Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Jumble Sale 2016

Imej
Ini tapak untuk Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan untuk program Jumble Sale yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Semangat Maju Sitiawan. Aku datang pukul 9 pagi terus kemas-kemas dan susun barang atas meja.  Semua ni barang-barang bengkel untuk dijual. Selfie kejap, sementara tunggu pelanggan datang! (^_^) Akhirnya barang tak terjual langsung. Tak ramai yang datang nak membeli dan bagi support  :(  Sedihlah dengan masyarakat kita terutamanya melayu. Aku pun tak faham kenapa. Walhal aku dah jemput semua kawan-kawan facebook dan whatsapp. Akhirnya aku sendiri yang berjalan ke gerai-gerai lain terutamanya gerai Aunty Branda. Aku beli teddy bear dan VCD. Ayah aku sibuk membeli baju untuk cucu kesayangannya tu. Berbandut-bandut mana tak nya RM 2 boleh dapat 2, 3 helai baju. En Zainal pula pukul 10 pagi dah blah ke bengkel. Dasar pemalas tak nak tolong, mengharapkan aku seorang sahaja!! Macam mana bengkel nak maju, kalau pentadbir send...

Tangisan Kesyukuran

Hari ni aku ambil ujian motor ulangan lagi tapi untuk bahagian 2. Hari tu gagal kat bahagian 2 tapi bahagian 3 aku lulus, alhamdulillah. Pukul 8 pagi, aku dah gerak ke Sekolah Memandu Sitiawan. Pukul 10 pagi, JPJ baru sampai. Sudahlah hari ni Jumaat dengan orang ramai lagi, entah sempat ke tidak nak pergi kerja ni. Macam biasa RPK (pemeriksaan motor) aku lulus. Ada dua orang pangkat makcik baru nak ambil lesen motor tapi kesian kat mereka ni. Bukan kesian apa, yalah dah tua-tua kan nak pemeriksaan terpaksa pakai cermin mata. Daya ingatan pun bukan kuat lagi. Jam dah pukul 12 tengahari, nampak gayanya memang tak sempatlah aku pergi kerja. Memang ramai gila orang hari ni yang baru sahaja dah 40 lebih orang, itu sesi 1 belum sesi 2 lagi. Ulang lagi bahagian 2 dah berapa orang, yang ulangan bahagian 3 lagi. Hampir nak 90 orangla yang nak ambil test hari ni. Pukul 12.10 tengahari, pegawai JPJ minta berehat sekejap untuk solat jumaat. Pukul 2.30 petang, baru sambung. Aku tak balik, hanya ma...

Soalan Peribadi (Bahagian 26)

Adakah Anda ' Old Fashion '? ^_^ Tak kisah old fashion pun, janji aku selesa apa yang aku pakai sudah.:) Guru Kegemaran Anda? ^_^ Cikgu kelas masa tingkatan 3 Adakah Anda Suka Lelaki Yang Merokok? ^_^ Tak suka. Sangat membenci lelaki yang merokok. Apakah Perasaan Anda Tentang Orang Yang Suka Merokok? ^_^ Meluat. 1 saja aku fikir "Tak sayang nyawa ke?" Adakah Anda Warnakan Rambut? ^_^ Tidak. Pernahkah Anda Mengubah Gaya Rambut Anda? ^_^ Ya.  Pernahkah Anda Mengenakan Rakan Anda Dengan Meletakkan Dibelakangnya? ^_^ Ya, Pernah. Berapa Ramai Kawan Anda? ^_^ Bawah 20 orang (anggaran sahaja). Kalau campur dengan kawan di laman-laman sosial dalam bawah 4000 orang (termasuk kawan international). Adakah Anda Menyimpan Rahsia Daripada Bekas Kekasih Anda? ^_^ Ya. Ada setengah tak simpan just terus-terang Adakah Anda Suka Melancong Dengan Menaiki Kapal Terbang Atau Kereta? ^_^ Kereta. Kapal terbang belum pernah naik lag...

Percutianku Di Tahun Baru Cina

Imej
Sempat jugalah aku berposing, masa ni singgah kat Parit Sulong ayah aku nak beli kuih untuk mak long aku. Tula pasar dan kedai makan di Parit Sulong. Kesian aku duduk dalam kereta sahaja ayah tak bagi keluar katanya pergi sekejap sahaja huhuhuhu Yang ini aku kena tunggu dalam kereta dengan adik aku, Shah sebab ayah aku dan adik aku yang bongsu, Idin ada urusan payment dan result kolej. Mujut ada bawah kamera digital aku tak adalah bosan sangat boleh selfie. Aku menunggu ayah dan Shah yang pergi kedai mamak untuk tanya jalan nak ke rumah pak uda aku. Kami bukan selalu ke rumah pak uda di Pasir Gudang, JB. Jarang pergi rumah dia, tu yang tak tau sangat jalan. Kata mak long, pak uda sekarang tak berapa sihat tu yang kami ambil kesempatan nak menziarah pak uda sekeluarga di samping menyelesaikan masalah Idin di kolej. Cantik betul bangunan belakang tu:) Sebelum bertolak balik ke Muar, ayah ajak Idin sekali berjalan-jalan sekitar JB. Sempat juga ...

Yea! Dah Nak Cuti

Hari ni semua budak kelas kraftangan baik lelaki dan perempuan kena berkemas sebelum menyambut cuti Tahu Baru Cina. Aku rasa seronok tahun ni untuk Tahun Baru Cina dapat balik kampung selama seminggu walaupun bengkel hanya dapat cuti 2 hari. Yang lagi 4 aku ambil cuti tahun. Semalam aku dah standby nama pelatih yang akan bertugas di bahagian mana. Masing-masing buat tugasan mereka yang aku berikan. Aku pun ada tolong mereka sikit-sikit. Bab nak mencuci pula masalah kat tandas bawah sejak akhir-akhir ni asyik tak ada air sahaja. Kalau ada pun setitik-setitik sahaja air jatuh. Nak guna tandas pun tak boleh. Akhirnya terpaksa pakai air kat pair luar, mujur En. Zainal ada pegang pemegang paip air. Jenuhlah kami keluar masuk, keluar masuk ambil air berbaldi-baldi. Apa nak nak buat, nasib baik aku minggu ni tak ada ke tandas. Aku bertugas cuci lantai depan bengkel, sempat main air kejap. Selesai semua tugasan, macam biasa pukul 12 tengahari pelatih rehat sekejap dan pergi makan tengahari. ...