Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Berhenti Kerja

Imej
Petang pukul 2, ayah ajak aku keluar tengok duit dalam bank, shopping dan fotostat sijil. Mula-mula pergi, tengok duit dekat BSN Sitiawan dalam bank aku ada RM 546.06. Ayah nak masukkn duit RM50 dalam akaun aku jadi ayah aku ajarkanla macam mana nak masukkan duit kat mesin ATM. Mula-mula buat tak dapat ada problem, buat kali kedua baru boleh rupa-rupanya ayah lupa nak masukkan no akaun aku, tu pun orang belakang yang bagitahu masa beratur. Periksa balik dalam bank ada berapa?? RM 596.06 la campur dengan gaji aku nanti esok dapat adalah dalam RM1000. Kayo makcik wei!! Ala baru RM1000 dah kecoh kan?? Lepas tu pergi shopping dekat Econsave ...beli barang-barang dapur dan sebagainya. Akhir sekali, pergi fotostat. Aku sampai sahaja rumah, ibu panggil. Ibu tanya aku,  "Kak Akmar ada complain apa-apa tak masa hari sabtu datang kedai??." "Ada. Dia macam marah sebab orang tak masukkan baju Ila dekat dryer mechine . baju dia dah berbau. Orang dah cakap tak sempat nak buat...

Sajak Kemerdekaan 2010

DI PENTAS KEBEBASAN Kamu membakar hutan bandar kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua puluh satu siapa yang ditentang juga jelas menegakkan keadilan dengan tangan kasar meja rundingan pun turut dibakar. Seorang tua termanggu melihat kejadian peristiwa yang tidak terlintas di fikiran apakah yang dicari wahai anak muda? Aku yang membina tiang kemerdekaan kau bersorak bangga mematahkan. Aku yang mengecat tugu sejarah putih bersih sedap mata memandang kau conteng dengan niat hitam. Jari terketar tak mampu menampar tangannya letih hendak menangani mereka yang bingung di pentas kebebasan tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak sedangkan ladang sudah dibajak benih sudah dipilih untuk disemai. Orang tua itu berbisik sedih aku membina kamu meruntuhkan. 31 OGOS, 1957     Engkau tarikh keramat kami terlepas daripada belenggu akan kami kenang sampai bila-bila. 31 OGOS TIBA LAGI   Setiap kali tibamu Ogos mengerling monumen yang...

Tak Puasa

Imej
Bangun pagi-pagi nak mandi piriod pula. Maknanya tak puasala aku seminggu, baru ada miss . Risau juga sebab dah nak masuk bulan 9, bulan 8 aku tak piriod lagi. Tapi seronok jugak piriod tak payahla puasa hahahaha ...perempuan lain risau piriod tak nak ganti puasa dan nak penuh puasa tapi aku seronok pula bile piriod masa puasa ceh!...pelik...pelik ...kalau ganti tu, tak ada halla bagi aku. Ganti tetap ganti.  "Along, ko tak puasa ke??" tanya ayah aku... "Tak puasa. Orang piriod pagi tadi." Tapi ayah aku fahamla sikit, dah tau aku tak puasa. Ayah aku belikan air dan keropok dengan iwan (memang tak pernah puasa, maklumla insan istimewa). Dekat Petronas Skinchan, berhenti kejap isi minyak dan aku nak pergi toilet sebab tak selesa . Yala hari pertama piriod pergi pula jalan jauh memang tak selesala jawapnya. Risau takut bocor. Lepas buang hajat dan sebagainya...aku masuk dalam Petronas ingat nak beli majalah Remaja. Rindu dah lame aku tak beli, duit tabung ...

Pergi Kolej

Imej
Hari ni aku cuti, pergi KL sebab nak ambik Diploma aku. Agaknya dah berhabuk ape diploma aku. Ikutkan bulan 6 nak pergi ambik tapi ayah pulak asyik sibuk tak ada masa nak pergi. Jadi pukul 9 baru bertolak pergi KL sebab tu jamla pagi-pagi ayah baru nak periksa kereta lepas tu pergi isi minyak dan pergi Majlis Perbandaran Manjung pulak bayar roadtax , pergi bayar pulak bill broadband aku. Sampai KL pukul 12 lebih tengahari, ambik clearence sheet dekat tingkat 6 lepas tu registarer tutup pulak sebab dah lunch hour pukul 1 tengahari sampai 2 petang. Masa tu puasa pun nak tutup jugak ke?? Rileks kejap dalam kereta, ayah aku sempat tidur kejap ...Lepas tu pukul 2 petang, baru pergi registrer lepas tu kerani registrer suruh pergi lif sebelah tingkat 2 ambik scroll aku. Bla bla bla akhirnya aku dapat Diploma aku. Mujur tak berhabuk lagi hehehehe . Pukul 2.30 petang, baru balik. Masa dalam perjalanan nak balik dekat skinchan hujan pula. Kejap hujan kejap tak sampaila dekat Lumut baru h...

Dasar Lelaki Bajet Hensem!

Imej
Tadi layan FB (Facebook) aku, ada mamat ni baru add aku dalam FB. Aku tengok dia ada komen dekat gambar aku, sekali dia kutuk gambar aku . Katanya bajet lawa, muka banyak kawah jerawat dan entah apa entah dia cakap. Pergh!!! Panas betul aku . Dahla tak letak gambar sendiri letak gambar kartun macam kanak-kanak ribena entah-entah muka cacat. Aku nak tegur sikit la dekat lelaki-lelaki di luar sana "Kau orang tak payah poyo sangat pandang perempuan dengan paras rupa, pandang hati yang suci. Paras rupa tak kekal sampai kiamat. Kau orang yang hensem jangan ingat kulit kau orang tak berkedut suatu 1 nanti kecuali kau orang pakai Botox mengubah ciptaan-Nya. Perempuan cantik ke hodoh ke itu Allah SWT yang cipta, bukan kau orang yang cipta. Apa hak kau orang nak kutuk-kutuk orang. Buat kau orang yang tak hensem pula, sudah-sudahla mohon sedar diri kalau tak hensem tak payah nak berangan nak perempuan cantik. Silap-silap muka kau orang macam taik kena ludah dengan perempuan cantik . ...

Tension Di Tempat Kerja

Imej
Hari ni cuti Nuzul Quran, jadi aku pun cuti juga. Pukul 10.30 pagi, lepas mandi ingat nak terus kemas bilik tapi malang buat aku, K. Akma (isteri  bos aku) telefon. Katanya, aku tak basuh baju Ila sampai habis dan tak keringkan baju Ila jadi sekarang baju dia dah berbau sebab semalam aku letak dalam wash mechine dan tak letak dalam dryer . Lepas tu dia kata aku tak tutup air-cond. Eh! semalam aku dah tutup macam mana pulak tak tutup ...walhal semalam nak balik aku ingat lagi dah tutup air-cond. Lepas tu, K.Akma kata benda macam ni dah banyak kali berlaku?? Banyak kali seingat aku baru first time, jadi nak tak nk aku pun terpaksa pergi kerja hari ni. K.Akma suruh aku selesaikan baju Ila. Baru rancang nak kemas bilik, jamban tol!. Semalam bukan aku tak nak basuh baju Ila tapi tak sempat nak buat macam mana, dia pun hantar last minute . Lepas tu aku tengok handfhone aku, ada 3 misscall K.Akma dan 2 message. Bunyi macam marah sahaja ...Ala apa salahnya, tolong basuhkan baju Ila tu....

Sakit Hati Dengan Budak VF

Pagi tadi aku tengok kejap VF (Virtual Friends), ada 6 mesej dari thread . Salah 1 thread aku bengang gila dengan tuan thread tu. Nickname dia Ninja (lelaki), dia buka thread tittle ' Why Upload Picture Mendedahkan Aurat'. Jadi aku pun komenla kat thread dia. "Lelaki pun ada jugak mendedahkan aurat...siap tunjuk anu lagi...aku penah jumpe lelaki pakai seluar pendek paras peha....adoooii coverla bulu peha tu, gelila...dedah-dedah pun ramai lelaki pilih perempuan free hair , ada pulak yang tak berbaju bajet body tough walhal body sekeping, lagila tak lalu...so baik lelaki atau perrempuan ada jugak dedah aurat...jangan ingat lelaki tak tutup aurat terlepas di SANA ok" Macam tula ayat aku. Pagi ni aku on VF tengok dia balas komen aku, nak tau dia balas apa? "Sape tunjuk anu dekat hang? tak payah cari excusela...sekarang ni sape yang banyak buka aurat? Ramai lelaki pilih perempuan free hair? kalau dah namenye jodoh, sama sepadan keduanya tak kanla l...

Shopping Baju Raya

Imej
Pukul 11 pagi, ayah ajak pergi shopping beli baju raya. Ibu ajak pergi shopping dekat Ayer Tawar. Sebelum nak pergi kereta ayah pula tak boleh nak keluar parking sebab belakang kereta ayah kereta Cik Man. Jadi dekat sangat tak boleh nak reverse , kalau reverse juga boleh masuk longkang aku dan iwan pergilah jumpe isteri Cik Man. Ibu pula dah mula bising, kata ibu Cik Man marah kalau orang letak parkin g kat kawasan rumah dia tapi dia letak parking orang tak apa pula dah tu nak keluar pun tak boleh. Selesai tu, terus pergi Ayer Tawar dekat sana aku beli 2 pasang kain baju kurung, ibu 2 pasang juga, adik-adik aku yang lain pulak sepasang seorang. Jadi bayar ayah akulah belanja macam biasa hehehe  Lepas tu ibu ajak pergi Pasaraya Ying Ying masih dekat Ayer Tawar. Dekat sana beli panties aku yang dah tinggal sikit aku ingat nak beli baju t-shirt dekat situ sebab ada 2 t-shirt aku berkenaan tapi ibu pula tak bagi beli sebab dekat situ tak banyak pilihan tapi memang pun baju t-shi...

Hari Yang Teruk...Penatnya...

Pagi, aku rasa tak sihat sikit nak demam pun ada. Sempatlah curi-curi tidur dalam pejabat setengah jam. lepas tu, aku buat kerja (terpaksa gagahkan diri). Buat kerja pun tak bersemangat. Akhirnya terjadi hari yang celaka buat aku. Entah macam mana masa nak basuh sarung kusyen dari Marina Cove Hotel, aku terlupa pula nak tutup mesin basauh dan kain tak letak habis lagi tapi sabun dah letak. Memang cuai habislah, bila dah jadi macam tu aku dah running kan mesin basuh tiba-tiba dengar air keluar. Sekali tengok air dari mesin basuh tumpah mencurah-curah. Apalagi kelam kabut campur cuak, macam nak banjir bilik mesin basuh. Dekat setengah jam jugalah aku bersihkan bilik. Mana taknya takut bos aku sampai tengok keadaan lantai basah dan berbuih sabun naya kena marah. Lepas selesai kerja membersihkan lantai, sambung punya kerja melipat sarung kusyen yang dah dikeringkan. Punyalah boring dan letih. Memang cukup letihlah untuk hari ini, belum cerita yang semalam punya, lagilah separuh mampos a...

Eeee...Ulat! Gelinya

Imej
Tadi masa berbuka aku makan nasi dengan ayam goreng...tengah syok makan, entah macam mana idin pun nak ambik ayam goreng tiba-tiba ada ulat (macam ulat sampah) dalam mangkok ayam goreng bile dah nampak bende macam tu depan mata, terus selera makan aku mati. Hilang selera makan, nasi makan tak habis ayam goreng pun petah lagi semua main buang macam tu saje...loya tekak aku, entah-entah aku pun dah termakan ulat-ulat tu...adoooooooiiii ayam goreng tu sebenarnya dah bercampur dengan 2 ketul ayam goreng yang 2,3 hari lepas...ayam goreng semalam elok lagi, aku pun tak terpikir nak periksa ayam goreng sebelum berbuka. Menyesal pulak jadinya. Mujur aku ada simpan makanan keropok twisties dan air coca cola (baru beli tengahari tadi dekat econsave)

Salam Ramadhan

Imej
Ramadhan dah menjelang tiba. Mesti ramai dah mula pergi bazar kan?? Sebut bazar ramadhan apa menu sempena berbuka puasa nanti ya?? aku kalau pergi bazar mesti beli ayam percik dan kuih muih. Dulu selalu pergi bazar dekat Manjung, sekarang dekat belakang billion pulak sebab dekat sikit dari umah. Di bulan mulia elokla kita sebagai umat islam kumpul pahala banyak-banyak, inila masanya kita nak buat baik buang yang keruh, ambil yang jernih. Dan yang paling penting hormatilah bulan Ramadhan sebab ade orang tak sedarkan diri sudahlah beragama islam ajak pula buat maksiat. Bukan tau nak kumpul pahala. Jadi kepada mereka yang berperangai begini bertaubatla sebelum terlambat. Jadi aku nak ucapkan... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat islam di seluruh Malaysia. Semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 rahmat kepada kita...amin amin ya rabbalalamin...  

Kelam Kabut

Imej
Hari ini kat pejabat bos aku agak kelam kabut sikit. Sampai pejabat pukul 8 pagi, aku tengok suis lampu luar tak tutup, kipas kat bilik basuhan pun tak tutup juga, mesin pengering tak tutup. Takkan lupa kot bos aku ni, jadi aku pun tutupkan. Nanti rugi bil elektrik pula. Belum sempat aku nak letak punggung dan sarapan bos aku sampai dengan isteri dia. Dalam kelam kabut, En Hamdan dan isteri dia pergi bilik basuhan terus lipat tuala, tuala pool , bedsheet dari Hotel Marina Curve, Lumut dan basuh yang baki punya semalam tak sempat nak basuh. Ceritanya macam ni, semalam bos aku dapat pesanan dari Hotel cuci tuala dan bedsheet pukul 7 petang (masa tu aku dah balik pukul 6 petang). Jadi bos akula yang mengendalikan cuci tuala dengan isteri dia sampai pukul 2 pagi, kemudian pagi ni sambunglah. Katanya pukul 11 pagi, dah nak kena hantar kat Hotel balik, dia minta tolong aku lipatkan tuala yang dalam 80 lebih helaian jugalah. Banyak gila tu. Pukul 9.30 pagi, baru aku sarapan dan masa tu juga...

Terjumpa Member Masa IKM

Lepas sarapan, aku pun kemas-kemasla kedai dobi boss aku ni. Lepas tu aku sapu sampahla dekat luar, entah macam mana tiba-tiba... "Bye!" aku pandang orang yang macam panggil aku. Lepas tu aku toleh depan dan belakang kot ada orang lain dia panggil... "Kau la bye!" terkebil-kebil aku. Siapa pula ni?? "Kau kenal aku tak??" "Tak kenallah..." "Akula Ain Ulphostri..." "Ooo...kenalla" Cakap dari jauh mana nak nampak. "Aku baru nampak kau hari ni. Ko sapu-sapu tu yang aku nampak. Kau kerja dobi ke??" "A'aah" aku segan pun ada sebab ada kawan sepejabat dia pun ushar aku... "Bile kau kerja??" "Aku mula kerja minggu lepas" "Bye, aku nak hantar toto/comforter nak cuci berapa cash?" "RM 5 jer" "Nnti aku hantar toto aku, kau basuhla bersih-bersih ok" aku pun masukla kedai dan teruskan keje. Tak sangka ain kerja sebelah kedai aku tapi yang a...