondok-pondok, polis and thief, doll paper, masak-masak macam-macamlah sampai tak larat nak sebut. Kadang-kadang buaian jiran yang...