Pengalaman 'First Date'ku

Kalau boleh aku tak nak ingat lagi first date aku dengan bekas teman lelaki. Tapi untuk sekadar menceritakan pengalaman, aku akan ceritakan kepada semua pembaca blog. Masa tu aku baru habis belajar di IKM, Lumut. Suatu hari bekas teman lelaki aku ajak jumpa. Mula-mula nak berjumpa dengan dia berdebar-debar dan rasa segan. Mana taknya aku tak ada pengalaman berdating dengan mana-mana lelaki. Kemudian aku cakap dengan dia yang aku datang dengan kawan baik aku, Abby. Dan dia pun bawa seorang kawan juga, dia pun segan juga nak jumpa aku berdua tapi mungkin hati meronta-ronta nak sangat jumpa aku agaknya. Kami jumpa di stesen bas Manjung. Dia naik motor dengan kawan dia. Bekas teman lelaki aku ni orang Taiping dan kerja hanya seorang penghantar surat (posmen). Bila dah berjumpa, Allah sahajalah yang tahu betapa merah muka panas membahang. Malu tapi mujur Abby ada peneman aku, rasa malu tu sedikit berkurang. Bekas teman lelaki aku ajaklah kami minum dulu kat sebuah restoran berdekatan stesen bas Manjung. Jadi kami berempat pun pergilah, yang si Abby suruh aku berjalan dengan bekas teman lelaki aku ni. Aku pula segan sangat nak berjalan dengan dia. Masa kat restoran aku duduk berdepan dengan bekas teman lelaki aku. Masa sembang-sembang pun aku tak berani nak bertentang mata dengan dia, hanya senyum sahaja. Kalau pandang pun tak sampai beberapa saat. Betapa pemalu gila aku masa tu. Aku jadi tak tentu arah masa tu, hati berdebar-debar dan muka merah tak payah cakaplah. Lepas tu, dia tanya nak pergi mana? Aku cakaplah pergi pasaraya Ceria sahajalah. Kami berempat pergi pasaraya Ceria, Manjung dengan hanya berjalan kaki. Sebab aku dengan Abby datang pun naik bas. Takkan nak pergi asing-asing pula kan. Masa dalam perjalanan ke sana, aku jalan berdua dengan bekas teman lelaki aku. Abby sengaja biarkan aku jalan berdua dengan bekas teman lelaki aku. Abby pula berjalan dengan kawan bekas teman lelaki aku. Aku mula berbual dengan teman lelaki aku tu. Kami berbual pun topik biasa-biasa. Kadang-kadang bekas teman lelaki aku sempat buat lawak, aku ketawa. Dan aku perasan bekas teman lelaki aku tu asyik pandang aku. Terasalah bahagia bila dengan dia. Biasalah orang tengah hangat bercinta. Aku tengok Abby rancak berbual dengan kawan bekas teman lelaki, Abby dah biasa berbual dengan lelaki berdua-duaan tak apalah. Aku nilah yang sakit tak pernah seumur hidup. Sesekali aku pandang Abby. Masa aku jalan berdua dengan bekas teman lelaki sumpah! kami tak berpegangan tangan pun. Jalan berdua macam tu sahaja. Masing-masing malu nak berpegangan tangan. Dalam setengah jalan, bekas teman lelaki aku terserempak pula dengan kawan dia yang sama-sama bekerja sebagai penghantar surat. Sempat dia berbual sekejap. Sampai di Ceria, Manjung. Aku dan Abby sekali lagi bawa haluan lain. Aku dan bekas teman lelaki jalan tempat lain, Abby dan kawan bekas teman lelaki aku berjalan tempat lain, mungkin tak nak kacau daun agaknya. Bekas teman lelaki aku kata kalau nak beli apa-apa belilah dia belanja. Aku sendiri pun tak tau nak beli apa. Sambil cari barang nak di beli kat Ceria sempat berbual lagi. Akhirnya aku hanya ambil coklat Cadbury (coklat kegemaran aku). Masa nak bayar pula dia bayarkan dan yang aku tak boleh tahan ada beberapa mata yang pandang kami semacam. Sampai cashier pandang kami bersilih ganti tak berkelip mata. Aku pun pelik. Masa kejadian hanya aku yang perasan. Lepas tu, kami berempat pun balik. Sampai di stesen bas Manjung, kami berbual  sekejap lepas tu, bekas teman lelaki aku dan kawannya pun balik. Sebelum dia balik, sempat bagitahu aku nanti bila dia dah sampai Taiping dia akan telefon. Dan suruh aku mesej dia, kalau aku dah sampai rumah. Selepas perjumpaan yang ke dua, kami jumpa berdua pula. Itulah kenangan dan pengalaman 'first date' aku. Dulu, bila keluar bersama dengan dia aku terasa bahagia di sisinya. Tapi ini semua kenangan lalu, aku tak mahu mengingatinya lagi. Bekas teman lelaki aku tu pun dah selamat menjadi suami dan bapa orang. Tinggal aku terkapai-kapai menanti jodoh yang entah bila akan aku temui. Wassalam. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)