Pengalaman Mimpi Ngeriku
Siapa yang tak terasa seram bila bermimpi ngeri? Dah banyak kali aku mimpi ngeri termasuk mimpi hantu dan ala-ala triller gitu. Kalau mimpi seram ni kadang-kadang aku tak terlalu terkejut. Kadang-kadang mimpi seram yang aku alami seolah-olah aku di alam kenyataan, kalau yang macam tu aku akan cepat tersedar dari tidur dan memandang sekeliling (takut punya pasal). Macam-macam hantu syaitan yang muncul dalam mimpi aku. Kalau buat scary movie pun laku apa. Manakala, yang ala-ala triller tu macam aku pernah bermimpi yang aku kena tembak lalu mati. Tak pun ada seseorang nak bunuh aku dan aku menyembunyikan diri sampai orang tu tak dapat jumpa aku. Atau pun orang nak bunuh aku tapi aku berpura-pura mati. Apa motif aku nak dibunuh, aku pun tak tahu. Aku pernah juga bermimpi yang ingat sampai sekarang, aku dan beberapa orang yang tak dikenali pergi suatu tempat seolah-olah kawasan perumahan zaman bila entah. Kawasan tu terbiar. Tak sangka di kalangan kami, ada seorang pembunuh. Bila seorang kena bunuh, kami mula ketakutan cuba melarikan diri untuk menyelamatkan diri. Yang peliknya, seorang pun tak tahu siapa pembunuh dikalangan kami. Tau-tau ada orang kena bunuh. Seorang demi seorang kena bunuh. Masa kami nak menyelamatkan diri langsung tak jumpa jalan keluar. Pergi mana-mana jumpa jalan yang sama. Kawasan perumahan lama tu ala-ala maze. Cuma 1 jalan sahaja, ada 1 kawasan kat situ juga ada laut. Tapi tak ramai yang berani nak terjun kecuali aku memang tak fikir apa terjun sahaja. Lepas tu, aku terjaga dari tidur. Yang ini pun kalau buat movie pun laku. Aku juga pernah bermimpi dunia nak kiamat dan yang terbaru Malaysia di ancam oleh penjajah. Yang dunia nak kiamat tu aku mimpi macam ala-ala cerita 'Knowing' lakonan Nicholas Cage. Dalam mimpi aku tu, waktu malam aku tengok matahari ke bulan entah makin lama makin besar aku tengok atas langit seolah-olah berlanggar dengan bumi. Kami dah mula paniklah masa tu, ramai dah mula bertempiaran lari. Kalau Malaysia di jajah pula dah macam kat Palestin dengan Israel. Mula-mula negeri aku kena serang dulu, ramai yang mati terkorban. Aku melarikan diri dan tak sedar dah masuk ke negeri lain. Sampai satu kawasan berdekatan laut dan tiba-tiba pulau di tengah-tengah laut meletup kuat sampai bergegar pulau. Rupa-rupanya negeri seterusnya pula jadi kekejaman penjajah. Seram weh! Kalau jadi kenyataan aku tak tau nak cakap apa. Selain itu, mimpi terjatuh dari bangunan tinggi, tempat tinggi atau ditolak seseorang kemudian jatuh. Yang ni pun dengan serta merta aku terjaga dari tidur, seolah-olah macam kenyataan aku terjatuh sampaikan dapat rasa badan aku tersentak itu yang terus terjaga. Mimpi jatuh tempat tinggi tu jarang aku mimpi, tapi bila dah termimpi tak boleh nak katalah. Orang kata, kalau mimpi bukan-bukan tu tanda tidur tak basuh kaki. Jarang aku amalkan tidur basuh kaki. Itulah mimpi ngeri aku. Kesimpulannya, sebelum tidur basuh kaki atau ambil wuduk kemudian baca doa tidur ya.
Ulasan