Pengalaman Dimarahi Guru
Siapa yang tak pernah kena marah dengan cikgu?? Siapa tak pernah kena marah langsung dengan cikgu mesti dia seorang anak murid kesayangan cikgu. Semasa aku bersekolah dulu aku dah banyak kali kena marah dengan cikgu. Bukan disebabkan aku ni nakal semasa zaman persekolahan, cuma aku lemah dalam pelajaran, tak siapkan kerja sekolah ataupun tak beri tumpuan pada pelajaran. Bukan sahaja kena marah malah kena denda pun pernah. Nak kata terasa hati tu memang terasa hati pun, sakit hati, malu pun ada dengan kawan-kawan sekelas. Kadangkala aku rasa cikgu sengaja nak mengaibkan aku. Entahlah...aku tau cikgu marah pun untuk kebaikan aku agar menjadi insan yang berguna. Dan ada juga cikgu yang aku rasakan macam dia tak sukakan aku, bukan aku sahaja malah budak-budak kelas aku pun tak suka. Biasalah kelas kami kelas paling belakang, asyik nak marah sahaja. Pendek kata ada sahaja yang tak kena. Bila dah kena marah dengan cikgu aku tak cerita kat ibu dan ayah aku. Bukan sebab aku takut mereka marah kat aku balik, kalau aku cerita pun tak guna cikgu juga yang di'backup'nya. Tapi budak sekarang macam 'untung' cikgu marah atau kena pukul mengadu kat ibubapa mereka. Malah tanpa banyak bunyi ibubapa mereka siap marah atau saman cikgu. Dasyat betul! Budak sekarang terlalu dimanjakan. Macam aku dah jadi tenaga pengajar, aku pun tak terlepas dari pengalaman yang ibubapa terlalu manjakan anak. Anak kena pukul sikit pun dah bising. Mereka nak aku didik anak mereka dengan cara lemah lembut. Esok anak pijak kepala, aku juga yang susah. Bila anak pukul cikgu, ibubapa hanya minta maaf sahaja. Apa-apa pun sebagai cikgu jika mahu marah anak murid jangan keterlaluan sehingga mengeluarkan kata-kata yang membuat pelajar itu terasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk belajar. Marah pelajar jangan terlalu mengikut emosi, menjadi seorang cikgu harus ada kesabaran. Ini dari pengalaman aku sendiri bila sudah menjadi pendidik.
Ulasan