Rancangan Animasi Kegemaranku
Ini adalah di antara rancangan animasi kegemaran aku. Kalau di televisyen memang aku takkan berganjaklah jawapnya. 1. Dragon Ball Animasi ni bukan sahaja aku tengok dalam TV malah aku baca komik dragon ball. Masa aku kecil, abang saudara aku adalah 2, 3 komik dragon. Kadang-kadang selalu pinjam kat dia. Dalam Youtube pun aku kadang-kadang tengok juga. Dari Dragon Ball sampailah Dragon Ball GT aku dah tengok. 2. Pokemon Aku minat cerita animasi ni sebab karakter pokemon yang comel-comel. 3. Detective Conan Aku dah tengok siri Detective Conan dari episode 1 sampailah ke berapa ratus. Tak pernah jemu aku ulang tengok. Aku suka cara Conan yang bijak dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Dan aku lebih suka Shinichi a.k.a Conan yang kecil dari Shinichi yang besar. Selain itu, aku suka bila Conan menyelesaikan masalah-masalah jenayah dengan rakan-rakannya, Ayumi, Genta, Mitsuhiko dan Haibara. Mereka nampak comel sahaja....