Belajar Berkumpulan Lebih Baik Dari Belajar Sendiri
Ramai orang akan setuju yang mereka lebih suka belajar berkumpulan. Dengan belajar berkumpulan mereka boleh dapat tahu kelemahan mereka dan boleh meminta bantuan dari rakan sekumpulan. Dengan itu, mereka sama-sama maju dan ini akan meringankan beban cikgu-cikgu yang terlalu sibuk dengan kerja mereka selepas sekolah. Belajar secara berkumpulan juga membawa faedah. Dari pepatah Inggeris 'two brains are better than one' , idea akan menjadi lebih baik jika idea yang bersendirian digabungkan dan dicampur menjadi satu. Semua faedah mempunyai keburukkanya juga. Tidak semua orang akan menumpukan pelajarannya bila belajar dengan kumpulan. Sebaliknya, mereka akan berbual-bual dan niat untuk belajar sudah semakin jauh. Aku pula jenis tak kisah belajar berkumpulan boleh, belajar bersendirian pun boleh. Tapi bila aku belajar bersendirian, contoh katalah ada soalan aku tak faham baru aku akan tanya rakan-rakan aku. Dari pengalaman aku, pernah juga aku belajar berkumpulan dengan rakan-rakan ...