Rancangan Animasi Kegemaranku

Ini adalah di antara rancangan animasi kegemaran aku. Kalau di televisyen memang aku takkan berganjaklah jawapnya.

1.     Dragon Ball


Animasi ni bukan sahaja aku tengok dalam TV malah aku baca komik dragon ball. Masa aku kecil, abang saudara aku adalah 2, 3 komik dragon. Kadang-kadang selalu pinjam kat dia. Dalam Youtube pun aku kadang-kadang tengok juga. Dari Dragon Ball sampailah Dragon Ball GT aku dah tengok.

2.     Pokemon


Aku minat cerita animasi ni sebab karakter pokemon yang comel-comel.

3.     Detective Conan


Aku dah tengok siri Detective Conan dari episode 1 sampailah ke berapa ratus. Tak pernah jemu aku ulang tengok. Aku suka cara Conan yang bijak dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Dan aku lebih suka Shinichi a.k.a Conan yang kecil dari Shinichi yang besar. Selain itu, aku suka bila Conan menyelesaikan masalah-masalah jenayah dengan rakan-rakannya, Ayumi, Genta, Mitsuhiko dan Haibara. Mereka nampak comel sahaja. 

4.     Sailor Moon


Inilah animasi yang pertama aku lukis semasa dibangku sekolah. Minat gila cerita ni. Dah tengok sampai habis, berapa kali ulang tengok. 

5.     Cardcaptor Sakura


Tak pernah jemu tengok animasi ni. Suka tengok dress dia yang direka khas oleh kawan baiknya. Nampak comel dan menarik. 

6.     Doraemon 


Dari kecil sampai dah besar aku masih tengok animasi ni. Aku suka watak Doraemon dan selalu berangan kalaulah aku ada poket macam Doraemon kan best. Dari yang cerita Doraemon yang klasik sampailah yang terbaru aku dah tengok. 

Kesimpulannya, aku tak kisah kalau orang nak cakap aku macam budak-budak sebab layan animasi ni. Kalau dah minat, tengok sahajalah. Bukan sahaja tengok malah aku siap melukis lagi watak-watak animasi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)