Soalan Peribadi (Bahagian 38)
Pernahkah Anda Tinggal Di Negeri Lain? ^_^ Pernah itu pun masa belajar di KL Pernahkah Anda Memakai Pakaian Berlainan Jantina? ^_^ Pernah, masa zaman remaja boleh dikatakan aku ni tomboy jugalah. Mana taknya suka lasak-lasak. Adakah Anda Sukakan Kanak-Kanak? ^_^ Ya, sudah tentu Adakah Anda Mempunyai Kereta Sendiri? ^_^ Tidak ada, belum ada rezeki lagi Adakah Anda Menipu Dalam Perhubungan? ^_^ Ya, kadang-kadang (semasa bercinta dulu). Adakah Anda tengok Berita Atau Membaca Berita? ^_^ Dua-dua. Kalau tak sempat tengok berita semalam boleh baca surat khabar atau baca secara online. Adakah Anda Nampak Sikap Bapa Sebagai Ketua Keluarga? ^_^ Kadang-kadang Berapa Ramai Kawan Dari Sekolah Menengah Yang Masih Hubungi? ^_^ Seorang dua itu pun dalam facebook atau Whatsapp. Adakah Apa-Apa Tarikan Yang Membuatkan Seseorang Jatuh Cinta Dengan Anda? ^_^ Senyuman, seorang yang kelakar. Adakah Anda Seorang Yang Kuat Membeli-belah Atau Tidak? ...