Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Bercuti Bersama Keluarga Di Cameron Highland

Imej
- Aku pergi bercuti ke Cameron Highland bersama keluarga. Ayah, Ibu, Shah, Aku dan Idin. Kami sampai pukul 5 petang. Kami duduk di homestay. Masuk rumah saja dah sejuk tak payah pasang kipas pun tak apa. Kebetulan kat Cameron sekarang hujan, lagilah sejuk 24 jam pakai sweater. Kalau nak mandi dalam bilik air tak payah cakaplah ibarat berendam dalam ais. Sejuuukkk gilaaa... - Keesokan paginya, kami berkemas. Kami duduk homestay pun sehari saja. Lepas tu kami terus pergi ke melawat tempat yang menarik di Cameron Highland Aku dan Shah - Kami bergambar di kebun sayur salad. Salad hijau ada, salad merah pun ada. Segar-segar semua. - Aku ke ladang Strawberi. Masa kami nak masuk dan petik strawberi, tokey strawberi tak bagi petik pula. Baru ingat nak petik sendiri :( - Pilihan dessert aku, aiskrim strawberry :P - Macam-macam makanan berasaskan strawberi kami cuba termasuk aiskrim cicah coklat, milkshake strawberi...Seperti biasa aku tak...

Malam Yang Bosan

Pukul 1.30 pagi, Hairee call aku lepas aku off  FB. Aku dah nak tidur, sibuk baru nak call bagai. Hairee tanya aku chat dengan siapa? Nampak online tapi tak balas chat dia. Aku malas nak balas chat dia sebenarnya. Hairee macam tak puas hati pasal dia nampak aku kejap online kejap offline , asyik tanya saja aku chat dengan siapa? Aku mula rimas dengan sikap curiga dia tu. Bila dia dah macam tu anginlah apa lagi, aku cakaplah online tadi pukul 11.15 malam tengok dia tak online pun. Pukul 11.45 malam, pun online lagi masih tak online akhirnya aku chat cakap kalau sibuk tak apalah terus aku offline . Malam tadi dia juga yang ajak chat kt FB pukul 11 malam. Hairee cakap dia sibuk ada banyak kerja dan tak sihat la apa la. Fed up aku! Dah tau sibuk, tak sihat gatal ajak aku chat pukul 11 malam buat apa? Pukul 12 tengah malam aku online pun sekejap pasal nak tengok dia balas chat aku ke tak, bila nampak dia balas terus aku offline . Dah jadi macam tu suka hati dia nak tuduh-tudu...

Aku Di 'Penjara'

Pagi ni aku serba salah nak mesej bagitahu si Hairee yang aku pergi kerja dan dah sampai. Aku malas gila tiap-tiap hari nak bagitahu benda yang sama, bosan. Tak bagitahu kang bising, dah bagitahu senyap pula. Ah...bagitahu sajalah, dia tak balas aku pun tak nak mesejlah apa susah. Lantaklah nak cakap apa. Pukul 10.30 pagi, elok aku layan Pirates Of The Carribbean ada panggilan pula. Sekali angkat Si Hairee call office bengkel. Dia suruh aku jawap call dia kt handfhone. Bila aku tengok handfhone ada 3 misscall dari dia, lepas tu dia call aku angkat. Dengar suara dia macam orang tengah marah. Hairee tanya, apa yang aku buat kat belakang dia beberapa hari ni? Aku nak jawap pun malas, jenuh aku cakap yang aku tak buat apa-apa. Dia dah mula nak tuduh benda yang aku dah tak buat. Hairee tanya aku, beberapa hari ni aku ada call siapa? Aku cakap tak ada. Baru aku teringat ada seorang mamat ni, mesej biasa aku. Aku mesej siapa ni? Terus mamat tu call aku. Kebetulan dalam masa yang sam...

David Guetta ft. Zara Larsson - This One's For You (UEFA E...

Imej

Ananya Birla - Meant To Be

Imej

YANG TERINDAH - ACHEY (Official Lirik Video)

Imej
Best gila lagu ni...

DJ Khaled - I'm the One ft. Justin Bieber, Quavo, Chance the Rapper, Lil...

Imej
#We The Best Music.....

Alan Walker - Faded

Imej

Hairee Cari Pasal Lagi

Pukul 9 pagi, aku mula siapkan laporan mesyuarat dan laporan tahunan sekali. Jadi pagi tadi aku betul sibuk gila. si Hairee pagi-pagi dah kacau aku. Call aku bagai. Katanya ada hal nak bagitahu, tengahari dia nak balik KL nak ambil mak dan adik dia kat airport. Diaorang sampai airport pukul 7 petang. Lepas tu katanya dia nak pinjam duit aku lagi RM 30 buat isi minyak. Aku dah agak dah. Dah tak ada kerja lain ke minta duit aku? Apa punya jantan aku pun tak taula. Buat malu jadi jantan! Aku betul-betul sibuk gila hari ni itu jam nak pinjam duitla itulah inilah. Asal call aku mengeluh duit tak cukup nak balik KL, sampai aku terpaksa kepit handphone aku pakai bahu sambil tangan menaip. Akhirnya pakai loudspeaker habis cerita. Sudahlah begitu bila call kata 'tak apalah buatla kerja tu, nanti b call balik." lepas tu letak phone. Buang masa aku angkat phone saja. Kadang dia call aku malas nak angkat. Laporan mesyuarat dan laporan tahunan aku dah siapkan. Mujur laporan tahunan ak...

Soalan Peribadi (Bahagian 34)

Adakah Anda Menganggap Diri Anda Terkenal? ^_^ Ya, tapi itu masa zaman belajar di IKM dan kolej. Sekarang tak.  Adakah Anda Memilih Membaca Buku Atau Menonton Filem? ^_^ Kedua-dua . Adakah Anda Mudah Percaya? ^_^ Ya, kadang-kadang Anda Memilih Untuk Tidur Berteman Atau Bersendirian? ^_^ Bersendirian. Baru ada privasi. Pernahkah Anda Menipu Bekas Kekasih? ^_^ Ya, pernah Adakah Anda Fikir Anda Comel? ^_^ Ya, muka babyface . Nampak muda dari usia sebenar. Ini bukan nak angkat bakul sendiri ya, kenyataan hu3x :P Apakah Daya Penarik Pada Diri Anda? ^_^ Senyuman dan m ata Adakah Anda Menganggap Diri Anda Pemalas? ^_^ Kadang-kadang Pernahkah Anda Terfikir Yang Dunia Tanpa Jam? ^_^ Tak. Tapi aku memang tak boleh hidup tanpa jam. Adakah Anda Seorang Yang Romantik? Jelaskan. ^_^ Tak kot. Biasa-biasa saja

Ke Pusat Komuniti Dan Karavan (PAKAR)

Pukul 12.30 tengah malam, aku asyik menangis tak berhenti. Bertekak dengan si Hairee tu, tak menyakitkan hati aku memang tak sahlah dia tu. Dah penat menangis baru tertidur itu oun asyik terjaga kira tidur aku tak lena. Pukul 6.45 pagi, aku dah bangun. Selepas mandi, aku tengok ada 5 call dari Hairee entah apa dia nak aku pun tak tau. Aku whatsapp dia, minta maaf pasal aku tengah mandi masa dia call. Elok lagi 5 minit aku nak keluar pergi kerja Hairee call aku, dia tanya kenapa aku menangis. Aku cakap petang nanti whatsapp nak cakap sekarang tak sempat aku nak pergi kerja dah. Bulan ni giliran aku pula meniaga dia tapak karavan. Dah nak masuk bulan 10 dah pun tak payah buat jualanlah. Semalam baru teringat patut minggu ni jualan amal kt depan bengkel tak teringat pula, lupa memanjang seorang pun tak ingatkan aku. Aku sampai kat karavan tepat pukul 7.45 pagi, orang tua tu aku tengok tengah kemas atas meja susun barang. Untuk sarapan, ada 1 kedai makan ni belanja makan capati. Oran...

~Hairee Dah Sampai KL~

Hairee tanya aku, kenapa dp whatsapp aku tak ada gambar? Bila pula tak ada gambar, ada saja. Katanya tak ada pun. Aku dah letak gambar dah. Hairee tanya bila? Aku baru nak on whatsapp . Hairee kata nanti buat. Katanya lagi, dia membuta saja kat rumah hari ni letih punya pasal. Aku dah agak dah. Esok dia ada meeting sebab tu tidur. Sempat menguap mengeliat depan aku, buruk betul peel. Aku tanya dia, dah tidur tu tak mandi ke? Hairee kata, dia tak mandi lagi bujang lagi tak apalah. Dia betul² mengantuk dan letih hari ni. Letihnya apa naik flight , turun flight jalan terus mana datang letihnya. Hairee tanya dah makan ke? Aku cakap dah pagi tadi. Hairee tanya lagi, tengahari ni, tak makan? Aku tak makan lagi tengahari sebab pagi dah makan. Katanya, kalau dia pagi dah makan tengahari kena makan lagi. Kalau tengahari dah makan, malam pun mesti kena makan. Hairee memang, kuat melantak...kuat membuta dan paling penting kuat main. Katanya lagi, pagi kena makan tapi sikit sajalah, tengahari m...

~Belanja Pun Boleh Lupa Barang~

Hairee bagitahu banyak kerja dia tak setel lagi. Surat pun tak siap lagi. Tak taulah aku surat apa. Aku tanya mula minggu ni sampai hujung tahun dah mula sibuk lah? Hairee kata itu yang semalam punya dia tak sempat nak tuntut tu? Siot😂Bengonglah boyfriend aku ni. Hairee gelak saja. Benda itu saja yang dia ingat. Katanya, dia tak minta lah. Kalau dia minta dah lama dia nak, aku ingat dia nak benda tu saja ke? Katanya lagi, kalau aku naik bendera aku tak boleh kacau betul tak. Sebab tu aku naik bendera dia tak kacau. Aku tanya dia kat mana? Macam kat luar saja. Hairee kata dia memang kat luar sebab ada kawan turunkan dia jadi jalan kaki lah. Hairee pergi beli biskut. Aku perli ai semalam pergi Aeon tak beli ke biskutnya? Katanya, lupa beli biskut semalam. Dah aku pesan semalam listkan barang, senang tak adalah lupa. Katanya lagi, tak pandai nak listkan barang lah. Aku kata kalau nak main ingat kena betul-betul ingatlah apa barang nak dibeli. Tapi pada aku lagi senang listkan barang. Hai...

~Hairee Dapat Kesan Sam~

Hairee call aku lagi tanya aku jadi tak? Katanya dia kerja semalam dan kata aku saja bagi alasan sibuk semalam. Dah memang betul aku sibuk, tolong ibu memasak dan basuh baju. Katanya lagi, terus lupalah apa yang dia tuntut semalam siap gelak-gelak dianya. Janji nk kongkek reti pula bertuntut, hutang yang aku tuntut tak nak pula tunaikan. Macam sampah peel!😡 Aku ni nak menjahit pun tak sempat, lepas tu terus tidur pasal mengantuk sangat dah. Malam ni pun nak melipat baju pula, masak tak kot pasal semalam dah masak. Hairee cakap hari ni mungkin dia balik lambat. Aku tanya kerja malam ke? Katanya, kerja pagi. Balik mungkin dalam pukul 8 atau 9 malam. Hairee mengeluh depan aku letih katanya. Kerja manalah tak letih. Katanya lagi, yang tuntut tu of course tak pernah dia lupa😒. Aku pura-pura lupa tanya yang mana satu? Katanya, nanti dia akan bagitahu. Aku kata tak payahlah bagitahu lupakan sajalah😀. Aku tak nak melayan nafsu buas dia tu. Katanya lagi, promise is promise right ? Bila mas...

~Cari Barang Ke Cari Kawan?~

Imej
Hairee call aku balik, dah jumpa kakak angkat dia. Katanya, kakak angkat terkejut tengok dia, cakap dia makin besar😂😂. Aku gelakkan dia. Kakak angkat kata dia makin gemuk. Katanya lagi, dia jumpa kakak angkat dia bukan nak kena kutuk tapi dah lama tak jumpa. Hairee kata kakak angkat dia belum kahwin lagi dah kenal, maknanya dah lama kenal dalam 10 tahun. Katanya, suami kakak angkat dia tu bestfriend dia juga. Katanya lagi, itu yang terjumpa balik dan boleh kakak angkat dia cakap dia dah besar. Rasa terhina dianya. Itulah aku suruh diet tak mau, tau nak melantak macam gajah busung😂😆. Hairee kata dia tengah diet dan nak cari kawan₂dia kat Aeon katanya ramai kawan₂ dia. Kebanyakan kawan₂ dia dah pindah yang kena transfer , ramai kawan₂ dia datang sini jadi dia nak cari lah. Sorang pun dia tak jumpa lagi, cuma jumpa dengan kakak angkat dia itu pun kat dalam kedai Popular. Aku tanya dah tu tak singgah pula rumah kakak angkat? Katanya, tak nak nanti₂lah. Tak bertugas ni berjalan sajalah...

~Hairee Shopping Di Aeon~

Hairee call tanya aku kat mana? Aku cakap kat luar. Dia tanya lagi kat mana? Aku cakap lagi kat luar. Aku tau selagi tak puas hati aku kat mana selagi tu dia menyoal aku. Aku cakap la kat cyber cafe, katanya dia kat Aeon. Eloklah aku baru balik dari sana😅  Dia pulak baru sampai. Katanya lagi dia nak beli barang dapur, beli sikit₂ dia nya pula duduk sorang saja. Hairee tanya aku pergi cyber cafe buat apa? Download lagu? Aku cakap tak adalah download movie. Hairee cakap nanti dia nak cari cyber cafe mana aku pergi, lepas tu nak letak 1 sticker 'muka ni jangan bagi masuk dah'😆😅. Tak nak aku. Katanya, membazir saja. Aku pergi cyber cafe bukan download movie dan lagu saja, kadang₂ buat kerja. Hairee mengusik aku lagi, yela tu buat kerja lebihkan download lagu dari buat kerja. Katanya lagi, dia rasa macam malas nak keluar tapi barang dapur dia dah habis terpaksa kena keluar. Aku tanya banyak ke barang nak dibeli? Katanya, banyak juga beras, gula, tepung, minyak semua dah habis. Ak...

~Hairee Call Lagi~

Hairee call lagi, aku baru nak angkat call tiba-tibe handfon nak terjatuh cuak aku, sampai termelatah. Hairee dah gelakkan aku. Katanya dah siap mandi, dia mandi express , main terjun lepas tu naik balik. Katanya lagi ada istilah orang zaman dulu-dulu, mandi kerbau ke? Mandi kerbau tu guling-guling, lepas tu naik. Tergelak aku dengar :D. Hairee mula cerita, masa dia zaman dia kadet lagi dan dia tanya aku tau tak macam mana cara dia mandi dulu? Katanya, ikut macam style Allahyarham P.Ramlee pun ada. Ya Allah patutlah busuk, saja aku nak menyakat dia. Katanya lagi itu dulu, mana taknya tidur pukul 12 tengah malam lepas tu bangun nak pukul 4, 5 pagi, gila ke apa? 6 bulan tidur kat situ. Sampai mata dia, kalau berdiri sebelah panda sama saja kembar, adik beradik seiras dah cuma lain bapa saja ha5x :D. Hairee kata, dulu badan dia kurus gila dulu, cengkung. Hairee tanya aku, pernah tak tengok badan dia masa umur 18 tahun? Mana aku pernah tengok. Katanya, kat Tagged banyak gambar-gambar ...

~Hari Malas Boyfriend Aku~

Hairee call aku, mengadu lapar. Katanya perut dia dahlah macam perut gajah hahahahaha. Asyik nak makan saja memanjang. Aku tanya macam mana nak kurus kalau asyik nak makan saja. Katanya lagi no comment , dia pun malas nak cakap dah. Sabar saja aku kata. Hairee cakap dia memang dah tak boleh nak kurus nak buat macam mana. Aku suruh dia diet. Katanya susah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih adoi rungsing aku. Dia suka makan susah lah. Katanya lagi makanan adalah yang paling sedap. Kalau aku tolak makanan maknanya aku tolak rezekilah katanya. Memang lah tolak rezeki tapi kesihatan tu kenalah jaga juga. Hairee cakap dia makan pun bukannya sampai nak mati, cuma makan dalam kuantiti yang tak banyak. Katanya dia tengah berjalan, nanti tengah sedap berborak kena sambut dengan kereta pula. Keluar paper esok budak mati kena langgar pasal main telefon hahahahaha bengong boyfriend aku ni. Katanya lagi hari ni tak ada buat apa-apa dan tak ada pergi mana-mana hanya duduk kat kerusi saja. Aku ...