Soalan Peribadi (Bahagian 36)
Di Manakah Tempat Yang Istimewa Di Mana Anda Akan Pergi Untuk Bersendirian Di Zaman Kanak-Kanak Anda? ^_^ Dalam bilik. Tak pun kat tepi parit taman bunga (sekarang dah tak ada lagi). Adakah Anda Tidur Dengan Permainan? Apakah Ia? ^_^ Teddy bear kesayangan Apakah Cita-Cita Yang Anda Impikan Semasa Zaman Kanak-Kanak Apabila Dewasa Nanti? ^_^ Doktor Bagaimana Ibubapa Anda Bertemu? ^_^ Ibu dan ayah aku ni sepupu. Kata ibu dan ayah, mereka pernah bermain bersama-sama dengan sepupu yang lain masa zaman kanak-kanak. Ada juga ibu bagitahu yang dia dan ayah pernah dating masa zaman muda di suatu tempat di Batu Pahat, Johor. Ceritakan Percutian Sempurna Anda? ^_^ Bercuti di Langkawi. Aku pergi dengan saudara mara belah ayah. Bapa saudara bawa kami jalan-jalan ke sana dan itulah kali pertama aku naik feri. Memang seronok sangat. Kami ada pergi melawat muzium Beras Terbakar tak silap akulah. Lepas tu yang paling best melawat muzium Mahsuri, siapa tak tau sejarah ceri...