Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Semakin Pasti

Sekuntum senyuman terukir di bibir Menghurai sebuah kebahagiaan Kegetiran dulu telah menjauh pergi Hamparan ketabahan penyeri di hati Cintamu yang tak berpenghujung Ku biar menjadi memori Takkan ku singkap kembali menggerhanakan jiwa ini Simpanlah segala kisah cinta kita Takku ulangi kedua kali Terbukti pasti segalanya Keghairahan dusta cintamu Pastinya ku takkan tenggelam Dalam bentengan mainan kasihmu Jauh sekali meratapi Keranaku masih teguh berdiri Segalanya kini semakin pasti Suatu penderitaan suatu kebebasan Yang pernah ku impikan langkahku ini amat bererti Meniti hari tanpa resah dan sangsi Keyakinan sejati… Ku akhiri perjalanan duka ini Dalam alunan waktu berganti Takku kesal semua ini terjadi Kau mungkin bukan untukku miliki Biarpun tanpamu di sisi tak mungkin ku merasa sunyi Yangku dambakan cinta murni Keikhlasan yang hakiki

Sajak Karyawan Ain 9

Imej
Sayang…! Kau adalah lambang cinta aku… Bertahun ku bina atas dasar nama cinta… Tak begitu mudah akanku benamkan namamu Di ingatanku… Aku tidak berduka kerana katamu…kekasih Bukankah sudahku tanamkan di dada bahawa Kau adalah lambing hidupku… Jadi…apalagi kau mahukan jawapan dariku… Kekasih…! Kau tak bersalah… Cuma kau sengaja tidak mahu mengerti perasaan hatiku Biarkanlah segolongan hamba Allah SWT Mengata, persetan dengan kata-kata dan cacian Terhadapku… Biarlah ku tanggung sendiri… Untuk apa aku menyusahkan hidupmu…? Sayang…! Aku mahu kau kembali ke pangkuan Allah SWT Kembali ke alam cinta penuh kejujuran Demi kebahagiaamu… Demi perasaan cintamu pada insan yang saling Mengasihi…