Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Kutukan Dari Adik Aku

Imej
Pukul 9.50 malam, sedang aku kusyuk layan game. Tiba-tiba ada orang marah tak tentu pasal, aku pun tak tahu apa yang dah merasuk dalam diri dia. Membebel macam mak nenek, aku nak layan game pun tak senang. Sangat rasa terganggu! Dahla aku sakit kaki, kaki aku makin membengkak. Dia balik dari kerja kot, tiba-tiba naik hantu macam k***k!. Aku rasa dia tengah kutuk aku tapi aku buat tak tahu dan sabarkan diri. Nabi kata sabar itu separuh dari iman. Jadi aku pun bersabarla sebab dah lali dengan benda ni semua. Lagipun Allah SWT maha adil, biarlah orang nak kutuk aku sekali pun yang penting aku dapat menyabarkan diri. Aku anggap ini semua dugaan dan cabaran dari Allah SWT untuk aku lebih kuat dalam hidup . Aku pun tak tahu kenapa aku dipersalahkan walhal diri sendiri ada buat salah juga. Perlu ke tengok kesalahan orang lain sebelum menuding jari pada orang. Tak kan dapat apa-apa pun kalau kutuk orang belakang-belakang, tak dapat pahala pun. Kalau dapat pahala nak jugak join . Kenapa tidak?...

Poyo Sahaja Mamat Ni

Adalah hamba allah ni dari negeri belah timur. Aku chatting dengan dia, aku bahasakanlah "I" "You" kat dia. Tiba-tiba dia kondem aku pasal cakap english dengan dia (walhal bahasa kan i dan you sahaja). Katanya dia lebih suka aku gunakan bahasa "Saya" "Awak" nampak manis. Dia tak suka aku cakap melayu campur-campur cakap english. Dia benci bahasa penjajah dan sebab tu dia gagal Bahasa Inggeris masa sekolah (tak taula dia sengaja gagalkan atau dia sendiri memang lemah dalam matapelajaran tu), tak penah cakap dalam bahasa penjajah, tak suka melayu terikut-ikut budaya kafirlah apalah. Aku pun apa lagi proteslah balik. Tak salah rasanya cakap english, tapi jangan sampai bahasa kebangsaan di lupakan. Bagi aku dua-dua bahasa tu penting. Lagipun kalau kita belajar atau berkerja perlu bercakap dalam bahasa Inggeris juga. Sekarang ni kerja nak kena pandai english, contohla di buatnya kite jumpa pelanggan warga asing ke berkerja dengan warga asing ke. Bel...

Pergi kampung Koh

Imej
Pada Pukul 9 pagi, aku terbangun sebab ayah masuk bilik aku. Aik! tak pergi kerja ke ayah ni??. Ayah tanya aku nak ikut pergi Kuala Lumpur tak?? Aku pun bangunla bersiap mandi. Aku hairan juga pergi Kuala Lumpur aku dengan ayah sahaja ke?? Iwan tak bawa?? Selalu ayah ajak iwan. Pula tu minit-minit akhir ajak pergi Kuala Lumpur, memang kelam kabutla aku. Bila aku nak letak suratkhabar kat bawah aku tanya ayah berapa hari nak pergi Kuala Lumpur?? Ayah kata "Kuala Lumpur??" Eh pergi Kuala Lumpur minggu depan?? . Aik! aku dah pening . Habis tu nak pergi mana ni?? Ayah kata nak pergi Kampung Koh. Laa..tadi cakap nak pergi Kuala Lumpur. Beria aku tadi, siap iron tudung lagi. Ayah aku suka cakap tak betulla. Adusss malu gila aku! patutla aku rasa lain macam sahaja. Mula-mula tu aku ingat tak nak ikut. Ikut sahajalah nanti bosan pula duduk rumah. Kebetulan ayah nak ajak aku pergi tukar minyak hitam aku dah lama tak tukar. Tudung aku pula buat hal pula. Getah rambut aku rasa dah nak ...