Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Panas Hati Dengan Ini Makhluk!

Pagi,En.Munisamy datang bengkel lagi. Dia nak tengok bank in slip. Dia ada sebut pasal yuran terbaru utnuk tahun 2016, aku pun bagitahulah apa yang patut. Yang aku panas hati, aku ada tunjuk surat yang di hantar PAFID pasal yuran baru. Dia tanya "ni yuran apa?" Aku cakaplah "yuran makan". Lepas tu, dia kata "bengkel mana ada kutip duit makan masuk dalam akaun bengkel. Ini duit yuran lain ni. Kita kutip yuran berapa? Aku jawap "RM 60". Dia macam tak puas hati tau, siap perli kata aku kerja dah lama tapi masih tak tahu lagi hal yuranlah, surat yang diterima dalam bahasa melayu takkan tak faham jadi macam mana nak terangkan pada ibubapa untuk mesyuarat esok? Dia fikir aku tak tahu dan tak faham apa yang diterangkan dalam surat tu. Dia nak cakap dengan En Zainal, dia masih cuti lagi. Bengang gila aku dengan kaki skandal ni!! Lepas tu dia suruh aku telefon bengkel ipoh dan taiping tanya mereka pasal surat yuran tu. Aku baca balik tau surat tu dah terang-t...

Layan Cerita Ip Man 3

Sebelum pergi kerja, aku pesan dengan ayah tak payah belikan makanan sebab hari ni aku nak makan kat Aeon lepas tu boleh terus pergi tengok wayang. Dah 2 hari berturut-turut ayah belikan makanan dan temankan aku di bengkel walaupun tak sampai setengah jam. Risaukan aku seorang diri di bengkel. Sempat aku main game online. Tengah sedap main game online, En Zainal pula datang. Potong betul! Dia bagi aku cek yang En. Munisamy bagi katanya bank tak terima sebab ada kesalahan kat cek tu. Bila aku tengok rupanya salah kat perkataan harga. Kebetulan dia pula, nak buat kerja print akaun makanan. Semalam dia ada suruh aku buat agenda untuk mesyuarat tergempar PIBG pada tahun baru nanti. En. Imran semalam bersetuju nak buat mesyuarat untuk membincangkan kenaikan yuran pada tahun 2016 yang bakal tiba. Pukul 11 pagi, ibubapa pelatih baru datang pula bincangkan soal kemasukan anak lelaki dia, Syafiq Idzham. Masa En. Zainal berbincang dengan ibubapa pelatih sempat lagi aku sambung main game online ...

Bincang Soal Yuran Makan 2016

En. Zainal datang hari ni. Elok aku datang kerja tak sampai 5 minit dia pula datang. Datang awal sangat, macam dah tak menyabor. Sudahlah aku sibuk nak print memo yuran dan payslip gaji pelatih. Mujur aku dah siapkan semalam, kalau tak dah satu hal pula. Aku ada tanya kenapa bahagian belakang ni bersepah? Tak dijawab pula orang tua tu. Lepas tu, aku ada panggil dia nak bagi surat yuran makan yang aku terima semalam pun buat tak dijawabnya. Aik! baru cuti 4 hari dah pekak ke?! Cuba aku yang 'pekak', mau 1 dunia nak diruntuhkannya. Stress betul aku dengan orang tua ni! Bila dah macam tu terpaksa aku bagi sendiri secara formal. Lepas tu, baru kami berbincang soal isu yuran makan yang terbaru. En. Zainal kata duit makan tak masuk dalam akaun bengkel sebab makan tak masak sini hanya pakai katering. Jadi pendapat dia, mungkin kos penyelenggaraan dan kenderaan yang kena naik. Dan duit yuran makan pun kena naik juga dari RM 60 ke RM 65. Pasal sekarang nasi dan lauk sehari RM 3 memang ...

Suasana Baru

Terasa macam baru semalam aku bercuti, tak sangka kena kerja balik. Tapi bosan juga, aku dah habis cuti giliran En. Zainal pula habiskan cuti tahunan dan pelatih pun masih dalam bercuti lagi maka aku sendirianlah di bengkel. Pukul 9 pagi, ayah datang dengan Shah belikan aku makanan. Selamat duit aku tak payah bersusah payah makan kat luar. Megat pula datang, orang bercuti dia dah mula datang kerja. Sudahnya aku suruh dia balik, minggu depan mula kerja. Masa nilah aku goyang kaki dibengkel dan main game online. Oh ya! kedudukan dan suasana bengkel dah BERUBAH! Aku tau En. Zainal dah bersusah payah mengubahsuaikan tempat. Ada yang aku memuaskan hati dan ada yang tak memuaskan hati hati aku. Yang memuaskan hati aku adalah kedudukan meja dah ok, sudut bundle pun dah cantik 4 bintang aku bagi:P Yang tak memuaskan hati aku, bahagian belakang bersepah gila dan tak teratur. Sakit mata pula aku tengok. Sampai 'cash book' dan buku kehadiran pelatih pun aku hampir tak jumpa. sampai macam...

Sepanjang Menghabiskan Cuti Tahun

Hurmmm...sepanjang aku menghabiskan cuti tahunan tak banyak aktiviti pun dibuat selain setiap petang dan malam aku berlatih naik motor biru ayah untuk persediaan 'test' motor 5 Januari nanti. Sebenarnya aku dah aturkan jadual semasa aku cuti. Pada 18 Disember - 20 Disember aku main game. Pada 21 Disember - 23 Disember, kemas bilik (tertangguh sejak minggu pertama habiskan cuti tahunan). Dan 24 Disember - 27 Disember, siapkan jahitan crosstitch. Tapi itu...apa yang aku jadualkan dah jadi lain pula. Pada 18 Disember, aku ke siber kafe nak bank in duit peruntukan pelatih. Tengok! aku pekerja yang rajin cuti-cuti pun sempat nak buat kerja bengkel chewah:P Pada 19 Disember, aku basuh motor skuter kesayangan. Kesian dia dah berapa bulan tak mandikan dia. Kemas bilik, ada kemas tapi hanya sempat 2 hari sebab tak tahan habuk. Sudahlah begitu, bila kemas kat diari-diari lama dan gambar aku semasa kecil sampailah ke zaman belajar di Universiti mula nak belek dan baca (konon nak kembalik...

Layan Diri Di Musim Cuti

Pukul 2 petang, aku dan ayah pergi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyelesaikan masalah BR1M 2016. Semalam aku dapat surat mengatakan yang kena buat permohonan baru sedangkan minggu lepas aku dah kemaskini secara online. Adik aku yang nombor 2 pun dapat surat yang sama. Adik aku yang bongsu sahaja belum dapat surat. Sampai di LHDN, fuh! ramai gila orang datang. Bersesak-sesak bagai. Beratur pun sampai luar terkeluar dari pintu masuk. Aku pun beraturlah, nak buat macam mana. Entah macam mana ayah panggil aku di kesesakan orang ramai. Aku pun pergilah, ayah terus tanya pasal kes aku dan adik aku dapat surat. Kakitangan tu tolong periksakan. Alhamdulillah, kakitangan tu kata aku dan adik aku punya dah kemaskini dan tak ada masalah. Tak payah nak mohon-mohon lagi. Tanpa buang masa, aku dan ayah terus balik. Tak tahan aku. Aku pelik kenapa mereka ni tak kemaskini atau daftar secara online sahaja kan senang. Kata ayah, tak semua orang ada komputer nak buat online. Aih! entahlah. Pu...

Dia Rupanya....

Tengahari tengok syok aku layan movie kat komputer bengkel, ada orang datang pula. Mujur aku pakai anak tudung. Ada 2 orang perempuan datang, nak jumpa En. Zainal. Aku pun sarunglah tudung, panggil En. Zainal. Bila En. Zainal jumpa, mereka terus duduk bersembang. Rupa-rupa itulah Puan Hayati datang nak jemput kami dari bengkel untuk menghadiri perkahwinan anak sulungnya yang pertama bulan 1 tahun depan. Pada mulanya Puan Hayati bagi 2 kad jemputan satu aku punya dan satu En. Zainal punya. Lepas tu dia suruh kami jemput pelatih bengkel sekali. En. Zainal minta kad jemputan untuk pelatih. Yalah takkan nak cakap pakai mulut sahaja, nanti apa kata ibubapa pelatih pula kan. Masa En. Zainal dan Puan Hayati bersembang, aku ada terpandang teman Puan Hati lagi seorang tu. Aku pun tengoklah dia. Aik! Apasal aku macam kenal sahaja. OMG! Anisa ke?! Bekas kawan rapat 1 sekolah. Aku fikir mak cik manalah tadi. Baru aku perasan, sebab tadi pun aku lebih banyak pandang Puan Hayati. Masa datang tadi t...

Latihan Memandu Motorsikal

Pukul 8 pagi, aku pergi sekolah memandu untuk jalani latihan memandu motorsikal. Mula-mula, tenaga pengajar bagi sedikit penerangan. Sebelum tu, aku diberi kertas untuk di baca dan ketika ujian dengan JPJ kertas tu kena bawa sekali. Selepas penerangan, tenaga pengajar tu minta 5 orang dulu untuk di ajar tapi yang aku tengok 10 orang sekaligus. Lain suruh lain jadinya. Tinggal aku terkontang-kanting. Ayah suruh aku ambil motor satu. Masa nak hidupkan tulah sakit, sudahlah motornya berat. 2x ganda lagi berat dari skuter aku. Dah hidupkan enjin, aku mula jalankan motor dan buat latihan. Tenaga pengajar dah mengajar pelatih sampai laluan angka 8, aku baru naik atas titi. Tak guna betul! Dahlah aku seorang sahaja perempuan. Buat bodoh sahajalah. Sampai kat atas jalan raya (dalam sekolah memandu) baru dapat ikut tenaga pengajar dan pelatih yang lain. Lepas tenaga pengajar dah ajar, dia suruh kami buat latihan di mana kena buat selama 9 1/2 jam . Pusingan ke 2, aku tengok orang depan aku mac...

Sedih Tak Dapat Pergi Jalan

Petang hujan turun lebat, ayah dan Shah terpaksa tunggu sampai hujan reda baru balik. Ayah ada beritahu aku yang Sabtu ni kena datang ke sekolah memandu untuk latihan. Kata hari Sabtu pergi Selangor. Ayah aku kata tak jadi, hari ahad baru pergi. Apalagi tension juga aku. Cakap ayah aku ni selalunya tak betul, kejap cakap macam ni kejap cakap macam tu. Hari tu beria cakap dengan aku, hari Sabtu pergi Selangor rumah bapa saudara tidur kat sana seharilah apalah. Sudahlah aku cuti seminggu tak keluar berjalan langsung. Duduk terperuk dalam rumah dan pergi sekolah memandu. Kalau tak kerana lesen aku dah mati hari tu dah lama aku berjalan sampai tak ingat jalan nak ke rumah. Hujan makin lebat. Aku pun makin malas nak berborak dengan ayah aku ni. Cakap pun tak guna, baik aku diamkan sahaja. Bila hujan dah reda ayah aku tanya "Tak nak balik ke? hujan dah berhenti." Aku cakap nak pergi makan dulu dah lapar sangat. Ayah aku ajak makan kat Padang Tembak, Lumut. Nak pergi lumut naik mot...

Ulangan Ujian Berkomputer

Dah 3 hari berturut-turut aku pulun mengulangkaji buku undang-undang. Gagal juga aku tak taulah nak cakap. Sebelum pergi kerja pukul 8.15 pagi, aku singgah pergi sekolah memandu nak beritahu yang aku nak ambil ujian ulangan. Apek kaunter tu pula suruh pergi MyEg bayar kat sana kalau nak buat ulangan. Pulak! kejap bayar sini kejap bayar sana. Akhirnya aku pergi bengkel terus. Hari ni aku mula bekerja, En. Zainal pula ada hal hantar anak dia pergi temuduga kat Perlabuhan Lumut. En Zainal kata kemungkinan En. Munisamy datang. Sementara tu aku ulangkaji untuk ujian ulang berkomputer. Pukul 10 pagi, En. Munisamy datang. Macam biasalah dia tu menyembang dengan aku bukan main lagi. Dia ada aku pasal gaji, aku pun bukalah cerita yang aku dah berapa bulan tak dapat slip gaji minta Ipoh tak bagi-bagi lagi pun. En. Muni dah mula bising, bukan bising kat aku bising kat akauntan SSM, Ipoh, Miss Lai. Lepas tu bab kupon hilang masa Jumble Sale hari tu pula. En. Muni kata dia dapat tahu yang aku tak ...

Datang Bengkel Lagi

Pukul 10 pagi aku datang bengkel lagi nak bagi slip gaji kat En. Zainal yang di emailkan oleh SSM, Ipoh. Minta tolong ayah hantarkan dia ada temujanji kat hospital pula. Sampai bengkel, beri slip gaji kat En. Zainal. Sempat jumpa Teoh Pei Ji, asyik berjalan sahaja macam orang tak ada kerja. Naik atas jumpa budak atas berborak sekejap. En. Zainal ada tanya aku "Cuti tak pergi mana-mana ke? Takkan duduk rumah sahaja?" Haih! kalau tak kerana lesen aku dah tamat tempoh dah lama aku merayap sana sini. Ini pun aku berani mati datang bengkel dengan lesen dah mati lagi. Cuti aku banyak habiskan kat sekolah memandu sahaja. Hari tu ayah aku kata nak pergi Selangor rumah bapa saudara hari Sabtu, itu pun orang tua tu suruh aku pergi sekolah memandu mujur juga tak jadi pergi. Sebelum balik aku pergi Restoran Wau Bulan beli nasi dah lapar sangat. Ingat nak belikan untuk Shah nanti beli takut ayah dah belikan pula. Membazir sahaja. 

Ujian berkomputer KPP 01 Dan Datang Bengkel

Pukul 8 pagi aku pergi MyEG kat Sitiawan untuk menghadiri ujian berkomputer. Fuh! berdebar-debar nak ambil ujian memandu. Masa sampai aku pergi kat kaunter ada amoi kaunter minta IC aku dan tanya "Dah beritahu sekolah memandu ke yang kata nak amik ujian hari ni?". Aku jawaplah "Tak ada tapi sekolah ada beritahu yang ahad boleh ambil ujian memandu.". Amoi tu suruh aku pergi sekolah memandu dulu beritahu yang aku nak ambil ujian berkomputer hari ni. Dah 1 hal pula. Aku telefon ayah dan ayah suruh aku pergi sekolah memandu tu tanya apek kaunter pula. Sampai sahaja sekolah memandu ramai betul orang belajar memandu pagi-pagi nak letak motor pun susah tak ada parking. Dekat apek kaunter tu aku bayar RM 18 untuk ambil ujian berkomputer sekali beritahu nak ambil hari ini. Selesai sahaja, terus patah balik pergi sana. Barulah aku boleh ambil ujian berkomputer. Pergh! terasa macam susahlah pula. Apa yang aku baca dalam buku tak masuk dalam ujian lepas tu soalan tak ada dalam...

Ceramah KPP Untuk Lesen Motor

Tak sempat sarapan kedai yang nak pergi semalam tutup baru teringat ini kan hari Ahad. Terus pergi Institut Sekolah Memandu, Manjug. Orang dah mula beratur untuk daftar. Masa aku beratur untuk daftar aku dengar ceramah mula pukul 9 pagi pula. Sempatlah kalau nak sarapan kat luar. Selesai daftar, ayah ajak makan dekat Medan Selera, Manjung. Pukul 8.40 pagi aku gerak pergi ISMM balik. Sampai ceramah nak bermula, orang pun dah ramai masuk. Sebelum bermula ceramah, si penceramah suruh isi borang. Alamak! tak bawa penlah pula. Aku pinjam kat budak perempuan pen. Buat muka tak malu sahajalah nak buat macam mana. Siap semua, penceramah panggil nama untuk kedatangan pula. Lepas tu baru mula ceramah. Baguslah si penceramah tu berbangsa india fasih bahasa melayu pula tu tak ada langsung slang india. Ceramah dia pun best, ada buat lawak juga. Tak adalah mengntuk sangat. Pukul 10.45 pagi, waktu rehat sampai 11 pagi. Aku malas nak keluar duduk dalam kelas sahaja dengan budak perempuan yang lain. P...

Ke Institut Sekolah Memandu Manjung

Kali ni aku nekad apa jadi jadilah. Aku nak belajar bawa motor sampai dapat lesen. Pukul 8 pagi, singgah bank Public kejap cucuk duit. Lepas tu sarapan kat kedai makan tepi jalan. Kata ayah esok pagi pergi rumah Pak Itam, bapa saudara aku. Adik saudara aku, Ehsan nak bertunang bulan 12 nanti. Dapat budak kedah patut hari tu ajak pergi Perlis. 21/12 - 23/12 pergi Selangor lepas tu 24/ 12 dan 26/12 pergi Perlis mungkin pergi saing dengan Pak Itam. Eloklah tu aku pun hujung bulan 12 ambil cuti tahun untuk yang terakhir. Aku mula cuti 18/12 - 26/12. Pukul 8.30 pagi, pergi Institut Sekolah Memandu, Manjung. Jumpa apek yang jaga kaunter. Apek tu kata kes aku kena buat balik lesen bayar RM 300, esok kena datang ceramah KPP selama 6 jam. Lepas siap pesan kena beli buku KPP RM 10 dan hari selasa minggu depan ambil ujian berkomputer pula. Dia minta kad pengenalan aku cop jari bagai. Buku boleh ambil esok dan ceramah pukul 8 pagi. Lepas tu terus balik, nampaknya esok tak dapatlah aku ikut ayah p...

Memperbaharui Lesen Di JPJ Manjung

Pukul 9 pagi, aku ke JPJ Manjung nak memperbaharui lesen motor. Esok dah tamat tempoh. Aku pergi sendiri. Sampai sahaja JPJ Manjung, komputer bermasalah pula sistem down. Masa macam inilah nak buat hal. Ramai yang menunggu terus balik. Aku ingat nak tunggu tapi bila dengar pak cik jaga tu kata "tak tahu bila boleh elok, kena tunggulah". Bila dia cakap macam tu, aku balik sahajalah dulu petang karang baru datang balik. Nombor giliran dah ambil. Aku dah mula susah hati dibuatnya petang tak elok juga, macam mana? Esok dah tamat tempoh. Nak cakap dengan ayah, aku takut nanti orang tua tu bising. Nak tak nak kalau tak boleh juga esok pagi sahajalah nampaknya. Sampai rumah aku sambung main game sekejap. Pukul 3 petang, aku pergi JPJ, Manjung balik. pak cik jaga tu pelik tengok aku datang balik tadi pagi ada. Aku tanya pak cik jaga tu bila dah eloknya? Pak cik jaga tu kata elok aku balik dah elok pun. Ya ya sahaja pak cik jaga ni. Jarak nombor giliran aku jauh gila. Mana taknya or...

Sesi Mengemas Bundle Lagi!

Sebelum buat kerja mengemas, aku buat kerja bengkel sekejap. Ayah pula datang tengok pakaian kat bundle. Tengah aku buat kerja, si Solehah marah Khairunnisa sebab dia nak buat kerja straw yang Iskandar tengah buat. Apalagi melalaklah si Khairunnisa tu. Kuat pula tu melalak, terkejut aku. Tak pernah-pernah dia melalak kuat macam tu. Pada mulanya aku tengok dan diam sahaja, kali kedua dia melalak aku anginlah bising kat dia. Umur dah 26 melalak macam budak 6 tahun, geram betul aku! Lantaklah ayah nak tengok ke apa. Semalam aku dah cakap semua pelatih perempuan tak payah buat kerja tolong aku mengemas. Pukul 9.15 pagi, aku sambung buat kerja bahagian pakaian bundle. Solehah dan Husna sambung letak tanda harga entah bila nak sudah aku pun tak tahu 3, 4 minggu tak siap-siap lagi. Wan Liyana dan Tan Jee Suan aku suruh mereka lipat pamplet bengkel yang aku fotostat hari isnin. Teoh Pei Ji dan Khairunnisa tolong aku bahagian mengemas pakaian bundle. Aku sambung buat bahagian pakaian lelaki pu...

Selesaikan Kerja Sebelum Bercuti

Pukul 9.30 pagi, Zila datang dengan Husna. Hari ni Husna kena pergi temuduga kat KFC, Sitiawan jawatan pembantu. Aku ada tanya kenapa Husna berhenti kerja kat Butik Aweenda. Katanya, kerja tu tak mencabar duduk sahaja bagi pamplet kat pelanggan itu yang Husna pun bosan. Yang En. Zainal pula tak beritahu aku langsung pasal Husna berhenti kerja, aku dapat tahu pun ayah yang beritahu. Itu yang aku tanya Zila. Nak tunggu orang tua tu bercakap sampai ke sudah aku tak tahulah jawapnya. Sempat Zila beli novel yang aku sedekah kat bengkel. Sebelum En Zainal bergerak pergi, dia lupa nak beritahu aku yang Jabatan Tenaga Kerja ada telefon mereka nak buat pemeriksaan dalam masa terdekat ni pasal projek jahitan pakai mesin tu. Ah! sudah beritahu saat-saat akhir, dahlah aku tak buat projek tu. Nak buat tak ada masa, nak suruh Solehah buat dia pun nak kena siapkan kotak tisu crosstitch lagi. Sudahlah mak Ngooi Yong Chiang nak kotak tisu crosstitch . Masalah betullah! Ingatkan sekali sahaja buat pem...

Sesi Mengemas Bundle

Hari ni aku nak mengemas bahagian bundle ganti hari jumaat minggu lepas. Minggu lepas aku memang bajet nak mengemas tapi hujan lebat pula tak jadilah dengan En Zainal datang bengkel dan kerja-kerja lagi. Pelatih perempuan aku tak bagi buat kerja aku minta mereka tolong aku. Solehah dan Tan Jee Suan sambung letak harga kat kraftangan. Khairunnisa dan Wan Liyana tolong aku kat bahagian pakaian bundle. Aku nak mengasingkan baju ikut jenis. Mana yang buruk dan koyak aku buang terus tak banyak cakap. Pada mulanya aku suruh Khairunnisa dan Wan Liyana lipat seluar kat rak seluar, tengok mereka buat kerja pun aku sakit hati mana taknya terdemut-demut buat kerja! Lain suruh lain buat, sampai ke sudah tak siap nanti. Masa rehat pukul 10 pagi, sempat aku main game sekejap sementara tunggu pelatih perempuan habis makan. Aku buat kerja mengemas sampai pukul 12 tengahari. Letih wei! Masa balik, aku balik awal pagi tadi dah minta izin dengan En Zainal nak balik awal sebab nak buat bank in internet. ...

Ke Kenduri Kahwin Anak En Zainal Dan Ke Teluk Intan

Aku datang ke bengkel macam hari-hari biasa 8.30 pagi. Pukul 12 tengahari aku balik. Sampai rumah terus aku bersiap untuk ke kenduri kahwin anak En Zainal di Taman Mas, Kg Koh Sitiawan. Pukul 1 tengahari gerak ke sana. En Zainal buat kenduri betul-betul berdepan dengan surau. Nama surau tu Surau Nurul Hasanah. Macam tak ramai orang. Masa nak letak kereta terserempak dengan Marina. Dia tak perasan aku. Sebelum jumpa tuan rumah, ayah pergi solat dulu kat surau waktu zohor dah masuk. Aku dan Shah terpaksalah tunggu kat luar dulu. Entah macam mana Zila perasan, di panggilnya aku. Tak sangka aku dia ada kat situ. Bersembang kejap dengan dia. Kata Zila, si Husna dapat tawaran kerja kat KFC, Sitiawan dan hari rabu minggu depan temuduga pihak JKM yang tolong carikan. Aku tanya Zila, Husna mana? Nak juga jumpa dia kejap dan mak dia sekali nak bagi duit dan bersalaman. Rupanya mak dia dan Husna ada betul-betul kat khemah depan Sekolah Agama Nurul Hasanah. Masa nak ke sanalah terserempak lagi de...

Hari Kebebasan 2 : Hujan Dan Kerja

Hujan lebat gila hari ni. Aku pergi kerja lambatlah jawapnya dan mujur kat bengkel tak ada sesiapa. Semua pakat cuti. Aku bajet nak redah sahaja pergi kerja tapi memikirkan risau motor aku buat hal masa hujan susah juga aku nanti. Sebab sebelum ni dah 2 kali kena. Aku pun tunggu sahajalah sampai hujan reda sikit, sempat main game sekejap. Ayah ajak naik kereta nak hantarkan aku cakap tak nak aku lebih senang pergi sendiri. Pukul 8.45 pagi, ayah panggil aku lagi nak hantarkan aku juga aku pergi bengkel. Haih! nampaknya tak dapatlah aku balik lambat macam semalam. Suwey betullah. Sebelum hantar aku, ayah ajak sarapan kat tempat biasa Taman Samudera. Dah tu Shah pula makan lambat, yang aku ni dah lambat nak ke bengkel. Tu sebab aku malas nak suruh ayah hantarkan nanti mulalah perangai mengada-ngada Shah tu datang. Lepas sarapan, terus pergi bengkel. Sampai sahaja bengkel aku nampak En Zainal. Hai cuti-cuti pun sempat datang bengkel ke? Rupa-rupanya datang semata-mata nak hantar borang ba...

'Pelanggan' Yang Menjengkelkan

Pagi-pagi tengah syok layan game online datang pula pelanggan tengok-tengok kat bahagian pakaian bundle. Pelanggan mak nyah pulak tu 3 orang. Datang-datang sahaja gelak-gelak, menggedik tak tentu hala. Pakaian tak payah cakaplah. Aku nak main game pun terbantut. Pukul 3.30 petang pula, ada seorang lelaki melayu datang minta bantuan. Katanya dia baru kemalangan, beg pakaian, I/C dan lesen dia hilang. Nak buat baru kena RM 80, dia pula tak ada duit dan dia baru jalan-jalan minta siapa-siapa bantu. Siap nak tunjuk surat report lagi. Jadi dia minta tolong aku 'topup'kan dia. Yang ini lagi buat aku tak senang duduk dan susah hati. Entah betul ke tidak mamat ni. Sudahlah aku seorang sahaja dalam bengkel jadi apa-apa nanti susah juga. aku cakaplah yang aku tak ada duit dan perlukan bantuan juga sebab ini pusat orang cacat. Lepas tu, mamat tu minta seluar pula. Aku suruh dia ambik kat tingkat seluar. Sudahlah nak seluar percuma, nak cuba seluar slumber badak tukar depan aku. Cantiiii...

Hari Kebebasanku

Aku bangun lewat sikit. Hari ni En. Zainal cuti. Pelatih pun cuti. Itupun pukul 9 pagi, Pei Ji dan Tan Jee Suan datang. Aku suruh mereka balik kebetulan bapa mereka pun belum balik lagi. Datang bengkel pun sempoi sahaja dengan t-shirt, seluar track dan kasut, malas nak kasual-kasual. Sampai bengkel sahaja terus buka laptop main game online ( Snail Bob Games ). Tengah seronok main game budak perempuan yang selalu beli baju bundle datang pula, tak senang duduk betul. Selang beberapa minit, ada orang telefon tanya pasal bengkel rupa-rupanya dia nak borang untuk daftar anaknya ke bengkel. Aku pun cerita serba sedikit pasal bengkel. Masa rehat pula, aku keluar pergi Econsave kejap beli barang. Bengkel aku tutup. Sebelum tu aku pergi makan dulu kat Strawberry Cafe. Dalam setengah jam, baru balik ke bengkel. Macam biasa masa rehat aku menonton DVD, cerita ' Paranormal Activity 4 '. Pukul 2.30 petang, sambung main game balik. Hari ni aku langsung tak buat kerja, rileks sahaja goyang k...

Bos Belanja?! Mencurigakan.

Hari ni aku kena jumpa En. Munisamy untuk pembayaran. Lagipun esok En. Zainal dah mula cuti 4 hari sebab Sabtu ni anak dia nak kahwin. Pukul 10 pagi, ada budak baru nak kerja di bengkel (kawan Ting Hong Aun). Dari Pekan Gurney, Sitiawan. Baru daftar, minggu depan baru masuk. Masa berlalu jam dah pukul 11 pagi aku dah mula risau bukan apa takut En. Muni lupa sahaja hari ni nak jumpa. Aku selesaikan KWSP punya dulu sebab tarikh bayar sebelum 15hb. Pukul 11.30 pagi, baru dia datang lega sikit aku. Baik punya layan, elok dia sampai aku ucap Happy Deepavali dia siap berjabat tangan dengan aku lagi. Sambil dia buat kerja, kami berbuallah topik-topik biasa. Selesai sahaja dengan En. Muni dan dia pula dah balik. Baru nak naik atas jumpa En. Zainal, En. Muni datang lagi. Aku ingatkan dia tertinggal barang rupa-rupanya dia belanja aku 2 kek Secret Recepi. Katanya 'This is gift for you" memang tak sangka gila wei! Mimpi ke aku ni tak pernah-pernah dia belanja. Bukan main baik lagi denga...

Tak Puas Hati Tentang Gaji

Pada minggu lepas, En. Subramaniam telefon aku untuk memberitahu pasal gaji aku mengikut Diploma. Kata En. Subramaniam gaji aku memang dah ikut gaji diploma. Jadi dia kata ada salah faham sikit sebab sebelum ni Miss Lai dah tengok fail aku ada lulusan diploma. Aku pelik macam mana boleh kata gaji aku ikut Diploma sedangkan gaji aku RM 900. ikut diploma apa bendanya tu? Aku keliru dan tidak faham dengan sistem gaji PAFID untuk staff.. Sebab aku tengok tangga gaji kalau diploma dan berapa tahun berkhidmat gaji naik RM1000 lebih. En. Subramaniam ada juga cakap gaji ikut diploma dapat sekali sahaja tak boleh minta lagi. Aku pun terfikir apa maksud En. Subramaniam dapat sekali? Setahun sekali sahaja ke dapat gaji ikut diploma lepas tu ikut gaji asal balik, RM 900? Tak adil bagi aku! Aku dah 4 tahun 4 bulan kerja kat Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan. Lepas tu kerja sampai lebih masa dan kerja banyak tapi tak naik-naik pun gaji. Sudahlah O.T tak ada. Sepatutnya gaji aku RM1000 leb...

Kecoh! Aku Balik Lewat.

Pukul 3 petang, hujan turun dan semakin lebat. Aku memang bajet, kalau masih hujan pukul 6 petang aku tak jadi nak tengok wayang hari ni. Hujan semakin lebat, aku lepak dalam bengkel selepas semua dah balik. Sementara tu, aku layan Youtube cerita hindustan, Jaan-e-man. Boleh tahan cerita tu kelakar. Tepat pukul 6 petang hujan dah berhenti, tak dan mandi aku terus salin seluar dan tudung sahaja. Lepas tu, aku terus pergi makan di Strawberry Cafe. Cerita wayang yang aku nak tonton tu pukul 7.15 petang, tajuk 'Last Shift'. Agak lambat juga mula sebab cerita tu untuk pukul 4 atau 5 petang tak ada. Itu yang aku ' frust ' tu. Habis mesti pukul 9 malam, pandai-pandailah aku jawap dengan ayah bila balik lambat. Lepas makan, aku gerak pergi AEON Manjung. Sampai AEON Manjung sempat aku Whatsapps ibu tanya bila nak balik? Ayah aku tanya masa ambil Shah, katanya ibu ada telefon ke? Ada cakap nak balik bila? Ibu balas Whatapps aku katanya ibu suruh ayah ambil dia kat Ipoh. Kata i...

Ibu Dan Ayah Pergi Ipoh

Tengah aku buat kerja pengiraan gaji pelatih, ada orang telefon. Bila angkat, aku dengar En Muni bercakap dengan En Zainal. Aku pun macam biasala cutri-curi dengar. En Zainal bagitahu yang En Subramaniam ada suruh dia buat laporan tahunan dan minta akaun bengkel. Dalam hati aku menyumpah, mana taknya dia cakap orang suruh dia buat laporan tahunan walhal dia yang suruh aku buat laporan tahunan. Pandai betul orang tua ni menipu! Kata orang cakap putar belit habis yang dia bukan putar belit! Aku yang bersusah payah, bersengkang mata siapkan laporan tahunan, lepas tu dia sedap-sedap cakap kat orang dia yang buat. Kepala otak!! Mana aku tak sakit hati dengan orang tua ni! Aku tunggu masa sahaja En Muni tanya kat aku. Masa tulah aku cakap macam-macam. Pukul 10 pagi, En. Muni datang nak berbincang pasal yang En Zainal bagitahu. Masa aku buat slip gaji untuk pelatih, aku kaji balik apa yang En. Zainal cakap semalam yang bank in slip dengan slip gaji tak sama gaji (itu pun mak cik Ngooi Yong C...

Pendrive Hilang!

Pukul 5 petang, selepas aku hantar buku crosstitch Aunty Brenda untuk difotostat terus aku pergi Cyber Cafe. Pukul 7 petang, baru balik. Sebelum balik aku beli nasi ayam berempah kat depan Public Bank Manjung. Perut aku dah lapar gila. Sampai rumah terus makan. Aku ingat sebelum mandi nak main game yang aku download kat internet kejap. Masa aku nak ambil pendrive aku dalam poket jaket aku tengok tak ada. Ah! sudah mengelupur aku mencari. Tak jumpa langsung, mungkin pendrive aku tercicir masa aku dalam perjalanan nak balik. Apa lagi pukul 7.30 petang, terus pergi cari. Setelah penat mencari, memang tak jumpa. Sah! ada orang dah ambil pendrive aku. Aku dah mula susah hati mana taknya dua-dua pendrive aku serentak tercicir. Satu peribadi, satu lagi hal-hal kerja punya. Memang 'sakit hati' lah. Silap aku juga, letak pendrive dalam poket jaket dengan tak berzip jadi mudah untuk pendrive terjatuh. Nak menangis pun ada, mana taknya pendrive ada hal-hal kerja nak kena hantar kat Ipoh...

Hairan Betul

Pukul 10.30 pagi, En Muni telefon tanya khabar aku. Lepas tu tanya aku dah sarapan ke? Makan apa? Aku pun jawap sahajalah. Tapi penyakit ambil berat dia kat aku mengundang pelik dalam diri aku. Sejak dia dah berbaik dengan aku, makin menjadi-jadi pula ambil beratnya. Ini bukan buat aku senang hati tapi susah hati. Dulu tak macam ni pun. Ya Allah! Janganlah yang bukan-bukan fikiran ni datang. Tiba-tiba dia tanya aku tak makan kek ke? (Minggu lepas aku bagitahu dia yang aku makan kek masa tengahari dan masa tu aku seorang jaga bengkel). Aku cakaplah tak makan. Lepas tu siap tanya suka makan kek apa kat Secret Recepi? Aku cakaplah Coklat Indulgence. Katanya lagi kalau dia belanja aku sudi ke? Terdiam aku...Makin pelik perlawaan dia. Tapi aku cakaplah sudi kalau dia Ikhlas nak belanja. Dia cakap dia ikhlas, mesti ikhlas bila nak belanja orang. Amboi...manis punya ayat. Aku risau dengan En. Muni ni, bila aku nak berburuk sangka salah, nak bersangka baik pun salah. Serba salah aku. Aku buka...

2 Dalam 1

Imej
Nampak sahaja muka anak murid aku, Teoh Pei Ji aku ucap " Happy Birthday " dan menyanyikan lagu " Happy Birthday To You ". Hari jadi dia hari Sabtu hari minggu lepas. Mujur datang hari ni, kalau tak tangguhlah jawapnya buat jamuan. Aku sahaja tanya dia nak kek ke pizza? Kebetulan Pizza Hut pun ada offer untuk bulan ni. Dia kata nak kek, anak murid aku ni memang tak suka makan pizza. Sebelum aku keluar beli barang untuk persiapan jamuan hari jadi dan pergi kedai fotostat, aku selesaikan dulu isi borang pembayaran KWSP dan SOCSO. Pagi-pagi, En Zainal dah aku blur. Selesai semua tu pukul 10 pagi terus keluar. Aku pergi kedai Sunlight, Sitiawan beli kek dulu. Aku tengok kek ada yang nampak sedap tapi tulah harga RM60 lebih. Aku bajet RM50 lebih sahaja. Lepas beli barang-barang semua terus balik bengkel. Pukul 1.45 petang, tengah syok aku layan movie seram En Zainal pula telefon katanya nak buat jamuan dah bolehlah buat persiapan. Kacau daun betul! Jamuan mula pukul 2 ...

Hari Sukan Kejohanan Bocce Manjung 2015

Imej
Pukul 7 pagi, aku, ayah dan Shah bergerak pergi ke SMK Lekir Batu 10. Sebelum ke sana singgah bengkel kejap ambil borang daftar, lupa nak bawa semalam. Sampai sana, En Zainal tak sampai lagi. Ayah ajak aku dan Shah pergi kat Hari Kantin sekolah, cari makanan untuk sarapan. Tak sangka kat padang sekolah aku jumpa Amy dan Kak Zura pun ada sekali. Mereka dari PDK Hidayah. Sempat bersalaman dengan mereka. Baru nak pergi kat Hari Kantin sekolah ternampak Solehah baru datang di hantar adik dia. Aku buat-buat tak nampak dan buat tak peduli terus ikut ayah. Aku masih sakit hati dengan adik Solehah yang perempuan tu. Semasa nak ke Hari Kantin aku perasan yang Solehah dan adik dia asyik membontot aku sahaja. Memang ramailah, dari gerai ke gerai lain aku pergi. kami pergi sampai nak ke kantin sekolah, tak ada apa-apa pun patah balik. Elok pusing belakang nak patah balik Solehah dan adik dia masih membontot aku. Aku buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain. Tapi dah semakin dekat dengan aku n...

Masalah Pekerja 1 Bumbung

Masa aku tengah sibuk uruskan yuran Iskandar, En. Imran bapa iskandar yang juga selaku Pengerusi PIBG Bengkel berbual dengan En Zainal betul-betul depan aku. En zainal mengadu kat En Imran pasal kes kupon Jualan Amal Makanan. En. Zainal banyak tak puas hati dengan pihak sekolah, En Imran sokong kata-kata En Zainal sebab dia pernah terkena. Nak pula dengan En. Muni. Kata En Imran, pihak sekolah jenis pentingkan diri, suka 'buli' staff bengkel, suka menyalahkan pihak bengkel walhal kesalahan tu dari pihak sekolah dan tak suka En Muni sebab katanya lagi En. Muni anti perkauman dia kuat (orang DAP), depan cakap lain belakang cakap lain dan kalau boleh bengkel ni nak diuruskan oleh orang india sahaja. Aku banyak mendengar sambil membuat kerja dari menyampuk. Kata En Zainal pula, sejak kes kupon tu dia tekad kalau ada apa-apa event dari sekolah dia tak nak sertai sama. Kalau aku nak sertai boleh tapi kena uruskan sendirilah. Amboi...senang betul cakap. Aku ni dah macam orang tengah...

Pelanggan Yang Tidak Prihatin

Hari ini aku membeli belah di Tesco, Manjung. Semasa hendak membayar di kaunter, ada satu aunty ni berdiri belakang aku. Masa tu aku tengah buat pembayaran, aunty ni kena tegur dengan cashier sebab barang yang dia nak bayar lebih dari 10 barang. Aunty ni salah kaunter sebenarnya dia pergi kaunter ekspress iaitu barang hanya 10 barang sahaja. Bila aunty tu kata nak bayar kat kaunter tu si cashier ni tak bagi katanya nanti dia punya supervisor marah. Aunty tu mula tak puas hati suruh budak cashier tu panggilkan supervisor . Dah terang-terang ada tulis kat papan atas tergantung hanya untuk 10 barang lagi tak paham ke? Kat depan mesin cashier pun ada tulis. Macam baru pertama kali datang Tesco. Kadang aku tak paham bila ada pelanggan macam ni. Nak kata tak tau membaca dan tak paham arahan tak taulah aku. Selain tu, ada juga aku perhati yang kaunter cashier yang khas untuk OKU pun orang normal berbaris. Tak taulah kot yang beratur kat kaunter tu semua OKU. Kadang-kadang silap Tesco juga...

Masalah Jualan Kupon

Pukul 1 tengahari, aku dah nak balik dari Jualan Amal Makanan. Aku pergi jumpa dengan Kak Fiza nak bagi duit kupon dan kupon yang tak terjual. "Kak, ni semua ada RM500 dengan kupon lebih. Ada seorang budak tak bagi lagi kupon, hari Isnin saya bagi." kataku Hari tu kami ada bagi kupon 200 keping kan? Jadi yang dah terjual 50 kepinglah? kata Kak Fiza sambil mencatit dalam buku catatan "Eh, bukan 200 keping kak. Hari tu bagi 190 keping sahaja tak sampai 200 keping pun." kataku. Kak Fiza terus memanggil Cikgu Wani (Guru Besar Sekolah Semangat Maju Sitiawan) "Siti dah jual berapa?" tanya Cikgu Wani "RM500. 50 keping." kataku "Hari tu kata dah jual 100 keping." kata Cikgu Wani "La...saya ingatkan dah jual berapa ringgit?" Aku dah mula pelik Terus Cikgu Wani tepuk dahi. Aku ingat lagi dia cakap berapa dah jual? ada 100 tak? Tak kata pun keping ke ringgit aku jawap sahajalah Ya, ada. Manalah aku nak tau ...

Jualan Makanan Amal

Hari ni Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan mengikuti program "Charity Food Fair" atau Jualan Makanan Amal yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Semangat Maju, Sitiawan. Pukul 9 pagi, aku dah sampai SSM, Sitiawan. Elok aku sampai barang kraf aku dah bersiap susun, baguslah tak payahlah aku penat-penat. En Zainal datang awal dari aku tengah bersembang dengan Encik Munisamy. Pagi-pagi dah nampak muka anak murid aku, Ting Hong Aun. Ramai yang datang, kedai pun banyak buka. Kedai kami bersebelahan dengan kedai buku orang putih dari brazil (sponser). Aku apalagi bila dah jumpa buku, asyik belek buku sahaja. Aku perbetulkan sedikit meja jualan, bagi ada ruang. Aku pun ada sponser makanan ringan, semalam aku pulun membungkus. Sementara menunggu pelanggan membeli barang kraftangan bengkel, sempat baca novel inggeris yang aku pinjam dari Aunty Brenda. Aku ada juga pergi beli burger di keddai Kak Sara, maklumlah lapar tak sarap lagi. Lepas tu suruh Ting Hong Aun belikan aku air ...

Aduan Dari Keluarga Anak Murid

Imej
Ayah datang ambil Shah pukul 3.30 petang, sebab pagi tadi aku yg suruh ambil dia awal. Dan aku kata yang aku ada hal. Bukanlah hal penting tapi nak tengok wayang sahaja pun. Maklumlah mula pukul 4 petang. Aku ingat ayah ambil Shah lepas tu terus balik tapi melepak kat bengkel pula. Aku pun sementara tu menyembang sekejap dengan ayah. Alang-alang bagitahu program untuk bulan 10. Aku tanya ayah pasal surat dan kupon aku bagi kat Shah. Kata ayah, Shah tak bagi pun. Ah! sudah risau juga, risau bukan nanti tak pasal-pasal kena ganti pula duit kupon kalau hilang  . Mengelabah aku mencari dalam beg Shah, bila aku tanya dia semuanya tak tahu. Elok sibuk mencari kupon dalam beg si adik Solehah, Shikin pula datang. Dia tanya aku, "Kenapa lengan An lebam?" Sudah! bala apa pula lagi ni??   Aku cakaplah tak tau. Bila an tunjuk lengan dia memang ada bekas sedikit lebam kat tangan dia. Kata si Shikin, An kata aku cubit. Aku tak mengaku, walhal memang ada aku cubit dia pun. Biasalah fah...

Pabila Keseorangan Di Bengkel

Imej
Seronoknya dah kena kerja semula dan lagi seronok tak ada siapa di bengkel. Pelatih cuti, Encik Zainal pun ambil cuti. Tinggal aku terkontang-kanting kebebasan. Hari ni, mak cik yang selalu aku beli mi goreng dan kuih tutup lagi pula. Lama noo cutinya, makcik? Mujur ada makanan berbaki yang aku beli semalam, cukup untuk alas perut. Singgah kedai mamak kejap beli milo panas. Lepas tu, sampai bengkel aku terus sarap dulu baru baca novel lagi 1 yang aku pinjam "Hanya Sedetik Lagi". Novel "Dia..Isteri Luar Biasa", pukul 5 pagi  baru s adaqallahulazim. Tengah layan novel tu jam pelanggan datang beli baju bundle. Lepas tu, pukul 10 pagi tiba-tiba Encik Munisamy datang pula . Mengelupur aku simpan novel, mampus aku kalau dia nampak. Entah apa yang dia nak aku pun tak tau. Rupa-rupanya nak bagi roadtax dan geran Van. Encik Munisamy ada bagitahu yang dia ada Whatsapp kat aku, semalam punya cerita aku tak buka langsung Whatsapp. Dia ni rajin betul post gambar ucapan dari Wha...