Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Aduan Dari Keluarga Anak Murid

Imej
Ayah datang ambil Shah pukul 3.30 petang, sebab pagi tadi aku yg suruh ambil dia awal. Dan aku kata yang aku ada hal. Bukanlah hal penting tapi nak tengok wayang sahaja pun. Maklumlah mula pukul 4 petang. Aku ingat ayah ambil Shah lepas tu terus balik tapi melepak kat bengkel pula. Aku pun sementara tu menyembang sekejap dengan ayah. Alang-alang bagitahu program untuk bulan 10. Aku tanya ayah pasal surat dan kupon aku bagi kat Shah. Kata ayah, Shah tak bagi pun. Ah! sudah risau juga, risau bukan nanti tak pasal-pasal kena ganti pula duit kupon kalau hilang  . Mengelabah aku mencari dalam beg Shah, bila aku tanya dia semuanya tak tahu. Elok sibuk mencari kupon dalam beg si adik Solehah, Shikin pula datang. Dia tanya aku, "Kenapa lengan An lebam?" Sudah! bala apa pula lagi ni??   Aku cakaplah tak tau. Bila an tunjuk lengan dia memang ada bekas sedikit lebam kat tangan dia. Kata si Shikin, An kata aku cubit. Aku tak mengaku, walhal memang ada aku cubit dia pun. Biasalah fah...

Pabila Keseorangan Di Bengkel

Imej
Seronoknya dah kena kerja semula dan lagi seronok tak ada siapa di bengkel. Pelatih cuti, Encik Zainal pun ambil cuti. Tinggal aku terkontang-kanting kebebasan. Hari ni, mak cik yang selalu aku beli mi goreng dan kuih tutup lagi pula. Lama noo cutinya, makcik? Mujur ada makanan berbaki yang aku beli semalam, cukup untuk alas perut. Singgah kedai mamak kejap beli milo panas. Lepas tu, sampai bengkel aku terus sarap dulu baru baca novel lagi 1 yang aku pinjam "Hanya Sedetik Lagi". Novel "Dia..Isteri Luar Biasa", pukul 5 pagi  baru s adaqallahulazim. Tengah layan novel tu jam pelanggan datang beli baju bundle. Lepas tu, pukul 10 pagi tiba-tiba Encik Munisamy datang pula . Mengelupur aku simpan novel, mampus aku kalau dia nampak. Entah apa yang dia nak aku pun tak tau. Rupa-rupanya nak bagi roadtax dan geran Van. Encik Munisamy ada bagitahu yang dia ada Whatsapp kat aku, semalam punya cerita aku tak buka langsung Whatsapp. Dia ni rajin betul post gambar ucapan dari Wha...

Salam Aidiladha 2015

Imej
Pukul 8 pagi, aku dah terjaga tapi mata masih rasa berat nak buka akhirnya pukul 9 pagi baru bangun. Lepas mandi, aku malas nak pakai baju pakai robe sahaja sambil membaca novel "Dia...Isteri Luar Biasa". Memang luar biasa, sampai mata aku pun nak tertutup. Mengantuk tak hilang lagi. Aku malas nak sertai makan dengan si Bingai sekeluarga tu. Maaf, bukan malas tapi TAK SUKA! Asal raya haji sahaja, balik sini. Apa pasal kat Ipoh tu tak sambut raya aidiladha ke? atau lembu kat sana dah pupus? Aku nak makan ketupat palas pun tak jadi nak makan. Harap cepatlah berambus! Sudahnya, aku tertidur dengan novel terbuka atas muka (dah jadi tabiat aku kadang-kadang bila baca novel, majalah dan seangkatannya). Sedar-sedar dah pukul 3 petang. Haih! lama betul aku tertidur. Aku ingatkan dah pukul 6 petang. Bangun dari tidur aku capai notebook kesayangan aku. Terigat perut yang tak terisi dari pagi tadi terus keluar kejap pergi kedai 24 jam Top 2. Tak pernah dibuat orang masa raya makan hida...

Aktiviti Sehari Sebelum Cuti Raya Aildiladha

Imej
Hari ni acara gotong-royong sebelum cuti Hari Raya Aidiladha esok. Nak mengemas sahaja aku dah sakit jiwa dengan budak-budak aku. Lain di suruh, lain di buat. Sudahnya bukan mereka yang penat, aku yang terlebih penat . Patutnya aku yang cuti lebih ni. Haih...anak murid...anak murid...sabar sahajalah. Sebelum tu pukul 9 pagi, Encik Munisamy dah datang bengkel. Awal betul, tak sabar nak jumpa aku ke tak sabar nak selesaikan pembayaran. Perasanlah pula . Kami betul-betul pulun sesi mengemas termasuk tandas pun kena basuh sebersih-bersihnya. Peti ais pun tak terkecuali basuh juga. Dalam pukul 11.30 pagi, baru kami selesai sesi mengemas. Aku suruh mereka berehat dulu, yang perempuan aku suruh mereka mandi pukul 12 tengahari sebelum makan. Belum sempat mandi, semua budak perempuan dah tertiarap atas tilam . Semua buat muka penat, walhal banyak mana sangatlah mengemasnya. Pukul 12 tengahari, Puan Mano merangkap isteri Encik Munisamy telefon bengkel, dia nak cakap dengan Encik Zainal tapi aku...

Berat Sebelah

Sebelum pelatih bengkel balik, En. Zainal beritahu aku yang dia nak bagi surat amaran kat Shah. Aku tanyalah kenapa? Dia buat salah apa? En Zainal kata, Shah tak mendengar arahan, melawan dan selalu duduk bawah kat depan. Mula-mula tu dia ada tanya juga "tadi Shah duduk mana?" Aku cakaplah "Duduk bawah kat depan.". En Zainal kata, dia dah tak larat dengan Shah lagi. Suka turun bawah, entah apa yang ada bawah. Katanya lagi, nanti orang luar tengok dah macam pengemis minta sedekah pula. Bila dia cakap macam tu aku terdiam, dalam hati membara menahan marah. Suka hati cakap adik aku macam tu! Aku pun cakaplah "Lebih baik hal ni cik sendiri cakap dengan ayah saya.". En Zainal kata dia suruh ayah aku jumpa dia esok. Lepas tu aku dengan tak puas hati bangkitkan pula hal Gary, "Habis yang Gary turun tiap-tiap hari mengamuk tu macam mana pula? Kami nak buat kerja pun rasa terganggu" . Kata En Zainal, "Halau sahaja dia naik atas.". Amboi! Cakap ...

Abby Pinjam Duit

Imej
Petang tadi tergerak hati aku nak tengok henfon aku kejap, manalah tau ada mesej ke. Bila aku tengok sahaja henfon aku memang betul ada mesej dan mesej tu dari Abby, kawan baik aku. Dia nak pinjam duit aku lagi. Sebelum raya hari tu ada juga dia nak pinjam RM 200 kat aku tapi aku tak bagi sebab kebetulan aku pun nak pakai juga dan kebetulan juga masa tu dia dah berhenti kerja kat Kamdar, Manjung. Agaknya terdesak nak beli persiapan untuk raya tak ada kot. Kali ni dia nak pinjam RM 50. Ingat dia kawan baik aku jadi aku bagilah pinjam yang penting bayar balik. Ikutkan hati aku tak nak bagi pinjam sebab aku dah fobia nak bagi orang pinjam duit aku walaupun dia kawan baik aku sendiri. Ini semua gara-gara perempuan celaka yang pinjam duit aku sampai RM 250 tak bayar-bayar sampai sekarang! Dan aku tak pernah nak halalkan! Aku dah berjanji dengan diri aku nak jadi seorang yang kedekut nak beri pinjam. Berbalik cerita pasal Abby tadi, dia tunggu aku kat perhentian bas pukul 6 petang. Aku cak...

Lupa Tutup Pintu Tingkat Atas

Imej
Pukul 8.30 pagi, aku datang sahaja tengok Cik Zainal tengah belek CCTV. Entah apa dia belek aku pun tak tau. Elok dah tulis kedatangan dan tak sempat nak letak punggung Cik Zainal mula membebel kat kau. Katanya hari jumaat minggu lepas aku tak tutup pintu atas dengan rapat dan kebetulan masa tu orang Shintech pemadam api datang nak tukar yang baru. Terkejut juga, aku betul-betul terlupa gila nak kunci pintu. Cik Zainal kata atas kelalaian aku, jika terjadi apa-apa atau kehilangan duit (mungkin duit makan pelatih) aku yang dipersalahkan sebab aku adalah orang yang terakhir balik. Tapi mujur tak hilang duit. siapa suruh tinggal kat bengkel kalau rasa letak kat bengkel tak terjamin keselamatan. Dan katanya lagi, masuk ni dah 2 kali dia tegur aku yang pertama pasal pintu bawah aku tak kunci betul sekarang pintu atas pula. Dan kali ketiga aku cuai lagi, dia nak bagi surat. Baik okla, pertama Ya aku mengaku cuai atas sikap lupa aku. Memang aku betul-betul tak ingat langsung pasal nak kunci ...

Membuat Projek Jahitan

Imej
Hari ni pukul 10 pagi, Miss Lai dari Sekolah Semangat Maju, Ipoh telefon. Katanya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK)akan datang Bengkel Sitiawan untuk tengok projek jahitan mesin yang dah kami buat dan mereka juga nak tengok pelatih yang buat. Ah! sudah mampus aku! Aku tanya la bila mereka nak datang?? Miss Lai sendiri tak tau bila nak datang. Dia suruh aku standby sahaja, sebab JTK ada minta alamat Bengkel Sitiawan dan nombor telefon Cik Zainal. Bila dah macam tu, mengelupurla aku. Nak ajar Solehah, dia pula cuti hari khamis baru ada. Solehah pun 1 benda aku tak ajar lagi pasal jahitan mesin ni. Nampak gayanya buat dalam minit-minit akhirla jawapnya. Harap-harap JTK datang minggu depan, sempatla aku ajar Solehah sikit. Sekarang ni pun aku dah blur tak tau nak buat apa lagi selain beg duit...Akhirnya aku buat beg tangan dari seluar terpakai. Apalagi bertungus lumus aku buat. Penah aku cari dalam internet tapi tula tak banyak kalau ada pun susah aku tak tau nak buat dan tak tau nak mula dari ...