Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Nasque.Saiful Macam Harem!

Imej
Aku tengah angin hari ni . Tadi kat Yahoo Messenger ada mamat sial ni. Sudahla tak bagi salam tiba-tiba main terjah pula. Kata aku penipula apalah. Lepas tu cakap aku tak cantikla, banyak jerawat la. Aku dah cakap cantik ke tak ke tu anugerah Allah SWT. Buat apa nak di pertikaikan lagi?? Aku pelikla kenapa lelaki zaman sekarang pandang perempuan hanya pada paras rupe sahaja?? Tak lawa terus kena kutuk. Aku tengok muka mamat tu pun macam jamban . Tak adalah hensem mana, rambut pun belah tepi panjang pulak tu, pakai spek bajet hensem. Aku paling tak suka lelaki macam ni. Lepas tu boleh pulak cakap nak tagged gambar hodoh aku kat dalam Facebook kat kawan-kawan dia. Pendek kata nak aibkan akulah. Tapi dalam hati risau juga . Dia kata nak suruh kawan dia komen pasal aku. Aku nak tanyalah perlu ke kite nak aibkan orang atas kesalahan kita yang kecil dan muka tak lawa??? Perlu ker?? Islam mengajar kita aibkan orang ke?? Aku ada cakap dengan dia buat apa nak aibkan orang kat orang lain, dosa ...

Motor Skuterku Buat Hal

Imej
Pagi aku nak pergi kedai beli air susu. Nak makan dengan conflake special K. Baru hidupkan motor, tiba-tiba aku tengok kat meter lampu berkelip-kelip. Ah! sudah apa hal pula ni?? aku periksa minyak 2T aku banyak lagi, tak kan minyak aku sikit kot. Minyak hitam?? Mungkin?? yang aku peliknya siapa yang gatal punggung naik motor aku ni?? Nak kata tak ada motor semua dalam rumah ni motor masing-masing (kecuali ibu). Baru sahaja sehari aku tinggalkan rumah, dah ada orang guna barang aku TANPA IZIN. Mana aku tak bengang . Aku tanya idin siapa pakai motor aku? Kata dia mana ada siapa pakai motor tu. Aku ingat nak suruh dia tengokkan, takut dia tak pandai jadi aku abaikan sahajalah. Was-was nak naik aku letak balik motor aku, terpaksalah aku jalan kaki ke kedai. Laptop aku pun ada orang pakai, CD aku tak diletaknya, beg laptop aku tak letak tempat sepatutnya, YM aku pun tengok macam ada orang pakai. Sial tau siapa pakai barang aku . Memang tak selamat dunia akhirat. Dahla guna barang aku, men...

Bertegur Sapa Di Antara Pelawat

Imej
Pukul 11 pagi, Pak Itam ajak sarapan kat restoran mamak. Lepas sarapan dalam pukul 12 tengahari, baru bertolak pergi Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Sampai sana jumpa Tok Su Latip dan sepupu ayah pula. Abang Rim datang dengan Nona dan siapa entah budak perempuan seorang kawan Nona ke sepupu dia entah. Abang Rim bawa kawan serumah dia. Jadi bertambah kecohlah bila saudara mara datang IJN. Lepas tu, pergi tengok Mak Long pula kat wad semalam aku pergi. Dalam beberapa minit, ayah dan Iwan nak turun pula nak sembang-sembang nak Tok Su Latip. Aku pula duduk kat wad dengan Mak Su, Mak Long dan Mak Andak. Disebabkan kerusi tak ada aku duduk kat kerusi pesakit yang beroda besar tu. Dari semalam aku duduk kat kerusi tu, seronok juga naik kerusi roda . Dapatlah aku merasa duduk atas kerusi tu.  Menurut Mak Andak semalam, kerusi tu Pak Andak yang pakai sebab Pak Andak ada penyakit gaut. Bila aku duduk dengan mak-mak saudara aku, mulalah mereka bertanya pasal ibu. Kenapa ibu tak ikutla...

Pergi Institut Jantung Negara Lagi

Imej
Ayah kata pukul 1 tengahari, lepas kerja terus gerak. Jadi pukul 10 pagi, aku bangun. Layan chatting  kejap. Pukul 11 pagi, aku kemas beg. Aku hanya bawa beg sandang sahaja, tak banyak barang aku nak bawa pergi pun sehari sahaja. Pukul 12.25 tengahari, baru iron tudung. Lepas siap-siap tunggu ayah pukul 1 tengahari. Tak balik-balik pun, nak dekat pukul 2 petang baru nak balik. Aku ingat nak makan dulu, malasla. Pukul 2 petang bertolak, pergi makan tengahari kejap kat GHULAM RASOL. Aku makan mi goreng tu pun tak habis sebab banyak makan semalam . Perut pun macam nak buat perangai lagi . Sampai rumah Pak Itam dalam pukul 5 petang. Sampai-sampai terus gerak pergi Kuala Lumpur pula pergi IJN. Sampai sana dalam 6.30 petang, Pak Itam kata Mak Long dah ditukarkan wad biasa jadi boleh keluar masuk bila-bila masa sahaja. Masuk ramai pun tak apa, tak macam minggu lepas kena masuk dua-dua sampai aku pun tak dan nak jenguk. Hari ni baru aku dan jenguk Mak Long kat tingkat 3 Wad Dahlia tak sil...

Lepak Cyber Cafe

Imej
Tengahari, Insyirah ajak aku jalan-jalan naik motor ayah dia. Kami pusing 1 taman sahaja, adik saudara aku ni tingkatan 1. Tak ada lesen dah pandai bawa motor, tapi dia bawa perlahan sahaja . Alahai sambil bawa motor dia telefon member pula , Adusss nasib baiklah bawa perlahan kalau tak dengan aku-aku sekali maut. Aku tengok amy pun tak balas mesej aku jadi aku mesej dia yang aku dah bagitahu Abby pasal dia kawin 20hb ni. Tak tahula dia datang ke tak? Tapi amy kata kenduri tu bukan belah dia, belah tunang dia. Ah! bukan belah kau pun, kau juga yang naik stage wedding . Wedding of the year lah katakan. Lepas tu aku sakit kepala pula, mana taknya pusing tengahari buta. Kemudian Insyirah ajak pegi Cyber Cafe, wah! ada Cyber Cafe kat rumah Pak Itam rupanya. Bonus bagi aku, apa lagi terus ajak adik saudara aku tu pergi sambil-sambil boleh layan Yahoo Messenger ke Facebook ke Tagged ke. Aku pergi Cyber Cafe pakai duit yang ayah aku bagi. Cyber Cafe sana main sejam RM 2, 2 jam RM5 jadi aku ...

Tak Dapat Ikut Pergi IJN, Amy Pulak Mesej

Imej
Pukul 8 pagi, lepas ayah dan Iwan pergi beli sarapan ayah ajak aku keluar pula. Pergi restoran mamak, sarapan kat situ pula. Pukul 9 pagi, ayah, Iwan, Pak Itam, Mak Itam dan 2 anak dia pergi IJN tengok Mak Long lagi. Aku nak ikut tapi ayah tak bagi, aku belum tengok Mak Long sejak semalam. Nak naik kereta 1 punya pasal sanggup tak bagi aku ikut . Kalau macam tu baik aku tak payah ikut pergi Selangor. Tapi bila fikir-fikir balik, baik tak payah pergi sebab perut aku macam nak buat hal lagi . Jadi duduk sahajalah kat rumah dengan dua adik saudara aku, Insyirah dan Ehsan. Bosan aku baca Majalah Ujang, Remaja dan suratkhabar Metro Harian. Mujur aku bawa majalah dari rumah, ujang baru beli masa makan kat restoran mamak. Sebelum ayah berangkat, ayah bagi aku RM20. Belilah apa-apa kalau pergi jalan-jalan dengan Insyirah. Pukul 11 pagi, aku tengok henfon aku N3500 ada mesej, siapa lagi kalau bukan Amyla. Dia tanya aku.  "Dah tak nak kawan lagi dengan Amy ke?" "Perlu ke or...

Ayah Belanja KFC

Imej
Sampai rumah pak itam dalam pukul 8 lebih, ayah suh aku pergi mandi dulu...so aku pun pergila mandi, siap-siap segala...aku tengok TV sekejap, pukul 10 malam baru ayah balik bawa balik KFC...laaaa, pergi tak ajak aku pun ....tak apala apa-apa pun bedal jugakla KFC 2ketul...mak itam tak masak sebab ayah nak belanja makan KFC...lepas makan aku tengok cerita hantu kat astro, Histeria...boleh tahan seram jugak...pukul 12 tengah malam, aku tak boleh nak tido lagi sebab dalam kereta masa on the way nak balik aku dah tido...kaki aku pulak tak hilang lagi rasa sakit...nak tengok TV lagi, ayah suruh tutup TV...so aku pun belek-belek la barang-barang pak itam dulu...

Pergi Institut Jantung Negara

Imej
Menurut kata ayah, yang masuk hospital tu Mak Long aku (sebelah ayah). Dengar cerita Mak Long kena serangan sakit jantung. Dan aku ada dengar cerita dari ayah dan Pak Itam, Abang Azrin menantu Pak Uda kena denggi, Pak Andak demam seminggu tak baik-baik, Ehsan (anak Pak Itam) demam juga . Dalam pukul 3 petang, baru bertolak ke IJN kat Jalan Duta KL, Pak Itam seorang sahaja ikut. Sampai sana pukul 4.30 petang, kat l obby IJN aku jumpa Pak Andak sekeluarga, Mak Cik Melah dan Haikal, Atok Su dan anak dia, atok pun ada. Tiba-tiba tekak aku rasa haus, jenuh jalan-jalan cari ayah nak suruh belikan air. Tak sangka dalam hospital tu pun ada jual baju, handbag, buku, tudung dah macam kat uptown pula. Ingat nak beli tapi Itula takut bajet lari, duit aku bukan banyak pun. Dalam pukul 5 petang, ayah ajak kami semua pergi kafeteria minum-minum dulu. Nak masuk wad lambat lagi pukul 6 petang boleh masuk dah. Kat kafeteria aku ingat nak pesan air Cadbury Hot Choclate RM2.50 sahaja . Tapi fikir-fikir ...

Roti Bun Dan Kek

Imej
Siapa sini suka makan roti bun atau kek?? Angkat kaki hehehe. Pagi tadi kan dalam pukul 11.30 pagi, ayah aku balik dari mana entah. Ayah aku belikan roti bun 3 jenis, Roti Bun perisa Coklat Manis, Roti Bun perisa Anggur dan Roti Bun perisa Coklat. Sedap gila, aku memang suka dan ayah memang tau kegemaran aku. Ayah beli kat mana entah, rasa macam kat Billion. Tengok plastik bag roti CLASSIC BAKERY BOULANGERIE. Selain suka roti bun, aku juga suka sangat makan kek. Ermmmmmm yummmyyyyyyyy memang sedap , tapi ada yang tak suka makan kek sebab krim dia macam mual kan kalau makan banyak. Aku tak kisah, suka. Dulu beli dengan yang macam-macam corak kek yang beli. Kadang-kadang balik kerja ayah belikan aku kek. Kalau bab perisa pula suka flavour coklat dan strawbery. Aku pun tak tau kenapa aku boleh jatuh cinta dengan kek dan roti bun. Mungkin sebab sedap di makan dan rekaannya yang cantik dan comel. Aku sekarang ni teringin nak belajar buat kek, bukan sahaja boleh makan untuk diri sendiri m...

Orang Otak Biol!!

Imej
Sebenarnya aku dah lama nak luahkn pasal mamat ni. Bukan nak luah rasa sayang ke suka ke tak, aku nak luahkan rasa benci dan sakit hati . Aku tak taula kenapa orang macam ni suka ganggu hidup aku, aku tak layan pun dia layan juga. Aku rasa tertekan kadang-kadang bile dia muncul . Macam ni ceritanya, aku kenal dia dalam Yahoo Messengger (YM) aku (ID yang ke-2). Mula-mula kenal tu aku dah rasa lain, sebab dia ni macam gatal sedikit. Aku pulak jenis tak suka lelaki-lelaki yang gatal ni. Jadi aku pun padam dia dalam senarai rakan YM aku, sejak dah padam dia sering mengganggu hidup aku (walaupun aku tak nak layan). Kata-kata dia kadang-kadang sungguh menyakitkan hati aku. Dulu aku selalu marah-marah gila kat dia, dia pula kutuk aku macam-macam. Hina aku macam-macam. Sekarang ni aku dah kurang sikit, malas nak layan buat tak tau. Tapi dia masih Personal Messege (PM) Aku juga walaupun aku tak balas. Asal aku buka ID aku yang second dia ada, asal buka dia ada lecehlah macam ni. Aku bosan dan ...