Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2021

~Parcel Aku Damage~

Pukul 12 tengahari, pihak JnT call aku suruh datang ambil parcel (novel) sebelum pukul 6 petang. Aku tanya JnT mana? Samudera ke Sitiawan? Pihak JnT kata kat Sitiawan. Aku terus bersiap dah alang2 nak beli makan tengahari sekali. Baru nak bagitahu ibu yang aku nak keluar sekejap, ibu kata nak ajak aku keluar beli barang dapur. Aku bagitahu ibu pasal pihak JnT call tadi. Ibu tanya kenapa JnT tak hantar terus ke rumah? Selalu hantar tak payah datang JnT. Aku call balik pihak JnT, katanya suruh datang sebab nak minta check parcel damage . Pukul 1 tengahari, baru aku dan ibu keluar pergi Bank Rakyat dulu lepas tu baru pergi JnT Sitiawan. Aku tanya pasal parcel aku kat kaunter. Kerani JnT minta tracking number dan katanya parcel aku bukan kat sini tapi kat area Econsave Sitiawan (JnT bahagian penghantaran). Aku tanya dia arah jalan nak ke sana macam mana. Lepas kerani JnT bagi arah jalan nak ke sana terus aku pergi kat Ibu dan bagitahu. Nasib aku baik ibu tau tempat JnT tu kat mana. Se...