Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Jamuan Hari Raya Di BPSM Sitiawan 2016

Imej
Tahun ni kami buat jamuan hari raya. Dah 2 tahun tak buat jamuan, tahun ni baru nak buat balik. Sama macam tahun lepas juga majlis 2 in 1 - Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Hari Lahir Pelatih.  Sempat kami posing...Kalau bergambar aku memang sporting dengan anak murid aku. Yang tak tahan tu semua macam pakat-pakat pakai baju raya merah hehehehee :D Bergambar bersama ibu kepada pelatih - mak Solehah Cikgunya suka menyelit bila anak murid nak bergambar hehehehe :D Kami awekz sporting!! Girl In Red! Ikutkan kami ada buat undangan khas dari DUN Pasir Panjang, kebetulan tak dapat hadir ada jamuan kat Ayer Tawar. Tahun ni jamuan raya aku ditugaskan memasang lagu raya, pasang speaker dan lagu raya dalam laptop aku senang sikit. Itu pun ayah Adibah kata tak dengar dan ingat aku pasang lagu hindustan ceh! :P Dah tak tahu nak macam mana lagi, walhal aku rasa dah cukup kuat dah. Gambar pun tak banyak yang tangkap ni saja yang dapat pasal maj...

Hari Raya Ketiga

Imej
Pukul 1 pagi, masa tengah layan movie Cik As pergi kat Atok  Jah bagi duit. Lepas tu, Atok Jah tanya 'Ni duit apa?" banyak kali tanya Cik As buat tak layan dan katanya kalau tak nak duit tu sedekah kat surau saja. Lepas tu tiba-tiba macam marah kata ambil saja duit tu dengan suarak serak-serak basah macam nak menangis. Atok Jah keluar depan rumah tanya dengan Cik Yam kata luar. Dalam pukul 2 pagi, baru aku tidur dah mengantuk sangat. Pukul 9 pagi, aku dah bangun. Dah selesai mandi semua, sarap nasi lemak ntah sapa buat tak tau. Lepas sembahayang jumaat, Ibu ajak aku pergi beraya rumah saudara-mara kat Jorak, Muar. Masa tengah bersiap aku terdengar ibu cakap yang Cik As buat masalah dengan Atok Jah ibu minta adik beradiknya pulaukan dia. Dari pagi anak beranak tu tak turun-turun. Patut dari semalam aku jarang nampak muka Cik As, Cik Am dan anak-anaknya. Rupanya ada masalah disebaliknya. Bila dengar macam tu terus aku mengadu kat ibu pasal kejadian 1 pagi tadi. Sementara tunggu...

Hari Raya Kedua

Pukul 8 pagi, ayah dah bising suruh aku bangun. Sudahlah nak tidur semalam sikit punya azab, lagi nak marah aku pula. Dia tak apalah letak bantal sahaja lena, selesa tak selesa belakang cerita akulah sakit. Dengan orang ramainya, terpaksa tunggu giliran nak mandi. Sementara tunggu giliran sempat tidur sekejap. Memang mengantuk gilalah. Lepas mandi, aku sarapan dengan sepupu-sepupu aku anak-anak pak uda. Selepas keluarga Tok Su Latif balik, ayah suruh bersiap nak balik Batu Pahat. Sempat aku bagi duit raya kat anak saudara, anak-anak Kak Lin. Agak dalam pukul 12 tengahari, baru sampai Batu Pahat. Semua orang macam biasa masa raya ni sibuk di dapur. Masa itu masak ini, potong itu potong ini. Mak-mak saudara semua pakat usik aku. Tak sangka Cik Yam mak saudara aku balik. Bukan main dia peluk aku, tulah satu-satunya mak saudara kesayangan aku. Tak jemu melayan anak-anak saudaranya baik dari kecik sampai yang dah dewasa, peramah lagi. Idin adik aku yang bongsu balik juga cuti raya ni. Semp...

Hari Raya Pertama

Pagi-pagi raya ayah pergi solat raya dengan pak su. Tinggal aku, Shah, mak su dan mak long kat rumah. Aku sempatlah makan ketupat palas kesukaan aku cicah dengan rendang. Sluurrpp! best gila. Lepas habis solat raya dalam pukul 10 pagi, mak su dan pak su nak ke Seremban pula pergi rumah mak mertua pak su beraya. Shah ikut, mak su ada ajak aku tapi malasla pula. Tengahari, baru mak su dan pak su balik. Raya pertama ni tak banyak aktiviti nak buat selain makan ketupat palas dan kek coklat yang mak su buat semalam. Petang, barulah ada budak-budak datang beraya. Sesekali aku yang makan kuih raya dalam balang. Mana taknya ada kuih raya yang sedap-sedap. Agak dalam pukul 5 petang, barula pak uda sekeluarga datang. Masa nilah rumah mak su dan pak su riuh macam pasar tani dengan dua orang cucu pak uda yang buas dan nakal tu lagi. Aku tengok Kak Lin mengandung lagi, sarat dah nampaknya. Pak Uda pula nampak kurus dan sedikit lemah sebab masa bulan puasa hari tu kena tahan dalam wad. Sakit apa ak...

Sehari Sebelum Hari Raya

Bangun pagi aku nak cas henfon aku yang dah low. nak cari soket kat rumah pak su sikit punya payah. Last-last aku cas pakai extention stand fan punya. Apa nak buat. Hari ni tolong mak su dan mak long basuh bekas-bekas kotor lepas tu masukkan beras dalam sarung ketupat. Yang tu ayah aku sendiri ajarkan. Aku ingatkan ayah tau mengayam juga. Kalau ibu aku tau menganyam, Aku tengok mak long mengayam macam senang saja, sekali buat dah pening kepala tang mana nak masuk. Kata mak long dulu masa arwah atok ada, dia sendiri tengok atok buat lepas tu dia cuba buat sendiri lama-lama baru boleh buat. Lepas letak beras dalam sarung ketupat, aku kira lima ketupat bagi kat ayah dan ayah ikat. Selesai semua terus ayah pasang periuk besar untuk masukkan ketupat yang dah siap di ikat. Semalam teruk aku bebel dengan ayah depan mak long dan mak su yang aku tak pandai nak buat kerja-kerja masak ni. Ayah bab nak buka aib anak sendiri memang no 1. Lepas isi beras dalam sarung ketupat, isi beras pulut dalam...

Dua Hari Sebelum Hari Raya

Seronok juga dapat balik rumah mak su dan pak su aku di Jorak. Pukul 9 pagi, aku ikut ayah dan mak long pergi beli barang dapur untuk persiapan raya nanti. Mula-mula kami pergi pasar tani Muar, pergh sepanjang jalan nak ke pasar tani jem gila. Biasalah cuti raya masing-masing sibuk cari shopping . Kekadang lemas pula aku. Masa nak cari parking, lori-lori yang hantar barang ke pasar tani buat hal menyebabkan orang nak masuk ke kawasan parking tak boleh nak masuk. Boleh pula park kat tengah jalan. Ada juga pegawai JPJ kat situ suruh bagi laluan pada kenderaan lain. Alhamdulillah lah dapat juga parking. Macam-macam barang yang nak dibeli mak long dan ayah. Sementara mak long membeli sempat juga ayah telefon mak uteh dan pak itam aku. Tahun ni macam tahun-tahun lepas adik-beradik ayah yang duduk Perlis dan Selangor tak balik. Abang sidi (abang sedara, anak mak long) pula tak balik dari Sabah, kata mak long minggu depan baru balik. Berbalik cerita kat pasar tani tadi, dah puas membeli sin...

Balik Ke Johor

Pukul 9 pagi dah bertolak ke Johor. Sepanjang perjalanan jalan tak sesak sangat. Di sebabkan aku tak boleh berpuasa lagi, sempat makan meggi cup kat Kuala Selangor beli kat Petronas. Itu pun masa nak letak air panas kat Petronas, segan gila rasa macam ada orang tengok pula. Ayah suruh aku telefon mak long, 2,3 kali telefon tak berangkat. Telefon mak su, dia pula tak tau mak long tak ada datang rumah dia. Pukul 12 tengahari, barulah mak long telefon katanya dia keluar beli barang. Mak long kata kalau nak berbuka kat rumah memang tak ada apa nak dimasaknya. Kalau nak juga masak apa yang ada sahajalah. Akhirnya kata ayah, kami berbuka kat luar sahaja ni sampai Muar mungkin dalam pukul 7 atau 8 malam. Dekat RnR Seremban, macam biasa berhenti kejap ayah nak tidur dan berehat. Masuk ni dah 3 kali berhenti, mujur jalan highway setakat ni tak sesak masih berjalan dengan lancar. Mak long telefon lagi, kali ni mak long tanya nak balik mana Bakri ke Jorak. Aku cakaplah Bakri. Mak long kata Mak ...

Persiapan Balik Kampung

Imej
Hari ni aku kerja untuk ganti sabtu minggu depan. Aku buat kerja apa yang patut selebihnya banyak main game. Bosan juga, mana taknya aku seorang sahaja di bengkel. Pukul 2.30 petang baru aku balik tapi keluar kejap beli barang keperluan aku di Giant. Sebelum tu ayah suruh aku beli lauk ayam untuk Iwan untuk berbuka nanti. Kata ayah, ibu dah balik kampung pagi tadi. Awalnya. Lepas membeli-belah kat Giant, pukul 4 petang sempat pegi buat hair treatment saja nak memanjakan diri tenangkan fikiran. Agak dalam 1 jam setengah jugalah. Lepas buat hair treatment terus pergi bazaar ramadhan kat Stadium Manjung. Mujur ada lauk ayam, aku beli ayam masak merah seketul untuk Iwan dan aku macam biasa beli air dan nasi tomato kat Najwalicious. Lauk semalam ibu buat masih ada lagi. Lepas berbuka bagai, pukul 9 malam aku dah mula kemas beg untuk balik kampung esok. Bajet pukul 10.30 malam siap kemas tapi pukul 11 baru siap. Biasalah pening tak tau baju mana nak bawa.  Ini buat kali ke 2 ak...