Jika Aku Seorang Jutawan

Ada banyak perkara nak buat kalau aku seorang jutawan. Dan duit yang banyak tu sampai 7 keturunan pun belum tentu aku dapat habiskan. Antara perkara-perkara yang akan aku lakukan adalah : - 
  • Membawa ibu dan ayah pergi mengerjakan Haji.
  • Membeli sebidang tanah yang luas dan memiliki pemandangan yang indah. Udara di persekitarannya hendalah nyaman. 
  • Menaiktarafkan rumah ibu dan ayah. 
  • Membantu saudara-mara yang memerlukan.
  • Membina sebuah sekolah dan hospital di kawasan pedalaman. Mereka akan berpeluang untuk menimba ilmu dan boleh mendapatkan rawatan yang terbaik serta percuma.
  • Membina sekolah atau rumah perlindungan untuk anak-anak yatim dan orang-orang tua.
  • Membina beberapa kondominium yang lengkap khas untuk golongan gelandangan, orang miskin yang rumahnya tunggu masa nak roboh dan wanita-wanita teraniaya.
  • Membina sebuat pusat perlindungan khas untuk bayi-bayi di buang atau di tinggalkan.
  • Membina sebuah kilang atau syarikat khas untuk penganggur dan orang kurang upaya yang berkemampuan melakukan kerja.
  • Membeli set peralatan lengkap terapi dari luar negara khas untuk orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk bekerja.
  • Menderma kepada insan-insan  yang memerlukan seperti di atas.
  • Membantu dan menderma saudara seagama luar negara yang hidup dalam penindasan seperti Palestine, Syria dan negara-negara islam yang lain SAHAJA.
  • Mengambil semua anak-anak saudara seagama di luar negara yang menjadi mangsa penindasan di samping tiada ibubapa dan saudara mara sebagai anak angkat. 
  • Membina sebuah rumah banglo yang moden, ekslusif, berteknologi tinggi dan lengkap segala-galanya. Maksudnya ada swimming pool, mini cinema, mini gym dan sebagainya. 
  • Membeli kereta idaman jenama Ferrari
  • Membeli sebuah pulau peribadi untuk percutian.
  • Jet peribadi. Kerana teringin mengembara di seluruh dunia untuk melihat kebudayaan, keseniaan dan sejarah negara lain.
  • Menubuhkan sebuah syarikat untuk menjual jahitan cross stitch di samping membuat tempahan kepada pelanggan.
  • Setiap tahun akan derma atau memberi sumbangan kepada setiap masjid-masjid dan surau-surau di Malaysia.
  • Berbelanja shopping RM2000 sebulan. Jika ada lebih macam biasa simpan.
Itulah perkara-perkara yang aku lakukan jika ada banyak duit. Aku rasa kerajaan pun tak mampu nak buat macam yang aku senaraikan. Tapi yang aku risau orang kata bila dah banyak duit dan hidup senang kita jadi lupa diri. Aku tak mahu jadi seorang yang mudah lupa diri. Lupa sesama manusia boleh tahan lagi, lupa pada Yang Maha Pencipta hah sakitlah. Kesimpualannya, kita hidup ni biarlah bersederhana dan sentiasa mensyukuri dengan apa yang kita ada dan jangan sesekali lupa membantu pada mereka yang memerlukan. Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)