Hari Terakhir Di Sekolah
Aku ingat lagi saat-saat terakhir ketika bersekolah iaitu lepas peperiksaan SPM. Itulah 'Hari Merdeka' buat pelajar hari terakhir di sekolah. Bila akhir sekolah, cikgu memang dah tak masuk kelas. Maka kami buat macam kelas dan sekolah sendiri ibarat tak ada kerja, cari kerja. Aku dan kawan-kawan akan berjalan ke kelas lain untuk berborak kosong. Selalunya pergi kelas bersebelahan dengan kelas aku. Aku tak pernah nak pergi sampai ke kelas pandai. Buat bising tu dah jadi adat buat pelajar akhir bagi kami. Kalau tak berborak tu, aku berjalan ke tempat lain. Kadang-kadang ikutkan hati nak balik awal, tapi cikgu pula tak bagi sebab belum pukul 1 tengahari lagi. Kalau bosan aku melukis atau pun tidur. Itu pun tidur-tidur ayam. Bila dah hari terakhir tu faham-faham sahajalah ramai yang akan ponteng sekolah, cuti. Aku lah sakit tak boleh nak ponteng ibu dan ayah aku tetap suruh pergi sekolah. Keadaan kelas pun kami tak ambil peduli, kotor ke bersepah ke lantak ke situ. Meja dan kerusi...